Rin baru balik dari sekolah. Dia memberi salam sebelum masuk ke rumahnya iaitu sebuah banglo yang terletak di sebuah kawasan perumahan mewah. Sebaik sahaja dia masuk, kelihatan ibu bapanya sedang mengemaskan barang.
"Mak, ayah, nak ke mana?"
"Kami nak ke Putrajaya, ada urusan penting." kata Prof. Aizat.
"Ye, kamu jaga diri baik-baik tau. Mungkin dalam seminggu dua ni kami tak balik." kata Prof Alia.
"Oh, ok mak. Jangan risaulah, Rin boleh jaga diri." katanya walaupun dia berasa berat hati kerana sekali lagi ibu bapanya tiada di rumah buat masa yang lama kerana terdapat banyak kerja yang perlu disiapkan di makmal.
Malam itu, Rin keseorangan di rumah. Rumah tersebut terasa sunyi kerana ketiadaan ibu bapanya. Dia teringat semula semasa dia kecil, ibu bapanya masih bekerja sebagai pensyarah di Universiti. Mereka sering meluangkan masa lapang bersama dan ia merupakan kenangan yang terindah bagi Rin. Kini, mereka bekerja sebagai Software Developer di syarikat ESCOM, Putrajaya. Rin membuka desktopnya. Terpapar 'Opening F.I.A software' pada skrin.
F.I.A (Female Intelligent Assistant) ialah software yang diberikan oleh parents Rin untuk menemaninya ketika ketiadaan mereka. Seorang perempuan yang sebaya dengan Rin terpapar pada skrin.
"Hai Rin.. ada apa-apa yang boleh saya bantu? Kenapa ni? Awak nampak muram je?"
"Eh takdelah Fia, saya cuma..sunyi."
"Takpe Fia kan ada." katanya sambil memberikan senyuman yang manis.
"Terima kasih Fia kerana temankan saya selama ni."
"Eh, takde apalah. Lagipun itulah tujuan Fia dicipta.. untuk jadi teman awak. Oh ye, Fia dah cari maklumat yang Rin nakkan."
"Eh? Maklumat apa ye?"
"Maklumat tentang permainan MMO yang paling popular sekarang. Ia ialah Elguard Online. Fia dah download. Rin nak cuba?"
"Boleh juga."
Tanpa berlengah Fia membuka Permainan itu. Rin bermain permainan tersebut hingga ke pagi.
"Rin, tak nak tidur lagi?"
"Eh? Dah pagi ke? Tak sedar pula."
"Wah Rin.. Tahniah."
"Eh? Kenapa pula?"
"Bukanke awak ada friend dengan seorang pemain semalam. Kalau tak silap username dia Ren."
"Oh itu? Kami party kejap je.. untuk siapkan quest."
"Fia dah dapat maklumat tentang dia."
"Apa? Awak stalk dia ke?"
"Taklah.. saya perasan yang ip dia dekat-dekat sini je jadi saya periksalah maklumat tentang dia."
"Oh begitu. Apa yang awak dapat tahu tentang dia?"
"Nama sebenar, Yusuf Eizlan. Umur 15 tahun dan dia bersekolah di tempat yang sama dengan awak."
"Eh? ye ke?"
"Ye, Fia rasa Rin patut tegur dia nanti. Setahu Fia Rin belum ada kawan lagi kan."
Rin hanya mengangguk perlahan.
"Ala janganlah begitu Rin. Kalau Rin tak cari kawan sekarang bila lagi kan." kata Fia cuba menasihati tuannya itu.
"Takpe saya kan ada Fia."
"Ish Rin ni."
Keesokannya, Rin mendapat tahu bahawa Yusuf berada di kelas Tingkatan 3 Tekun. Pada waktu rehat, dia terus menuju ke kelas tersebut. Hanya seorang yang kelihatan dalam kelas tersebut. Dia sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya. Rin cuba menghampirinya perlahan-lahan.
"Er, kamu ke Yusuf."
"Ye saya.. ada apa?"
"Saya Nazrin Aiman. Selamat berkenalan."
"Selamat berkenalan. Macam mana awak tahu nama saya?"
"Awak main Elguard Online kan. Sayalah Rin."
"Oh, awak ke.. tapi awak belum jawab soalan saya tadi."
"Kalau itu.. susah sikit saya nak jelaskan. Hmm.. macam mana kalau awak datang ke rumah saya petang ni."
"Em.. boleh juga."
Petang itu, Rin membawa Yusuf ke rumahnya.
"Wah! Ni ke rumah awak? Besarnya... kenapa awak tak ramai kawan eh. Anak profesor lagi tu."
"Tak tahulah, mungkin saya kurang menonjol kat sekolah. Yelah keputusan saya pun biasa-biasa je."
"Oh begitu."
Rin membawa Yusuf ke biliknya dan memperkenalkan kawan barunya kepada Fia.
"Wah.. Rin dah ada kawan.. rasa nak nangis pula." kata Fia bergurau.
"Ish, Fia ni.. hehe"
Sejak hari itu Rin dan Yusuf berkawan baik dan selalu bermain permainan Elguard Online bersama-sama. Tanpa disangka mereka telah tersenarai sebagai pemain sepuluh teratas dalam permainan tersebut kerana berjaya menewaskan boss yang baru dikeluarkan oleh pembangun permainan itu dalam tempoh kurang dari 30 minit.
Pada waktu rehat, Rin tidak pergi ke kantin. Dia berada di kelas untuk menyiapkan kerja rumahnya. Tidak lama kemudian Yusuf menegurnya.
"Eh, suf, tak perasan pula."
"Rin, awak ada dapat email ke?"
"Email apa?"
"Malas nak spoil. Baik awak pergi tengok."
Rin kurang memahami apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Sebaik sahaja dia tiba di rumah, dia terus membuka komputernya.
"Eh, Rin.. awal balik." kata Fia.
"Hari ni takde kokum.. ada dapat email tak?"
"Email.. oh ya .. ada."
Tahniah, anda telah terpilih untuk menyertai program beta testing untuk permainan Elguard Online versi Portal bertempat di Wisma ESCOM, Putrajaya pada November ini.
ESCOM
Telefon rumah Rin berbunyi.
"Helo?"
"Helo, Rin amacam?"
"Haha, beta testing .. tak sabar rasanya."
"Haha ye samalah."
"Eh, kejap kejap... ada call. Saya hold dulu ye." Rin menekan butang 'hold call' untuk menjawab satu lagi panggilan.
"Helo?"
"Rin." suara tersebut ialah suara Prof. Alia.
"Eh mak? Ada apa?"
"Takde, saja call.. macam mana sekolah?"
"Baik je, eh mak.. saya terpilih untuk beta testing untuk Elguard Online.. katanya di Wisma ESCOM."
"Tau.."
"Eh, macam mana mak tahu?"
"Kami berdua yang pegang projek tu. Kami dah siapkan Projek Portal bulan lepas..." belum sempat menghabiskan ayatnya Rin mencelah.
"Projek Portal? Apa tu?"
"Ia ialah peranti yang boleh mengubah sebarang benda kepada data. Kamu tahulah bila Beta testing tu bermula nanti."
"Oh begitu, baiklah mak kawan tengah call ni.. hmm."
"Takpe.. mak pun saja je call nak tanya khabar.. jumpa nanti masa Beta testing. Oh, sebelum mak terlupa ayah kirim salam."
"Waalaikumsalam.. jumpa nanti mak."
"Rin."
"Maaflah pasal tadi."
"Takpe, siapa call tadi?"
"Mak saya."
"Oh, baiklah saya tak nak cakap banyak.. cuma tahniah dan gudluck.. hehe jumpa di beta testing nanti."
"Okey." kata Rin sebelum meletak telefon.