webnovel

Chapter 15 : Rahsia terbongkar

*****

Apa la info yang Aidan dah kumpul agaknya. Dia dah tahu ke siapa lelaki tu? Dah lima hari berlalu. Satu info pun aku masih belum tahu.

Sepanjang lima hari ni, Adrian jarang sekali balik ke rumah. Dia tidur rumah mama ke tapi tak mungkin la sebab papa ada. Bila papa ada, Adrian tak mungkin buat perangai sampai tidur kat sana. Mesti dia tidur tempat lain ni. Dia kan kaya, bila-bila masa je boleh check in hotel. Aku jadi rindu pula pada dia. Macam mana la aku nak buat dia jatuh cinta dan sayang pada aku kalau dia jarang balik rumah. Haihh.....

*****

"Puan!" Bibik memanggil aku.

"Ada apa bik?" Tanya aku.

"Puan ada masalah ke? Puan tak nampak ceria." Katanya.

"La ye ke. Nampak sangat eh?" Tanya aku.

"Ye puan. Puan senyum la sikit. Baru cantik. Oh ye puan. Tuan ke mana? Dah lama saya tak nampak tuan balik ke rumah." Tanyanya hairan.

"Entahlah bik. Saya pun tak tahu." Jawab aku.

"Puan tak rindu sama tuan ke?" Tanyanya lagi.

"Eh bibik ni. Kan suami saya, mestilah saya rindu." Jawab aku.

"Puan dengan tuan ada masalah ke?" Tanyanya lagi.

"Bibik buat kerja je ye bik. Tak perlulah ambil tahu sangat pasal rumahtangga kami." Kata aku.

"Maaf ye puan. Saya melebih." Katanya.

"Takpe bik. Jangan buat lagi." Kata aku.

Lalu bibik pun sambung buat kerjanya di rumah ini. Tiba-tiba telefon aku berdering.

Kring! Kring! Kring! Kring! Kring!

Aku terkejut melihat nama yang terpapar di telefonku lalu aku menjawab panggilan itu.

"Hello dan. Ada apa?" Tanya aku pada Aidan.

"Hello mel. Kau ada masa tak bila-bila? Aku ada info pasal suami kau ni." Kata Aidan.

"Ye ke. Aku free je bila-bila." Kata aku.

"Ok. Kalau macam tu esok aku jumpa kau. Jam 10 pagi tau. Aku takut tak free bila lain waktu nanti. Aku free esok je ni buat masa sekarang. Kul 10 pagi tau. Jangan lambat. Nanti aku share location." Katanya.

"Ok. Thanks dan." Kata aku lalu menutup panggilan.

Aku amat gembira bila dapat tahu yang aku akan dapat semua jawapan tu esok. Aku tak sabar nak tahu siapa dia.

*****

"Assalamualaikum." Aku mendengar orang beri salam dari ruang tamu.

"Waalaikumsalam. Eh tuan. Dah balik pun." Bibik menjawab salam.

"Dah lima hari tak balik rumah. Ni baru jumpa jalan balik rumah ke." Kata aku menyindir.

"Bibik pergi sambung buat kerja. Saya ada hal nak cakap dengan isteri saya." Katanya pada bibik.

"Aku balik ke tak balik ke. Sama je. Kau tetap tak akan berubah kan." Katanya.

"You ni kan. Kenapa susah sangat nak maafkan I. Benda dah lepas tau. You masih lagi tak boleh maafkan I." Balas aku.

"Sedar pun kau yang kau dah buat salah. Lepastu bukannya nak berubah. Perangai tetap sama." Katanya dengan marah.

"You cuba cakap dengan I. You nak I berubah macam mana? I cuba nak berbaik dengan you tapi you buat tak tahu je. Balik rumah pun jarang. I sunyi tahu tak. You tu suami I. You sepatutnya bimbing I bukannya abaikan I. You buat I macam I ni takde perasaan." Balas aku membebel.

"Kalau kau dah berubah. Kau akan pergi mengaku salah kau pada mama dan papa. Lepastu minta maaf pada aku. Kau nak aku balik rumah selalu tapi kau buat bodoh je pasal kau aniaya aku. Aku ni marah sangat sampai tak boleh nak maafkan kau." Katanya.

"Ok fine. I tahu you marah sangat sampai tak boleh maafkan I tapi I minta sangat you layan la I dengan baik. Bukan abaikan I dan lagi satu. Mana I nak letak muka I kalau I sendiri yang bagitahu diorang tu semua salah I. Papa akan benci I nanti. I tak nak tu semua berlaku." Kata aku.

"Kau punya pasal la papa nak benci kau ke tak. Aku tak kisah. Yang aku tahu, aku nak kau bersihkan nama aku yang dah buruk tu. Selagi kau tak bersihkan nama aku. Aku tak kan balik sini lagi." Katanya dengan serius lalu pergi dari ruang tamu.

Apa yang patut aku buat? Dia nak aku bersihkan nama dia. Habis la aku kalau papa dan mama tahu yang aku perangkap dia je masa tu. Dia memang tak kan maafkan aku selagi nama dia tak bersih. Takpe, yang penting aku kena dapatkan info tu dulu. Lepastu baru aku bertindak selayaknya.

*****

Semasa aku hendak masuk bilik. Aku nampak Adrian keluar dari biliknya dengan kunci keretanya.

"You nak pergi mana lagi ni?" Tanya aku dengan lelah setelah bertengkar dengannya.

"Aku dah cakap. Aku tak kan balik rumah ni selagi kau tak bersihkan nama aku dan berubah." Katanya lalu pergi.

Haihhh...dia betul-betul dah nekad. Entah kenapa aku rasa semakin mustahil untuk aku buat dia cinta dan sayangkan aku. Aku rasa jodoh aku dengan dia tak panjang. Apa akan jadi di masa akan datang kita tak tahu. Macam-macam boleh jadi. Cuma kita nak atau tak nak terima je.

Aku pun masuk dan membuka laptop dan tiba-tiba mommy membuat panggilan video. Aku pun menjawab panggilan itu.

"Hai sayang. How are you today? Long time no see ya." Kata mommy dengan muka yang happy melihat aku.

"Hai mom. I'm fine. Sorry mom. Lama tak jumpa mom kat rumah. Mana daddy?" Jawab aku lalu bertanya.

"Daddy kerja la sayang. Hey, kenapa ni. Sayang mommy menangis ye." Kata mommy meneka aku sedang menangis.

"Eh tak la mommy. Mel okay je. Cuma penat sikit." Balas aku menutup kesedihan.

"Ye ke ni? Macam tak je. You penat sampai menangis ye mel. Hahahahaha." Kata mommy sambil tertawa.

"Hahahahaha. Apalah mommy ni. Mel bosan tu yang kemas sikit-sikit." Balas aku memaksakan diri untuk tertawa.

"Tahu pun bosan. Ada masa nanti datanglah jenguk mommy dan daddy. Mommy rindu mel ni. Oh ye, Adrian mana?" Kata mommy lalu terus bertanya tentang Adrian.

"Adrian kerja. Dia busy sikit." Jawab aku.

"Ouh. Ni mommy tak boleh lama ni sayang. Mommy ada hal. So, can you help me?" Kata mommy.

"Anything for you." Balas aku.

"Kirim salam pada menantu mommy tu ye. Pesan pada dia mommy nak dia dan mel balik tido rumah mommy sehari dua." Kata mommy lalu menutup panggilan video.

*****

Hari dah lewat malam. Adrian masih belum balik. Maknanya apa yang dia cakap petang tadi tu memang betul. Dia tak kan balik selagi nama dia tak bersih. Aku akan mengaku salah aku suatu hari nanti tapi bukan buat masa sekarang. Aku penat berfikir lalu tertidur.

*****

Aku bangun di awal pagi. Lalu aku mandi dan bersiap untuk keluar berjoging.

*****

"Puan nak ke mana pagi-pagi ni?" Tanya bibik.

"Saya nak joging. Kenapa bik?" Tanya aku balik.

"Takde apa-apa puan. Nanti kalau tuan balik dan tanya mana puan pergi. Senang saya nak jawab." Jawabnya.

"Dia tak kan balik bik." Kata aku dengan pasrah.

"Lah. Kenapa pulak macam tu?" Tanyanya.

Bibik ni lain daripada yang lain. Selalunya bibik-bibik tak berani tanya macam-macam pada majikannya tapi bibik rumah ni lain pula. Rajin bertanya. Dia ni betul-betul berani. Mungkin sebab aku terlalu baik layan dia. Takpe lah boleh buat kawan. Tak la aku sunyi sangat.

"Dah la bik. Saya pergi dulu." Kata aku menolak pertanyaan bibik.

"Baik puan. Hati-hati ye." Kata bibik.

"Assalamualaikum." Adrian beri salam ketika masuk rumah.

Aku pelik la dengan dia ni. Semalam kata tak kan balik selagi nama tak bersih. Ni balik pulak. Mungkin ada barang tertinggal. Suka hati dia la. Ni kan rumah dia.

"Waalaikumsalam." Aku jawab salam lalu pergi. Tiba-tiba aku ditahan oleh Adrian. Dia menahan dengan memegang lengan aku. Aku terkejut buat pertama kalinya dia menyentuh aku dengan rela.

"Bibik pergi sediakan sarapan. Saya nak makan." Katanya mengarahkan bibik. Tah apa kena dengan dia ni. Tak pernah makan sini. Tiba-tiba nak makan kat sini. Suka hati dia la.

Bibik pun pergi ke dapur untuk sediakan makanan.

"You teman I makan." Katanya dengan lembut sambil menarik lengan aku. Aku pun terkejut. Dia ni dah kenapa. Tiba-tiba je nak aku temankan dia makan.

"You ni dah kenapa. Tiba-tiba je nak I teman you makan. Lepaskan tangan I, I nak pergi joging." Kata aku lalu melepaskan tangannya dari lengan aku.

"Ok. Kita joging sama-sama." Katanya. Peliknya dia ni.

"Bibik!" Dia memanggil bibik.

"Ya tuan." Jawab bibik.

"Bibik simpan makanan tu dulu. Saya nak teman isteri saya joging. Balik nanti kami makan." Katanya mengarahkan bibik.

"Baik tuan." Balas bibik.

"You tunggu I. I tukar baju kejap." Katanya lalu pergi tukar baju di dalam biliknya.

Hah? Sungguh pelik la aku dengan dia ni. Aku tak tunggu dia. Aku terus pergi. Aku malas layan orang macam dia. Kejap ok kejap tak ok. Ingat aku ni apa. Takde perasaan ke.

*****

Apabila aku sedang joging tiba-tiba ada yang menyapa.

"Eh mel!" Orang itu menyapa aku. Aku melihat dan betapa terkejutnya aku orang itu adalah Aidan.

"Eh dan. Kau buat apa kat sini?" Tanya aku.

"Joging la. Dah lama tak joging ni. Berat naik sikit." Jawabnya.

"Ouh tapi jauhnya kau joging. Sampai sini ko datang sebab nak joging. Hairan la aku." Kata aku.

"Eh mana jauh. Aku baru berpindah dekat kawasan ni. Tak tahu pulak kau tinggal kat kawasan sini." Katanya.

"Ouh tapi mana kau tahu aku tinggal dekat kawasan sini. Pelik la aku." Balas aku lalu berhenti joging. Aidan pun ikut berhenti joging.

"Ouh yelah kan kau joging kat sini so mesti kau tinggal kat kawasan sini. Betul tak? Apalah kau ni mel. Eh duduk la dulu. Penat pula." Katanya sambil mengajak aku duduk di kerusi taman yang berdekatan.

"Ouh. Kau memang dari dulu lagi bijak. Aku kagum dengan kau. Oh ye, dah alang-alang terserempak ni. Baik kau bagitahu aku info pasal Adrian. So, kita tak yah la jumpa kejap lagi. Boleh juga jimat masa kau kan. Kan kau busy. Aku tak nak susahkan kau." Kata aku.

"Oh pasal tu...." Jawab Aidan yang baru nak bagitahu info tentang Adrian. Tiba- tiba Adrian menjerit dengan memanggil nama aku ketika berlari menuju aku. Dia datang dan terus duduk ditengah-tengah antara aku dan Aidan.

"Sayang kenapa tak tunggu abang?" Tanyanya. Aku pun pelik. Dah kenapa dengan dia ni tiba je nak bersayang-sayang dengan aku.

"Hah?" Aku pelik dengan Adrian.

"La sayang ni. Tadi kan abang suruh sayang tunggu abang. Kita joging sama-sama. Kenapa sayang pergi dulu. Tak tunggu abang pun." Katanya dengan tersenyum pada aku.

"Pape jelah." Balas aku muak dengan Adrian.

"Ni sapa sayang?" Tanyanya.

"Hey bro. Nice to meet you. By the way, aku ex boyfriend Melisa." Jawab Aidan dengan cepat sebelum aku membuka mulut untuk menjawab.

"Ouh. Aku suami dia. Kau tak malu ke duduk dekat-dekat dengan isteri aku?" Balasnya tak nak kalah.

"Ouh suami tapi suami jenis apa yang selalu buat isteri dia rasa sunyi." Kata Aidan dengan geram.

"Sayang sunyi ke sayang? Tak kan. Sayang happy je dengan abang kan." Tanyanya pada aku.

"Sudah lah." Kata aku dengan lelah.

"Dia happy dengan kau? Aku tak rasa dia happy. By the way, mana Lyana yang kau sayang sangat tu?" Tanya Aidan dengan geram pada Adrian. Aku terkejut apabila Aidan buka cerita tentang Lyana. Siapa Lyana tu?

"Hah? Apa kau merepek ni." Kata Adrian dengan terkejut.

"Mel! Kalau kau nak tahu siapa orang yang bernama Ly tu. Aku akan bagitahu kau sekarang depan suami kau ni. Ly tu hanya nama panggilan. Nama penuh dia Aleya Lyana dan dia merupakan isteri sah kedua Adrian. Diorang kahwin aku tak tahu bila tapi aku pasti Lyana tu isteri dia." Kata Aidan memberitahu aku semuanya tentang Lyana.

Aku terkejut dan terus berdiri lalu menampar Adrian. Aku terus berlari balik ke rumah.

BERSAMBUNG...