webnovel

Chapter 14 : POV Melisa

*****

Aku rasa macam dah lama tak jumpa suami aku. Dia jarang ada kat rumah. Mungkin dia tak suka tengok muka aku kot. Yelah sebab haritu aku perangkap dia sampai dia terpaksa berkahwin dengan aku. Entah kenapa aku rasa macam aku ni kejam sangat.

Aku pelik tiba-tiba dia balik rumah mama untuk makan malam. Dia tidur mana agaknya selama ni. Memang dia kata ada urusan kat kampung haritu lepastu ada satu hari tu dia minta tanda tangan aku untuk borang percutian. Yang peliknya sampai sekarang dia tak cakap bila percutiannya. Aku pun satu tak baca dulu borang tu sebelum tanda tangan. Entah-entah borang tu borang kebenaran untuk berkahwin lagi satu. Agak-agak dia kahwin lagi atau memang betul tu borang percutian dan kitorang tak menang untuk pergi bercuti.

Selepas habis makan malam. Aku masuk ke dalam bilik untuk berehat. Tiba-tiba Adrian iaitu suami aku menyuruh aku kemas kain baju untuk berpindah ke rumah lain.

"Mel! Aku nak kau kemas semua baju kau. Aku nak kita berpindah ke rumah lain." Katanya mengarahkan aku.

"Pindah mana?" Tanya aku balik.

"Jangan banyak tanya. Kau kemas dan ikut je cakap aku." Jawabnya.

"I tahu la kita akan pindah tapi kat mana? Bila?" Aku tanya tanpa henti.

Dia memang kalau buat apa-apa memang tak bincang dengan aku dulu. Yang dia tahu aku mesti ikutkan je apa yang dia cakap. Nak tak nak aku kena la ikut cakap dia. Dia kan suami aku.

"Macam yang aku cakap tadi. Ikut je." Balas aku.

Aku pun mengalah sebab kalau aku paksa dia jawab dia mesti akan tinggikan suara. Aku tak nak mertua aku dengar. Jadi aku kemas jelah kain baju aku masuk dalam beg dan ikut dia.

*****

"Mama papa! Along nak bawa mel pindah ke rumah lain. Rasa macam tak elok pulak tinggal dengan orang tua sendiri setelah berkahwin." Kata Adrian kepada mertuaku.

Yelatu. Padahal dia memang tak suka tinggal berdua dengan aku kat rumah lain. Mesti dia ada agenda lain ni atau dia nak seksa hidup aku sebab perbuatan aku yang membuatkan dia berkahwin dengan aku. Aku tak kisah kalau dia nak seksa ke apa yang aku tahu aku akan buat dia jatuh cinta dan sayang gila mati kat aku. Itu misi aku.

"Bagus la kalau along fikir macam tu." Kata papa.

"Ok pa ma. Along minta izin pergi dulu. Esok along datang lagi ye ma." Katanya sambil menyalam tangan mertuaku.

Aku pun salam mereka dan terus masuk kereta. Dalam kereta tu tiba-tiba aku terfikir apa maksud dia yang esok dia datang lagi? Papa cakap esok dia keluar outstation. Ni mesti ada benda tak kena. Aku mesti siasat benda ni.

"Yelah. Hati-hati dijalan ye sayang." Pesan mama pada Adrian.

Adrian pun bawa aku ke rumah baharu. Sesampainya kami dirumah baharu tu tiba-tiba Adrian suruh aku masuk rumah dulu. Tah apa la dia nak buat kat luar malam-malam camni. Tiba-tiba aku dapat idea.

"Mel kau masuk dulu. Japgi aku masuk. Aku nak call member aku jap." Katanya.

"Ha yelah. Jangan lama-lama kat luar ni. Dah malam." Aku berpesan padanya.

Aku pun terus keluar dari kereta dan aku pura-pura masuk rumah. Selepas itu aku nampak dia keluar dari keretanya lalu menguncinya dan duduk dekat kerusi luar rumah. Aku pun jalan perlahan-lahan mendekatinya supaya dapat mendengar dengan siapa dia bercakap.

"Assalamualaikum Ly!" Dia memberi salam. Ly? Laki ke perempuan tu? Aku dengarkan lagi.

"Kau tidur ke?" Tanyanya pada orang yang bernama Ly di dalam telefon. Aku tak dapat dengar suara tu perempuan ke laki jadi aku dengar jelah cara dia bercakap sama ada tengah bercakap dengan perempuan ataupun lelaki.

"Takde apa. Saja call. Nak tahu kau ok ke tak. Tu je." Katanya. Aku rasa dia tengah bercakap dengan lelaki. Mungkin kawan dia. Dia ni betul-betul banyak berahsia dengan aku. Aku tak puas hati jadi aku dengar lagi.

"Ouh. Takpelah. Sambung la tidur tu. Sorry tau ganggu." Katanya lagi. Aku pun pelik. Dia ni gay ke apa. Cara bercakap tu lembut betul tapi kalau dengan aku kemain kasar lagi. Cis! Patut la dia tak pernah sentuh aku. Dia gay rupanya. Pastu aku tengok dia dah nak masuk rumah jadi aku cepat-cepat pergi dari situ dan masuk ke dalam rumah.

Masa aku masuk rumah, aku terkejut sebab tengok ada sorang perempuan dalam rumah tu pastu dia tegur pada aku.

"Puan dan tuan dah sampai rupanya. Maaf saya tak perasan dari awal." Katanya.

"Ouh takpe. Awak ni bibik dalam rumah ni ke?" Tanya aku.

"Ya puan." Jawabnya.

"Ouh. Dimana bilik saya ye?" Tanya aku.

"Mari saya tunjukkan." Balasnya.

*****

"Ini bilik puan dan yang depan ni bilik tuan. Tuan dah pesan dari awal. Bilik dia jangan ada sesiapa pun yang masuk kecuali dia. Tak kira orang tu isteri dia ataupun sesiapa. Tetap tak dibenarkan." Katanya menerangkan padaku.

"Ouh ok. Terima kasih. Awak boleh pergi." Balas aku.

Aku tak hairan la kalau dia nak bilik asing sebab aku tahu dia gay. Mana la nak sebilik dengan orang perempuan. Aku rasa aku perlu siasat siapa lelaki tu. Dia ni betul-betul memalukan. Aku rasa penat jadi aku terus tidur di dalam bilik aku.

*****

Aku sedar-sedar dah tengahari. Aku pergi ke dapur untuk makan dan aku tak nampak langsung di mana si gay tu berada. Jadi aku tanya la pada bibik. Mesti dia tahu.

"Bibik! Mana suami saya ye bik?" Tanya aku pada bibik itu.

"Tuan keluar la puan tapi tuan tak cakap pulak nak ke mana. Tuan cuma pesan pada saya supaya sediakan lunch untuk puan sebelum dia keluar tadi." Jawabnya.

"Ouhh. Yelah bik. Terima kasih ye. Meh makan sama bik. Tak seronok makan sorang-sorang." Aku ajak bibik makan sama-sama.

"Boleh ke puan?" Tanyanya.

"Boleh lah. Meh sini duduk sekali. Makan sama." Jawab aku.

"Terima kasih ye puan. Maaf kalau tanya puan. Nama puan siapa?" Tanyanya.

"Nama saya Melisa. Bibik boleh panggil saya puan mel. Nama bibik pulak siapa?" Tanya aku balik.

"Nama saya Dayang. Puan panggil saja bibik. Saya dah biasa dengan panggilan bibik." Jawabnya.

Aku pun teruskan makan bersama bibik.

Aku jadi tertanya-tanya la si gay tu keluar sebab nak jumpa gay dia ke eh? Aku tak kira. Aku nak upah orang supaya intip dia tanpa dia perasan yang dia diintip.

*****

Petang tu aku call la member lama aku yang dia memang buat kerja-kerja cari info orang. Dia sangat-sangat membantu.

"Hello!" Aku mulakan perbualan.

"Hello! Siapa ni?" Tanyanya.

"Ni Melisa la. Kau dah lupa aku ke?" Tanya aku balik.

"Ouh Melisa. Ingatkan siapa. Ha. Asal tiba-tiba call ni?" Tanyanya balik.

"Kau buat lagi tak kerja macam dulu. Cari info pasal orang?" Kata aku lalu bertanya.

"Buat je. Kenapa ye?" Tanyanya.

"Aku nak kau tolong aku cari apa-apa info pasal suami aku. Dia banyak rahsia dengan aku dan paling teruk dia gay!" Kata aku dengan geram.

"Hah? Gay?" Tanyanya terkejut.

"Iye. So, boleh tak ni?" Tanya aku balik.

"Ouh boleh je. Nanti malam kita jumpa. Kau bagitahu aku info sikit pasal dia. Nanti senang aku nak buat kerja." Balasnya.

"Ok boleh. Kat mana nak jumpa?" Tanya aku.

"Kat taman biasa kita jumpa dulu. 8 malam. Jangan lambat tau." Katanya.

"Ok. Jumpa malam ni. Bye." Kata aku lalu menutup panggilan.

*****

Tiba-tiba ada yang bagi salam. Aku keluar dari bilik tengok siapa yang datang. Rupanya Adrian dah balik. Kuat juga suara dia bagi salam eh. Sampai aku boleh dengar dari dalam bilik.

"Kak saya sekejap je ni. Akak tak yah masak banyak la. Malam ni saya tak balik. Masak untuk akak dan puan je ye." Katanya sambil menuju ke bilik. Aku tunggu di depan bilik dia untuk sapa dia.

*****

"You nak keluar gi mana lagi ni? Pagi dah keluar pastu ni petang baru balik lepastu nak keluar semula. Nak pergi mana lagi ni?" Tanya aku pada dia sambil membebel.

"Kau jangan sesekali masuk bilik aku. Kalau kau masuk, siap kau. Ni lagi satu. Hal aku kau tak payah sibuk." Jawabnya dengan kasar.

"Kalau I masuk, you bukan nampak pun. Lepastu I ni wife you tau. I berhak tahu mana you nak pergi." Balas aku.

"Aku boleh nampak kau. Dalam bilik aku ada cctv. Jangan berani-berani nak masuk. Yang pasal kau kata berhak tu kan. Cuba kau fikir. Berhak ke kau nak tahu semua pasal aku setelah apa yang kau dah buat pada aku." Katanya dengan mengungkit salah aku.

Aku terdiam seketika.

"Ha pasal diam. Betul la kan kau perangkap aku. Ni kau jangan fikir la aku nak seksa kau ke apa. Aku tak akan seksa kau tapi aku tak akan balik sini selalu. Melainkan kalau kau dah betul-betul berubah. Lagi satu, bilik kau, bilik bibik dan tandas aku tak letak sebarang camera pun. So, ko tak yah risau la aku ni nak intai orang ke apa." Katanya dengan jujur.

Dapatkah dia memaafkan aku jika aku berubah suatu hari nanti? Ke dia main-main je. Lagipun dia gay. Takkan dia nak terima aku lagi.

Dia pun masuk ke dalam biliknya untuk ambil barang dan keluar semula lalu pergi dengan keretanya. Aku pula menuju bibik untuk pesan sesuatu.

"Bibik masak sikit je ye. Lepastu bibik tunggu saya balik dari jumpa kawan. Kita makan sama-sama. Saya ada hal kena jumpa kawan sekejap malam ni." Kata aku berpesan pada bibik.

"Baik puan." Balasnya.

Hari pun dah menunjukkan 6.50 petang. Lalu aku kembali ke bilik aku dan mandi serta bersiap-siap untuk keluar jumpa dengan kawan lama.

*****

Aku pun dah siap dan melihat jam telah 7 setengah petang. Jadi aku terus bertolak kerana dari rumah ni nak ke taman yang kami biasa jumpa tu makan masa dalam 30 minit baru akan sampai.

*****

Setibanya aku ditaman yang dijanjikan aku pun terus berjumpa dengan kawan lama aku iaitu Aidan.

"Sorry lambat sikit." Kata aku pada dia.

"Aku baru je sampai. Takdelah dah lama tunggu." Katanya.

"Ouh ye eh." Balas aku.

"So, apa info pasal suami kau tu?" Tanyanya.

"Ok. First sekali, nama dia Adrian. Dia berumur 23 tahun. Dia ni tak ramai kawan. Dia juga tak pernah sentuh aku selepas berkahwin dengan aku. Masa pindah rumah semalam aku dengar dia bercakap dalam telefon. Nama orang yang dia call tu Ly namanya. Aku tak pasti dia lelaki ke perempuan tapi aku syak orang tu lelaki sebab dia bercakap pakai bahasa kau aku. Lepastu aku fikir yang dia ni mungkin gay sebab masa dia bercakap dalam telefon tu lembut je tapi bila dengan perempuan kasar. Macam tulah dari pemikiran aku." Kata aku panjang lebar.

"Ouh. So, ko nak aku siasat la ni siapa pasangan gay dia tu?" Tanyanya.

"Yes, tepat sekali." Balas aku.

"Ouh ok tapi aku nak gambar dia. Senang aku nak siasat nanti." Katanya.

"Kejap aku hantar gambar dia kat kau." Kata aku.

Ting! Ting!

"Ok dapat dah. So, bila ko nak aku mula siasat?" Tanyanya.

"Kalau boleh secepat yang mungkin." Jawab aku.

"Ouh ok. Kalau macam tu aku akan mula siasat esok." Katanya.

"Eh dah lewat la. Aku kena balik. Kalau dia nampak aku balik lewat, naya aku. Aku tak nak dia tahu yang aku upah orang untuk intip dia. Aku balik dulu eh." Kata aku.

"Ok." Katanya.

Aku pun balik dan terus makan bersama bibik lalu masuk bilik untuk berehat. Seketika beban yang aku fikirkan dah semakin berkurang. Aku akan dapat semua jawapan dalam masa terdekat ni. Leganya aku. Aku pun baring di katil seketika dan terus tertidur dengan lena.

BERSAMBUNG...