webnovel

Chapter 44

Masa kini-Air terjun sungai berembun

AINAA merenung lama, setiap rias wajah si kembarnya. Kusam dan lesu. Hilang keserian yang indah di wajah adiknya itu. Tiada gelak tawa ceria yang menghiasi wajah kini. Mirip wajah mereka yang mengundang kedukaan, yang bila-bila memanggil semula tragedi yang berlaku pada rakan dan keluarga mereka. Sangkanya, silap diri dan mungkin ada yang sengaja memerangkap mereka.

Semuanya berlaku kerna.....helaan nafas, melepaskan keluhan yang membebankan. Sukar untuknya meluahkan rasa, walau ianya hanya bergema di dalam hati.

Sofea yang berubah tingkah, kelakuan dan personaliti mungkin kerana punca yang datang darinya. Rambut hadapan adiknya yang kusut, menutup sebahagian dari muka diselak ke tepi telinga.

"Kau....jangan nak menyamar jadi aku!!" sepasang mata Sofea yang tercelik, memandang tajam melihat Ainaa. Ainaa tersentak. Terkejut dia, apabila adiknya bersuara tiba-tiba. Pandangan dari air muka adiknya, yang berbeza reaksi dan ternyata tidak senang dengan kehadirannya. Berujar agak kasar.

"Dik...akak tak pernah menyamar jadi kau." suara Ainaa, terungkap lembut. Rambut adiknya yang kembali jatuh, terjuntai menutup wajah diselak oleh Ainaa namun bantuan Ainaa, ditepis tidak suka.

"Mana aku tahu, kau menyamar ke tidak! Kau sengaja, nak perangkap aku?!" balas Sofea, masih dikuasai rasa marah.

Ainaa mengumam perlahan. Rambutnya yang lepas bebas, di raup ke belakang lalu diikat satu. Tatkala mata itu mencelik, hanya sebelah yang mampu mengerah daya untuk melihat. Tangannya mengusap mata adiknya, dan ditutup sebelah yang melihat. "Jika aku penipu. Buktikan mata kamu buta atau tidak!" bahasa lembut, sudah diganti dengan kata aku-kamu.

Sofea diam menunduk dan kemudian ketawa panjang. "Kau ingat...aku akan percaya..." tawanya semakin rancak. "Kau manusia tak berwajah!" pekiknya marah. "Kau punca semua ini berlaku!!" tambahnya, dengan perasaan yang meluap-luap.

Bersambung...