Hamster syaitan di puncak Alam Tahap Empat yang tidak dipengaruhi oleh jaring penapisan para cendekiawan ini meluru dengan sangat lahu, menjadikan para penonton berasa seolah-olah mustahil untuk menghindari serangannya.
Bahkan Enam Belas dari Puak Su, yang berada di belakang Song Shuhang, tidak sempat untuk menghentikan hamster jahat itu!
Song Shuhang membeliakkan matanya seluas-luasnya dan serta-merta mengaktifkan kemahiran semulajadi Bukaan Mata—Penglihatan Pakar. Kemahiran ini ternyata lebih kuat daripada yang dijangkakan oleh Song Shuhang pada mulanya. Walaupun sekarang dia berada di Alam Tahap Tiga, dia masih boleh mencapai kesan 'peluru masa' semasa menggunakan kemahiran semula jadi ini.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者