webnovel

3 - Enam Bulan Kehamilan Part 1

Enam bulan kehamilan...

Sarah melangkah dengan perlahan ke arah bus stop yang tidak jauh darinya. Tangan kirinya memegang beg kerja dan botol 1 liter manakala sebelah lagi memegang perutnya yang kian membesar. Sarah menarik nafas lega. Sudah 15 minit dia berjalan dari tempat kerjanya tanpa henti. Sarah menilik jam tangan yang kini menunjukkan jam 7.00 malam.

"Ya Allah, sempat ke ni sampai sebelum azan maghrib." Soal Sarah.

Sejak suaminya mendapat kerja separuh masa di kedai makan kawan suaminya itu, dia terpaksa pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Dia terpaksa menipu suaminya yang dia pulang dengan menaiki servis 'grab'. Dia tidak mahu suaminya berasa susah hati. Dia mahu menyimpan duit OT untuk kegunaan waktu bersalin nanti. Dia nekad mahu mencari duit untuk dia bersalin nanti sendiri. Dia tidak mahu suaminya itu penat mencari duit lebih untuk keselesaannya ketika bersalin. Dia mahu suaminya sentiasa ada di sisinya ketika dia membawa zuriat mereka itu.

"Sayang ummi, lagi sebulan cukuplah duit umi nak bersalin dekat swasta nanti. Ummi tak sabar nak jumpa anak ummi ni. Kita sama-sama kuat ye sayang. Lepas ni takdelah Abi susah susah cari duit untuk ummi."

Ring!

Telefon bimbit milik Sarah berdering. Sarah tersenyum lalu segera mengangkat panggilan telefon tersebut tatkala melihat nama suaminya tertera di skrin telefon bimbitnya. Jarang suaminya itu mahu menelefonnya pada waktu begini.

"Assalamualaikum abang!" Ucap Sarah dengan nada teruja.

"Hmmm, waalaikumussalam. Awak dekat mana?" Soal Ikhwan.

"Err... Sayang baru je sampai rumah. Kenapa abang?" Bohong Sarah.

"Ini, tadi mak abah awak call nombor rumah. Katanya tak ada yang angkat. Mak abah call awak pun awak tak angkat. Itu yang diorang call abang."

"Oh..." Jelas terpampang riak kecewa. Ingatkan mahu bertanya tentang dia. Rupanya sebab lain.

"Abang, boleh tak sayang nak cakap sikit?" Soal Sarah.

"Apa dia? Cepat sikit. Abang nak kena masuk kerja kejap lagi." Ujar Ikhwan.

"Urm, boleh tak, kalau abang berhenti kerja part time tu bulan ni?" Soal Sarah.

"Kenapa pulak!" Soal Ikhwan dengan nada sedikit tinggi.

"Ala, abang asyik busy je. Sayang nak lah waktu malam kita spend time sama-sama. Sayang rindu abang."

"Tak payah mengada. Karang barang anak nak beli pakai apa? Habuk kipas? Daun kering tepi jalan tu?" Balas Ikhwan.

"Pasal barang anak tu abang tak payahlah risau. Sayang pun ada je saving untuk anak kita nanti."

"Habis tu duit bersalin awak tu macam mana? Awak tu demand sangat nak swasta bagai. Pergi jela bersalin dekat kerajaan! Demand sangat nak level-level kayangan. Ikut sangat kawan awak tu bersalin swasta awak pun nak bersalin swasta." Bebel Ikhwan.

"Sayang minta maaf. Sayang cuma nak anak kita selesa waktu keluar nanti." Jawab Sarah.

"Anak kita selesa ke awak yang nak selesa? Anak dalam perut tu pandai bercakap dah?" Perli Ikhwan. Sarah terdiam.

"Tak apalah abang. Kalau macam tu sayang ikut sajalah cakap abang. Nanti bersalin, sayang bersalin dekat kerajaan je. Sayang okay." Sarah kembali bersuara.

"Dah, tak payah. Karang mak abah awak tanya apasal tak jadi bersalin dekat swasta. Malulah abang kalau diorang tahu abang tak ada duit nak bayar."

"Tapi abang, sayang ada je duit ni. Sayang ada kumpul sikit. Bulan depan cukuplah nak bayar kos bersalin dekat tempat kita pergi hari tu."

"Ish! Awak tu mana ada duit! Duit OT tu habis dekat makan dan duit grab je. Baik tak payah buat OT! Dah, jangan merepek dah! Nanti call balik mak abah awak tu. Abang nak masuk kerja. Bye!"

"Abang! Abang! Kejap!"

"Apa dia?" Ikhwan merengus.

"Abang, boleh tak abang belikan sayang asam laksa dekat restoran kawan abang tu? Sayang teringin sangat makan asam laksa dia. Dah seminggu sayang tahan mengidam makanan tu." Pinta Sarah.

"Aik? Sebelum ni elok je tahan lama kalau mengidam. Awak kata taknak susahkan abang mintak beli makanan mengidam awak?"

"Sayang minta sekali ni je abang. Sayang memang teringin sangat makan asam laksa tu. Lepas ni sayang tak minta abang dah." Pujuk Sarah. Dia memang teringin sangat makan asam laksa kedai rakan suaminya itu. Sebelum ini dia mampu tahan mengidamnya itu. Tapi kali ini dia tidak berjaya. Rasanya kalau tak dapat jamu asam laksa tu, rasa tak mahu makan langsung sampai bersalin.

"Tengoklah macam mana. Dah bye. Menyusahkan." Ikhwan segera mematikan panggilan telefonnya. Hati Sarah tersentak. Ini kali pertama suaminya itu berkata begitu. Sarah cuba menahan sebak di dada. Dia memandang perutnya dan mengusapnya perlahan.

"Nampaknya ummi dah susahkan abi, sayang. Maafkan sayang, abang." Sebak di dadanya tidak dapat ditahan lagi. Air mata mula mengalir membasahi pipinya. Isteri mana sahaja mahu menyusahkan suaminya sendiri.

下一章