webnovel

WELCOME TO BTS WORLD

Melissa deorang gadis yang pendiam Dan sering dibuli oleh teman - teman sekolahnya, hidup dia yang penuh dengan penderitaan Dan tangisan,Melissa mendapat kekuatannya dari penyanyi Korea yang digelar bts, bts banyak memberi semangat kepadanya, Dan lagu mereka membuat Melissa tenang,namun dia tetap sedih keluarga nya yang lebihkan adiknya dari dia, setiap malam dia menangis Dan memohon agar nyawanya diambil, dia ingin pergi dari dunia yang kejam ini, dia ingin hidup didunia yang membahagiakannya, setiap malam dia tidak pernah berhenti berharap Dan terus berharap sehinggalah satu malam, dia tertidur Dan dalam kegelapan malam dalam samar- Samar, dia melihat kabus memenuhi ruang kamarnya Dan dari kejauhan dia melihat cahaya yang terang dari sebuah pintu yang dia tidak pernah tahu akan kehadirannya, cahaya itu semakin terang Dan dalam kekeliruan dia melangkah pergi kearah pintu yang terukir cantik itu Dan dia terdorong memasukinya, buka sahaja matanya dia melihat sebuah tempat yang asing baginya, dia melihat begitu banyak sekali laci - laci yang ditanda berwarna ungu, Dan dia melihat setiap satu darinya ada Nama yang ditulis cantik disetiap rak itu,“aku di Mana? kenapa aku boleh sampai disini, bukan aku didalam bilik ke ?” ujar Melissa sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal.dia melihat sekeliling Dan dia terdengar derapan kaki yang berjalan kearahnya, dia berada takut Dan berpaling kearah bunyi itu, dia tergamam melihat 7 orang yang dia ingin sekali berjumpa, kini berada dihadapan matanya, salah seorang dari mereka tersenyum Dan berkata“ welcome to bts world, sekarang anda berada di magic shop” sambil menundukkan badannya sedikit, Melisa tergamam.... apa kah yang akan terjadi pada Melissa, Ada kah hidup dia akan berubah atau adakah dia ingin tinggal di sini atau adakah dia akan pulang??

wawawawawawawawa · Người nổi tiếng
Không đủ số lượng người đọc
17 Chs

BAB 16

layla mendekati lissa yang termenung jauh, lukisan ditangan lissa dipandang sekilas.' Cantik ! ' layla meletakkan biskut dan minuman di meja tulis lissa, sejak dia berbaik dengan lissa, dia mengambil semua barang yang berada didalam biliknya dan pindahkan ke bilik kakaknya.

Apa yang lissa buat pasti akan ada dia disebelah, seperti belangkas pun ada !, " cantik lah akak lukis!, tapi ni gambar sapa kak?" tanya layla, lissa menoleh dan menutup buku itu dan menggeleng." layla bawa apa?," tanya lissa mengubah topik.

layla menghulurkan dulang makanan kepada lissa," layla keluar dengan kawan tadi, lepastu layla tengok ada brownies coklat dan cheese biscuit, layla terus teringat yang akak suka, layla belilah untuk akak ..!" ujar layla sambil menyuap brownies ke lissa, mulut lissa yang penuh ditatap lembut oleh layla, seketika layla tertawa melihat wajah lissa yang agak sukar mengunyah itu.layla menghulurkan air chocolate ke kakaknya," banyak sangat laa. layla suap akak, susah akak nak telan!" ujar lissa, namun tertawa jua dengan sikap layla itu.

puan rozi yang sedang mengampai kain terdengar suara gelak tawa dan matanya melihat kedua² anaknya yang sedang makan dikamar lissa, dia tersenyum bila melihat layla yang tidak dapat berenggang langsung dari lissa, sampai keluar tak dampai lima belas minit dah balik Dan mencari kakaknya.

malam nya melissa berjalan memasuki biliknya dan menutup rapat, layla yang madih buat kerja sekolah dibiliknya dibiarkan , lissa memandang kearah cermin dan perlahan bayangan seorang lelaki berambut hitam dengan wajah sendu muncul didalam cermin itu.

lissa tergerak hati menyentuh cermin itu, seperti menyentuh wajah lelaki itu, " siapa kau ?, aku selalu melihat kau dalam mimpi aku, dan kau selalu kubayang dalam mindaku...aku cuma nak tahu siapa kau dalam hidup aku?" tanya lissa, lelaki itu mengalirkan airmata" aku lelaki yang tiada keistimewaan didalam hidupmu, sebaliknya kau adalah matahari didalam hidupku , aku jimin yang hanya hadir di imaginasimu, Dan mendambakan mu setiap hari lissa !, aku rindu kan kau!" ujar jimin.

lissa terduduk dan menangis, seketika dadanya terasa sesak, hatinya merasakan sakit dan pedih teramat. " aku rindukan kau jimin !, aku ingat semua tentang kau, tentang magic shop!, aku tak mampu miliki kau sebab dunia kita berbeza, selama ini aku hanya mencintai kau sebagai idol sahaja ,namun kini aku telah mencintai kau lebih dari itu, dan tak mungkin kita dapat bersama jimin!, maafkan aku" tangis lissa, jimin yang berada di alam sana hanya menangis sendu.

" Aku harus pergi lissa, mereka akan menghapuskan aku dari dunia ini dan tak mungkin aku akan kembali" lissa menggeleng dan menyentuh cermin" jangan tinggalkan aku jimin!, aku perlukan kau!, jimin !! jangan pergi jimin!!" jerit lissa histeris.

layla yang mendengar suara kakaknya segera berlari ke bilik lissa, puan rozi dan encik rizal mengetuk pintu bilik lissa, layla yang cemas mengambil kunci dan membuka pintu bilik lissa," ya allah !! akak !, " jerit layla, puan rozi mencempung lissa . tubuh lissa yang berlumuran darah ditatap hiba" allah .. ! lissa kenapa tinggalkan mama sayang..! kenapa buat macam ni !!!, lissa bangun lissa !!" ujar puan rozi lemah, layla meraung sambil memeluk tubuh kaku lissa" akak bangun akak ! jangan tinggalkan layla Kak!, akak tolong bangun akak!! layla minta maaf !!! layla tahu layla bukan adik yang baik.. bagi layla peluang akak!!, ya allah ..! kenapa kau ambil kakak aku ya allah!!" ujar layla .

pisau yang melekat didada lissa ditarik oleh pihak polis dan tubuh lissa yang kaku diangkat. encik rizal yang memeluk isterinya hanya mampu menangis, allah hanya memberi pinjam anaknya untuk sementara, dan kini dia mengambil semula haknya. layla termenung dan menatap kosong katil lissa, hatinya tak mampu terima kehilangan kakak yang dia sayang, baru sahaja ingin bersama dengan kakaknya, allah telah mengambil dan bawa bersama nya. puan rozi melihat layla yang termenung sendiri sambil memeluk gambar kakaknya

" layla, jom kita rehat dulu ye ?! mama bawa layla masuk bilik" pujuk rozi lembut, layla menggeleng lemah" layla nak akak mama, mana akak lissa ? puas layla tunggu, akak tak balik pun?" rozi mengalirkan airmata, layla yang termenung itu dipeluk erat" layla... kak lissa dah tak ada sayang, kak lissa... dia dah meninggalkan kita" ujar rozi sendu.seketika terdengar esak tangis layla kuat" mama, layla sayang kak lissa, layla nak tebus semua perbuatan layla kat kak lissa, tapi kenapa dia tinggalkan layla mama?!, layla rasa bersalah dekat kak lissa... mama layla nak kak lissa!!" ujar layla histeris, rozi cuba untuk memeluk layla namun hampa, rizal yang melihat layla begitu, lantas memeluk anaknya dan mengusap lembut bahu anaknya" layla bawa mengucap !! kita kena terima kak lissa dah tak ada !, sabar layla kesian dekat mama! layla tak sayang mama dengan papa ke?!" pujuk rizal. layla menangis sambil memeluk gambar lissa.

seminggu telah berlalu, setelah kepergian melissa, layla termenung jauh mengingati memorinya bersama lissa walaupun hany seketika, kenangan manis itu bertandang namun itu cukup untuknya mengubat rasa rindu terhadap kakaknya.

dia melangkah perlahan memasuki kamar lissa yang kini sepi, tiada lagi gelak tawa dan suara lissa memanggilnya, semuanya hanya tinggal kenangan, layla melabuhkan punggung dikatil kakaknya, baju lissa yang sudah seminggu di tangannya, di peluk erat, terkadang dicium untuk menghilang rasa rindu yang bertandang dihati.

layla melihat diari akaknya yang berada dimeja tulis itu, seraya dia mengambil dan membukanya, pada halaman pertama sahaja, telah membuatkan dia menangis teresak esak, gambar dia dan kakaknya bermain di genting highland ditatap lama," akak ... kenapa kejap sangat akak hadir dalam hidup layla?, layla rinnnnduuu... akak, tapi allah lagi sayang akak?!, maafkan layla tak dapat tebus kesalahan layla pada akak!, akak tunggu layla dekat sana ye?!, nanti layla akan jumpa akak!?" ujar layla lirih, gambar lissa diusap lembut dan dibawa kepelukannya.

Rozi hanya melihat kelakuan layla dari pintu bilik lissa, sejak kematian lissa, layla berubah 360° darjah, dia tidak ceria dan gembira seperti dulu, matanya tidak pernah berhenti mengalirkan airmata, mulutnya tidak pernah berhenti menyebut lissa, hati ibu mana yang tidak runtun pilu bila kehilangan anaknya namun dia cuba untuk kuat supaya menjadi tiang yang kuat untuk anaknya.

selesai sahaja menaip emel, dia menghantar dengan linangan airmatanya, " akak, layla harap dengan cara ni, layla dapat penuhi hasrat akak yang selama ini terpendam!, ni sahaja..hiks.. hiks... yang mampu ...hiks... layla buat untuk... hiks.. tebus semua kesalahan layla pada akak!" ujar layla sambil melihat kandungan emel itu, dan segera dia menghantar ke hybe labels.

-SEOUL, KOREA-

Jungkook yang sedang menyiapkan kerjanya di studio labels, mengeluh kecil dan bersandar kepalanya di bangku yang dia duduki." argh!! penatnya.. lagi sikit nak siap, lepastu boleh berehat" gumam jungkook perlahan, ketukan di pintu studio membuatkan jungkook berkalih, jimin tersenyum kecil bila melihat maknae nya dengan mata yang bulat memandang kearahnya" jungkook ah, tak balik lagi ke?, dah lambat ni... hyung penat tunggu!"ujar jimin seraya mendekati jungkook yang menaip sesuatu di komputer itu.

jungkook senyum dan segera mengemas barang² nya" kejap hyung, saya nak kemas dulu !" balas jungkook, jimin hanya mengangguk kecil.

emel yang masuk kedalam komputer mereka, membuatkan jungkook dan jimin terkedu seketika, " jungkook ah, kau ada emel apa² ke tadi?" tanya jimin, jungkook segera menggeleng " mana ada hyung, kerja saya pun tak siap lagi, macam mana saya nak emel?!" ujar jungkook takut, jimin segera menekan buka pada emel itu, dan sebuah surat dan gambar keluar , jimin dan jungkook segera membaca surat dari army itu sebelum hybe labels memadam emel itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

FOR : BEYOND THE SCENE

FROM: MELISSA DANIA( ARMY💜)

Selamat sejahtera bangtan... saya wakil dari melissa (army), nama saya layla,saya ingin menunaikan hasrat arwah kakak saya yang lama dia pendam, iaitu menghantar surat ini kepada kamu semua ini, dahulu kakak saya seorang yang periang dan ceria, namun semua tu berubah bila saya menyakiti hati dan mentalnya, jujur saya katakan, saya rasa bersalah dengan apa yang saya lakukan padanya dahulu, jadi ini sajalah yang mampu saya buat untuknya walaupun tak sebesar mana... seterusnya adalah surat yang kakak saya tuliskan untuk kamu semua...

°°°°°°°°^^°°°°°

Hai BTS ....Saya salah seorang peminat awak semua, nama saya melissa dania, tapi semua gelar saya melissa , saya hidup di malaysia, saya bersama dengan keluarga saya, papa saya sayangkan saya tapi bukan adik dan mama saya, mama selalu membela adik saya, namun saya madih sayangkan mereka, walaupun mereka tak hargai saya, saya tetap sayang mereka, walaupun saya sedih, saya tetap tersenyum bila mendengar lagu awak semua, saya jadi semangat untuk hidup.

kalaulah saya mampu untuk berjumpa dengan awak semua dan pergi ke konsert awak semua, mungkin itu adalah hari yang teramat indah bagi saya, hanya disana saya mampu melupakan semua yang membuat saya kecewa, dan mungkin saya pergi seorang, sebab saya tak ada kawan !, tapi tak apa, saya ada awak semua...jadi saya tak berseorangan... tapi saya tak boleh janji jika saya mampu untuk bertahan sehingga saya bertemu dengan kamu semua...terima kasih bangtan kerana menjadi inspirasi saya untuk menjadi seseorang yang kuat dan mencintai dirinya sendiri, lagu awak semua adalah ubat gembira saya disaat saya bersedih, saya mampu ketawa bila melihat telatah awak, dan saya mampu tenang bila mendengar lagu awak, terkadang saya tertanya mengapa saya tak hidup seperti kamu semua, namun saya sedar itu semua cuma khayalan yang mampu saya bayangkan, namun tak akan mungkin saya gapai !, BTS... Sekiranya suatu saat nanti, saya tak mampu melawan sakit ini... saya harap awak semua akan terus berjalan dan mengejar impian awak semua, saya nak awak semua tahu yang awak adalah anugerah yang terbaik yang pernah saya dapat dalam hidup saya, saya harap awak tak fikir saya memilih jalan singkat untuk hentikan sakit ini, saya dah cuba untuk berjuang, sumpah !! saya dah cuba!!, namun it got the best of me, dia mengawal diri saya, jika saya tewas dalam perang ini, saya nak awak semua ingat yang awak adalah magic shop yang ingin saya lawati di hidup ataupun di akhir hayat saya, memori saya selama saya menjadi army, akan sentiasa tersemat didalam minda dan hati saya... terima kasih bts... saya sayang awak semua... sentiasa tersenyum walaupun dunia ingin menghancurkan kita, sentiasa bangkit walaupun dunia bergolak ingin menjatuhkan kita...sentiasa menjadi diri kita sendiri untuk harungi dunia yang teramat kejam.

salam sayang dari army 💜 (melissa dania)

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°