webnovel

4 - Enam Bulan Kehamilan Part 2

DUM!

Bunyi pintu rumah ditutup kuat mengejutkan Sarah dari tidurnya. Sarah segera bangun dari kerusi di meja makannya lalu mendapatkan suaminya yang baru sahaja pulang.

"Abang dah balik?" Tegur Sarah.

"Habis tu, takkanlah baru nak berjoget. Orang tengah balik kerja penat-penat boleh tanya soalan bodoh."

"Ada ke asam laksa tu abang?" Soal Sarah. Dia tidak menjamah apa-apa makanan lagi kerana menunggu asam laksa yang dipesan.

"Asam laksa apa pulak ni? Mimpi apa awak ni? Dahlah dengan air liur meleleh dekat bibir tu. Elok sangatlah tu perangai macam tu." Marah Ikhwan. Sarah segera mengelap air liur basi yang meleleh di hujung bibirnya.

"Abang, sayang tak mimpilah. Kan sayang ada minta abang belikan masa abang call maghrib tadi? Abang lupa ye?" Ujar Sarah dengan nada lembut.

"Ha, eloklah. Suami ni balik kerja penat-penat cari duit nak selesakan anak dalam perut tu yang kononnya dah pandai cakap, dia boleh tanya pasal asam laksa dia dulu. Isteri jenis apa awak ni?"

"Tak, abang. Sayang tak berniat pun–"

"Dahlah! Awak nak makan asam laksa pergi buat sendiri! Masuk dapur awak yang dah berhabuk tu! Ke dah tak reti dah cara nak masak sejak mengandung ni?" Perli Ikhwan.

"Tak apalah. Nanti waktu sayang cuti, sayang cari barang. Nanti sayang cari sekali bahan untuk masak ayam masak merah favorite abang. Lepas tu kita makan sama-sama ye." Ujar Sarah cuba memujuk suaminya yang sedang marah.

"Tak payah! Berangan je nak masak! Nanti mulalah kasi alasan terlupalah, tak sempatlah. Bukannya tak kenal awak tu." Ikhwan menjeling.

"Kali ni sayang cuba tak lupa ye abang. Abang dah makan?" Soal Sarah.

"Dah. Sepatutnya soalan tu la awak tanya awal-awal tadi. Bukannya tanya mana asam laksa. Kenapa? Dah tak sayang saya dah? Sayang asam laksa pulak ke? Kotlah mengandung ni tukar selera pelik-pelikkan."

"Maaf abang." Ucap Sarah. Ikhwan meninggalkan Sarah sendirian di ruang tamu tanpa sebarang kata. Naik turun dadanya cuba menahan sebak di dada. Dia tidak mahu menangis. Tidak pasal-pasal dia menyusahkan suaminya nanti mahu memujuknya. Itu pun kalau suaminya itu kisah pasalnya.

"Maafkan ummi, sayang. Malam ni kita terpaksa berlapar ye. Makanan dekat rumah dah tak ada. Nak masak bubur, beras habis. Kesian anak ummi lapar." Ucap Sarah sambil mengusap perutnya itu.

Melepas lagi dia mahu makan makanan yang dia idamkan.

下一章