webnovel

The Male Lead Lover Is The Villain Big Boss

Dunia akhir zaman Penuh dengan onak duri Pengkhianatan berada dimana-mana tidak kira kepada siapa dan siapa yang melakukannya. Cinta yang diagungkan turut punah disebabkannya.... Jing Xielan ialah seorang introvret yang berada ditahap teruk iaitu tidak bergaul dan hanya berkurung di dalam biliknya dan mempunyai cita-cita menjadi penulis yang dikenali. Dia bermula dengan menjadi penulis yang dikecam oleh pembacanya dan hinggalah ketika usia 20 tahun dia berjaya mendapat tempat dalam pertandingan menulis. Semasa dalam perjalanan menerima anugerahnya sebagai penulis terbaik dia telah tersadung dengan batu ditepi jalan dan terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh Mr Lori. Apabila dia sedar dari pengsan dia telah transmigration di dunia apocalypse. Zombie. Tidak mewarisi ingatan tubuh yang didiaminya kini buat dia tidak tahu apa-apa yang berlaku dan juga identitinya. Apalagi dia kononnya telah mencederakan seorang general yang telah menyebabkan dia menjadi pelarian? Dan bersembunyi dari pihak tentera.... Kehidupan introvretnya terpaksa dihentikan juga apabila semasa dalam usaha menyelamatkan diri dia telah diselamatkan oleh pasukan 'pelarian'. Mereka yang diselamatkan itu langsung tidak menyangka yang mereka telah mengikut sebuah organisasi yang berbahaya di dunia apocalypse itu. Disebabkan tidak mewarisi ingatan pemilik tubuh asal 'Xielan', dia tidak tahu yang dia sekarang berada di dalam dunia novel.... * Note: 1. This is BL.

Ghost_Sinker · Võ hiệp
Không đủ số lượng người đọc
7 Chs

4

Dia memandang orang baru sepertinya yang bagai orang kebulur berebutan memasukkan makanan di dalam beg masing-masing yang diserahkan oleh Mr Muscle tadi. Itu bukan nama yang dia beri sengaja, itu memang nama yang lelaki tegap itu perkenalkan kepada mereka.

Dia pula memilih apa yang penting sahaja untuk dimasukkan ke dalam begnya agar tidak overload dengan benda yang tidak penting.

Dia ke rak ubatan. Ubat lagi penting dalam apocalypse. Memandangkan yang lain lebih fokus kepada makanan. Jadi dia lebih baik fokus pada ubatan.

Dalam keadaan bertarung dengan zombie bila-bila masa saja, ubat luka, bandage dan plaster luka seperti ini amat penting.

Biarpun tidak sepenuhnya dapat mengubati luka, asalkan dapat menghalang dari darah mengalir dan menarik perhatian zombie.

Jangan tanya kenapa dia tahu. Sebagai penulis dan peminat novel genre horror sudah pastilah dia tahu apa yang perlu bila berada dalam situasi seperti ini.

Tidak sia-sia dia menjadi introvert...ai...kalau mama dan papa tahu pasti mereka akan berasa lega melihat dia yang dah mula pandai berdikari!.

Dia pun merasa bangga dengan dirinya!.

Korang tak tahu aku ini introvert tahap abnormal. Tak keluar dari bilik dalam beberapa bulan. Akan keluar setelah mama atau papa hancurkan pintu biliknya. Entah berapa kali pintu biliknya dihancurkan sejak dia kecil hinggalah usianya 20 tahun.

So memang aku rasa banggalah dengan diri aku sendiri sekarang.....berada di luar dari zone selamat dan zone aku sendiri iaitu my room my heaven!.

Mr Muscle yang memerhati sahaja gelagat semua newbie yang pelbagai umur itu hanya mengangguk kepala. Ketika dia melihat ke arah lelaki muda yang baru join mereka kelmarin yang sedang sibuk memasukkan alat medical dibegnya buat dia mengangguk lagi setuju.

Nampaknya ada juga yang boleh diharap.

Tapi mungkin kalau dia tahu apa yang berlegar dikepala remaja yang bermuka serius memilih barang dirak ubat itu mungkin dia akan tarik balik pujiannya!.

Dia memandang pula ke arah orang yang sibuk mengisi perut tanpa mengisi beg mereka dulu. Senyuman sinis terbit terus dibibirnya.

Nampaknya beberapa sampah harus ditinggalkan disini. Daripada menyusahkan mereka dalam perjalanan seterusnya.

Weixin yang dalam diam turut memerhati Mr Muscle cepat-cepat mengisi begnya dan melangkah ke rak medical tempat Xielan berada.

"Xie gege. Xie gege tak perasankah cara Mr Mussel tu tengok kita?" Bisik Weixin. Dah seperti hantu pula tiba-tiba kepalanya muncul didepannya. Mujur dia tidak mempunyai tabiat melatah kalau tak memang tangan dia dah tertumbuk muka budak ini!. Hilang gigi putihnya itu yang begitu terserlah sekali dimuka comotnya.

Kanak-kanak yang bermain lumpur taklah secomot ini! Ah....pasti dia juga lebih teruk dari budak nikan? Sebab dia jatuh kat lopak hari itu. Malah bau busuk lagi. Sebenarnya dia tak pasti sama ada air tempat dia jatuh iti parit biasa atau longkang. Yang dia tahu saja airnya hitam berbau hanyir! Siap tanah dan segala isi air itu berwarna hitam. Yuck! Aku tak nak ingat pengalaman sadis aku tu!.

"Mr Muscle". Xielan membetulkan sebutannya. Dia memandang Mr Muscle yang membelakangi mereka dengan tangan memegang M16. Berkawal di laluan masuk. Dan memastikan tiada zombie yang tiba-tiba datang menyerang mereka pula..

Di luar pula masih kedengaran bunyi tembakan. Pasti sedang bertarung dengan zombie. Mungkin mereka sahaja sekarang yang tenang sahaja memungut makanan kat sini!.

"Tak nampak". Apa juga yang dia nak perhati? Belakang kepala Mr Muscle?.

"Mr Mussel tu seperti sedang menguji kita semua. Xie gege tak perasankah kita semua yang dibawa mengikut Mr Mussel masuk kat Shopping Mall ini semuanya orang baru?" Ada nada kerisauan di suaranya.

Xielan diam sebentar namun tangannya tetap bergerak dan mata pula fokus melihat label-label dan nama ubat di dalam rak depannya.

"Apa yang kamu perasan simpan dalam hati kamu. Jika tidak buruk padahnya". Kata Xielan akhirnya setelah diam sejenak. Dia melirik ke arah Weixin yang tadinya memandang dia seperti dia ini 'Mr Tahu Segala Hal' kini mengangguk laju.

"Baik Xie gege!" Dan dia pun dengan selambanya menyapu habis ubat di rak depannya. Tanpa melihat apa ubat yang diambilnya itu.

3 minit kemudian....

"Mr Muscle. Nama dia Mr Muscle. Bukan Mr Mussel". Tiba-tiba dia bersuara setelah menahan hatinya dari memperbetulkan sebutan Weixin tadi.

Dia tidak boleh ah...! ODC dia yang pantang mendengar dan melihat ejaan mahupun sebutan yang salah buat dia tidak boleh duduk diam dan tidak selesa. Dia mahu perbetulkan juga walaupun dia dah berusaha pujuk hatinya untuk biarkan!.

"Apa? Xie gege ada cakap apa-apakah tadi?" Soal Weixin hairan ke arah Xielan. Dia seperti terdengar suara Xielan tadi disebelahnya.

"Tak". Hanya sepatah yang keluar. Dalam hati mengeluh. Nampaknya bukan setakat wayar kepalanya putus wayar telinganya juga putus rupanya.....dia membuat spekulasi sendiri. Malas membuka mulut mengulang perkataan yang sama.

Dan apa yang Weixin kata tadi agak mencurigakan juga. Apa juga yang Mr Muscle dan yang lain itu plan?. Mereka nak uji merekakah? Uji siapa yang boleh stay dengan mereka untuk ke Pangkalan Hitam?.

Tengok dari pergerakan mereka seperti benda ni mereka dah sering buat. Seperti pengurus game yang dah biasa melaksanakan aktiviti game dekat pelanggan.

Dan mereka pula seperti pelanggan itu yang tanpa sedar menyertai game atau ujian yang sedang dilaksanakan oleh penganjur untuk mendapat habuan hadiah diakhir aktiviti.

Pangkalan Hitam? Hurm...kalau aku ada ingatan tubuh ini pasti aku tak akan bingung dan tertanya-tanya seperti ini!.

Tsk! Apalah malang nasib badan!.

Mujur tiada zombie yang datang menyerang mereka sejak dia menyertai pasukan ini.

Pelarian....

Benarkah mereka ialah pelarian? Atau sebenarnya sebuah organisasi yang dibina setelah apocalyspe melanda seperti yang sering terjadi dalam novel genre zombie? Dimana watak utama akan mendirikan pangkalan mereka sendiri dan memulakan operasi menyelamatkan manusia yang memerlukan pertolongan?.

Dalam Xielan tengah berfikir itu dia tak sedar yang pintu berdekatan dengannya yang merupakan laluan pekerja mall ini rosak tombol pintunya. Dan ada yang sedang berjalan ke arah pintu itu dari dalam dengan kaki yang diseret.

Grrr....

Grrrrrr.....

Grrrr....

Bukan satu tapi ramai. Mereka seperti dibawa oleh naluri mereka ke sini. Naluri kelaparan dan hanya aroma yang mereka sedang hidu ini sahaja yang boleh melempiaskan kelaparan mereka.