webnovel

Mari Lihat Siapa yang Lebih Kejam (6)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Tak apa kalau kamu tak dengar lata-kata saya buat kali pertama. Tapi, saya tak akan ulang." Sejujurnya Huo Mian merasakan terlalu ramai orang bodoh yang kerap mengunjungi bar. Seorang baru sahaja pergi dan seorang lagi baru sahaja menghampirinya. Tak bolehkah Huo Mian menikmati minumannya dengan tenang?

Kelab Malam Musang Menggoda kelab malam yang paling mewah di bandar. Mungkin lebih ramai lelaki gatal yang akan mengurat Huo Mian jika dia ke kelab malam murah.

Lelaki berwajah tirus seperti monyet itu memandang Huo Mian dan berkata dengan bongkak, "Perempuan, kamu tahu siapa Abang Besar Yong dari Geng Jiang Bei ? Kamu tak pernah dengar nama dia?"

"Tak, tak pernah. Tapi saya tahu Jiang Bei terkenal dengan tauhu goreng busuk. Adakah dia memiliki gerai di sana?"

Lelaki berwajah tirus itu terkejut dan tergamam.

"Oh dan geng apa? Kamu semua berjalan bersama-sama pada waktu malam?" Huo Mian sengaja mengelipkan matanya yang besar ke arah lelaki itu.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com