webnovel

Chapter 4

"Apa yang berlaku ini..asal semua dah gerak?Majlis tak mula lagi kot"bisik Mai ke telinga Naylie."Mana aku tahu aku dari tadi diri Kat sini..Mar ni pon hilang mana ni?!"serabut Naylie dengan Mai."Woi"panggil Arif."Apa ni woi woi orang ada nama kau jangan macam macam"mata dijeling."Lah Naylie Nur Filzah ha kan dh panggil nama penuh tu..napa semua gerak apa jadi?"soal Si Arif pulak.

"Korang dua ni buta ke apa ..aku dari tadi duk sini je nampak ke aku pergi mana mana"kan dah kena bebel Mai, Arif."Hm aku nampak tadi kau tenung aku ade ah tapi kalau pergi mana mana tak de lagi"usik Arif."Eleh siapa kata aku pandang kau ..aku pandang orang yang kat belakang kau tu lah hensem kau tahu"jawab Naylie."Ha ye lh ye lh".Suasana yang semakin sunyi membuatkan mai,naylie,arif ngan tiara ingin tahu apa yang berlaku.

Naylie's pov

Apa yang berlaku ni ish, mana Mar ni ..aip apa yang dia buat sorang sorang kat sana apahal "Mar napa ni Mana syukri?".Mar hanya pandang bawah dan tidak jawab soalab aku."Mar napa ni mar?Cuba cerita mana syukri?."Weh...tunang dibatalkan ..kalau nak balik ..balik eh aku nak gi tukar baju jap..makanan semua ada baki aku nak bagi kat rumah anak yatim piatu semua "balas Mar.HA?!TUNANG DAH BATAL APA NI APA YANG JADI?"Apa yang kau merepek ni Mar ..cuba cakap betul betul sikit jangan nak bercandaan blh?"haih kalau dia gurau memang aku tembak dia ish."Aku pon harap ni semua candaan weh tapi inilah kenyaataan.Betul kau kata dia tak serious ngan aku ..aku yang bodoh pergi percayakan..dia sepatutnya kata ni semua mainan aja..takkan aku akan letakkan harapan terhadap dia..sampai hati dia jadikan aku boneka mainan..tak pe lah aku gi tukar baju dulu eh"kata mar lalu memasuki rumah dia.Aku disana hanya mampu diam dan berdiri kaku

."Apa yang jadi weh"tanya Mai disebelahnya Arif dengan tiara."Majlis dah dibatalkan"itu aja mampu aku ucapkan.

End Naylie's pov".

"Apa yang kau merepek ni woi"tanya Arif."Aku juga harap ni semua bende merepek tapi yang aku pasti majlis ni dah batal and Mar kata dia nak gi tukar baju dan pergi hantar makanan yang baki itu ke rumah anak yatim piatu.Aku nak gi tolong dia ."Naylie menghayunkan kakinya dan memasuki rumah Mar dan segera ke bilik mar.Bunyi ketuk pintu diluar sedarkan lamunan Mar.

Mar's pov

Setelah kata demikian aku lari anak anak ke bilik aku.Panggilan Ayah dan Mak aku hanya balas dengan senyuman tipis.Aku buntu ..mulut aku berat ingin katakan sesuatu.Aku tutup pintu bilik aku dan terus terduduk.Apa yang aku mampu buat kalau disini sahaja cerita novel aku..mungkin Allah dah aturkan yang dia bukan untuk aku ..tapi hati ni kecewa degil mahukan dia.Dia yang membuat aku terdiam dengan suaranya,dia yang membuat ku tergagap dengan pandangannya,dia sahaja yang mampu buat hati ni bergetar dengan laju.Dia yang aku inginkan untuk jadi Imam aku .Tapi itu semua hanya tinggal kenangan aja.KENANGAN DAN MIMPI.Ketukan di pintu buat aku tersedar diri.Lalu aku bergegas ke tandas dan menguncinya.

End Mar's Pov

"Mar Mar buka pintu ni mar"ketukan di pintu bertambah kuat."Dia kat tandas kot"ucap naylie kepada dirinya.Selepas seketika pintu bilik dibuka."Maaf aku kat tandas tadi Hahaaha"muka mar yang segar dibasahi Air dipandang oleh Naylie.Naylie tahu dengan senyuman yang dipamerkan oleh Mar itu hanya untuk tidak risaukan sesiapa.Mar yang dihadapan Naylie sekarang ialah seorang yang pandai menyembunyikan perasaan sebenarnya."Oh ye ke ..dah siap?Jom aku teman kau gi bagi makanan"sambil bercakap Naylie mencapai begnya dan memegang tangan kanan Mar ,sekadar memberi kekuatan untuk dia."Hm okay"balas Mar dan menggenggam balik tangan Naylie dengan harapan kuatannya akan bertambah.

"Hm Naylie Nur Filzah aku hantarkan Tiara dulu eh nanti aku datang balik"kataan Arif hanya dibalas dengan anggukan.