"Ini mustahil!" Pari-pari Laici menggelengkan kepala dan berkata, "Walaupun nenek moyang saya buat Kota Syurgawi itu marah, saya tak mempraktikkan mana-mana teknik pertapaan yang diturunkan dari generasi ke generasi. Oleh itu, aura saya pada dasarnya berbeza dari nenek moyang saya selepas terlalu lama. Tak kira betapa hebatnya senjata-senjata dewa yang sudah patah ini... akhirnya, ia tetap senjata yang patah dan mustahil untuk ia kesan apa-apa dari saya memandangkan sudah berlalunya beberapa generasi! "
Mahaguru Ubat menambah, "Melainkan... Tribulasi Syurgawi Kota Syurgawi purba itu menyumpah nenek moyang Pari-pari Laici dan menggunakan salah satu sumpahan yang ditinggalkan dalam keturunan seseorang dan diturunkan dari generasi ke generasi. Tetapi, sumpahan seperti itu sangat mudah untuk dikesan dan mustahil pertapa tidak menyedarinya. "
Song Shuhang memegang dagunya dan termenung jauh.
Apabila dia selesai menghubungkan petunjuk itu, dia tiba-tiba faham.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者