Dua tahun kemudian, Meng Hao berusia tiga puluh lima tahun. Telah sembilan tahun dia meninggalkan kampung halamannya. Namun, sepanjang tempoh itu, dia cuma menetap di dua tempat, di sungai dan di hutan.
Tahun ini, dia terserempak dengan sekumpulan penyamun.
Penyamun memang biasanya membunuh tetapi mereka tidak membunuh Meng Hao. Mungkin ini kerana jubah sarjana yang dipakainya atau beg sarjana yang dikendong di belakangnya. Dia memang kelihatan tidak berharta. Ketua kumpulan penyamun itu adalah seorang wanita yang cantik lagi menawan. Dia bertanya kepada Meng Hao satu soalan.
"Bolehkah kau membuat rekod kewangan?"
Meng Hao menggeleng, mereka tetap membawanya pergi. Dia diheret ke sebuah kubu gunung, merupakan kampung yang sungguh padat di mana terdapat lebih dari seribu orang tinggal di situ. Kebanyakan mereka adalah ahli keluarga penyamun tersebut, termasuk beberapa orang kanak-kanak.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者