webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Thành thị
Không đủ số lượng người đọc
37 Chs

BAB 24:

Seminggu berlalu dengan pantas, Amirul masih lagi menyiksa aku, Amanda and Zahirah. Yes, memang dia tak pukul Zahirah and Amanda, tapi dia siksa jiwa Amanda.

Aku menyandarkan tubuhku di dinding. Air mataku mengalir laju apabila melihat diriku yang dipenuhi dengan lebam.

"Sampai bila Mirul? Sampai bila?" Keluhku.

Krek!

Pintu bilik dikuak. Terpancar wajah Amirul yang begitu bengis.

"Kau nak dera dia lagi ker Mirul? Tak cukup-cukup lagi ker?" Keluh Amanda.

"Tak... Perempuan macam ni memang patut kena macam ni." Balas Amirul and tersenyum sinis.

"Dah seminggu, Mirul... Kau asyik siksa dia... Kau takde hati perut ker Amirul?" Soal Zahirah pula.

"korang jangan nak masuk campur hal aku!" Bentak Amirul.

"Suatu hari nanti jangan menyesal.. Ingat, aku dah pesan... Aku pesan sebab kita ni sahabat." Pesan Amanda and tersenyum sinis. Amirul hanya mendiamkan diri.

"Aku sedih tengok perangai kau ni Mirul... Aku tak dapat nak bayangkan, kalau Mel pregnant, mesti kesian kat anak korang kan?" Ujar Zahirah.

"Kalau dia mengandung, aku akan bunuh anak tu... Sumpah... Sebab tu bukannya anak aku, anak black." Ujar Amirul and tersenyum sinis.

"KAU JANGAN NAK MELEBIH MIRUL!" Tengking ku.

"Ape? Salah ker aku cakap? Aku akan bunuh dia..." Ujar Amirul.

"Sampai hati kau Mirul..." Ujarku dengan mata berkaca.

Amirul membuat muka menyampah.

"Ehh semaklah korang ni!" Jerkah Amirul. Amirul terus keluar dari bilik.

Tiba-tiba,

tekak ku terasa loya. Aku terus berlari ke bilik air.

"Werkkk!!!" Aku terus muntah.

"Mel.. Kau okey tak ni?" Soal Zahirah dengan resah.

Amanda menggosok-gosok belakang ku.

"Aku rasa perut aku kosong.. Sebab tu kot.." Balas ku seraya tersenyum.

"Sure?" Soal Amanda menginginkan kepastian. Aku mengangguk.

Krek!

Pintu bilik dikuak. Terpampang wajah Zack and Rayyan.

"Nah korang.. Makanan.." Aju Zack.

"Taknak.." Balasku.

Semua orang memandang ku.

"Aku nak benda lain." Rengekku.

"Kau nak ape?" Soal Zack.

"Nak aiskrim dengan cendol... Aumm.. Sedapnya..." Ujarku.

"Zack!! Rayyan!! Tolonglah beli..." Rengekku.

Amanda and Zahirah memandang ku dengan hairan.

"Kau buang tebiat ker Mel? Selama ni tak pernah-pernah makan cendol, tiber nak makan pulak?" Soal Zahirah dengan hairan.

"Alahh.. Boleh lahh..." Rengekku.

"Okey.. Aku pergi beli sekarang." Ujar Zack.

Zack terus menapak keluar dari bilik.

[....]

"MANE ADIK AKU?!" Jerkah Abang Hafiz kepada anak buah dia. Dia and Haikal baru balik dari Jerman.

"S..Saya tak tahu boss.." Jawab Chong dengan takut-takut.

"KAU JANGAN NAK TIPU AKU BANGANG!!" Jerit Abang Hafiz. Pistol dikeluarkan dan diletakkan di dahi Chong.

"Kau bagitau aku sekarang.. Sebelum tamat riwayat kau." Ujar Abang Hafiz.

"Sebenarnya... Macam ni.. Mirul.. Mirul bawak Tengku Melissa Amelia ke rumah hutan dia." Jawab Chong.

Kaki Abang Hafiz terasa seperti lemah longlai.

"Rumah hutan tu? Bukanker rumah tu tempat untuk Mirul siksa musuh-musuh dia?" Soal Abang Hafiz dengan mata berkaca. Chong mengangguk.

"Haikal.. Jom ikut aku.." Ajak Abang Hafiz.

Haikal mengangguk.

[....]

Sedang aku makan cendol tu, seseorang terus merempuh masuk ke dalam bilik dan merampas cendol aku. Zack, Rayyan, Amanda and Zahirah tersentak. Amirul terus mencampakkan cendol aku.

"Kenapa kau buang? Aku teringin sangat.." Keluhku perlahan.

"Ape? Teringin? Eh perempuan! Kau sedar tak aku ni culik kau.. Bukannya bela kau." Ujar Amirul dengan geram.

"Babyy..." Rengek Adelia.

Terkejut kitorang apabila melihat Adelia di belakang Amirul.

Amirul terus merangkul pinggang Adelia.

"Yes sayang.." Jawab Amirul.

Amirul terus mencium bibir Adelia. Adelia membalas ciuman itu.

Prang!

Aku terasa seperti hati ku retak seribu. Air mataku berguguran jatuh. Sakit.. Sungguh sakit..

Aku terus melutut di kaki Amirul.

"Sayang rindu kat biyy.. Rindu sangat..." Rintih ku dengan sayu. Amirul kaku untuk sementara. Adelia terus menolak aku sehingga aku terjatuh. Entah kenapa kepala ku terasa sangat sakit dan mataku tertutup perlahan-lahan dan aku tidak sedarkan diri.

"Mel! Mel!" Panggil Zahirah, Amanda, Zack and Amanda.

"Mirul... Kita kena bawak dia pergi hospital." Aju Zack.

"Tak payah... Biar mampus jer terus." Balas Amirul and mencium pipi Adelia. Adelia tersenyum.

Tiba-tiba,

"KAU BUAT APE DENGAN ADIK AKU HAH SIAL?!" Jerkah Abang Hafiz. Abang Hafiz terus menumbuk Amirul bertubi tubi sehingga darah merecik keluar dari mulutnya.

"Tu balasan kau.." Ujar Abang Hafiz. Abang Hafiz terus mencempung tubuh ku.

"Zack, Rayyan, bawak Amanda and Zahirah balik." Arah Abang Hafiz. Zack and Rayyan mengangguk.

"Kau nak bawak bini aku pergi mane hah sial?!" Jerit Amirul dengan bengang.

"Bini? Pfft. Kalau kau anggap dia ni bini kau, takdenya kau siksa dia macam ni." Ujar Abang Hafiz and tersenyum sinis.

"Betul... Kesian kat Mel.. Mengandung anak syaitan macam kau ni!" Bentak Amanda. Semua orang memandang Amanda dengan terkejut.

"Mel.. Mengandung?" Soal Abang Hafiz dengan terkejut.

"Ha ah.." Jawab Amanda.

"Korang jangan tanya macamana aku tahu." Ujar Amanda.

"Aku akan bunuh budak tu, budak tu anak Black." Ujar Amirul and tersenyum sinis.

"Bodoh. Kau tak pernah terfikir eah? Sape yang first sentuh dia? Kau yang buat, takkan kau tak tahu." Ujar Abang Hafiz and tersenyum sinis. Amirul terdiam seketika. Ade betulnya juga apa yang dikatakan abangnya.

"Lagi satu, kau tak pelik ker? Macamana perempuan kat sebelah kau tu ade kat tempat kejadian masa pukul satu pagi pulak tu?" Abang Hafiz tersenyum sinis.

Amirul semakin rasa tidak sedap hati. Dia memandang wajah ku yang berada di dalam dukungan Abang Hafiz. Amirul meraup wajahnya.

"Kau jangan risau, Mirul... Aku dah suruh budak aku hack cctv kat hotel tu.. Kau tengok lah nanti.." Ujar Abang Hafiz. Amirul semakin cuak. Wajahnya menunjukkan dia kesal.

"Nanti datang jumpa aku kat markas. Nanti kita tengok sama-sama CCTV tu." Ujar Abang Hafiz. Amirul mengangguk. Rasa takut menyelubungi dirinya.

Abang Hafiz, Zack, Rayyan, Amanda, Zahirah and Haikal terus keluar dari rumah itu.

"Baby..." Panggil Adelia.

"KELUAR! LEAVE ME ALONE!" Jerit Amirul. Adelia tersentak. Dia terus keluar. Amirul meraup wajahnya dengan kasar.

"Macamana kalau Mel tak bersalah?" Soal Amirul seorang diri.

[....]

"Macamana dengan adik Saya doktor?" Soal Abang Hafiz.

"Adik encik okey, kandungan dia pun okey.." Ujar doktor.

"Doktor, tolong jangan bagitau dia yang dia pregnant." Ujar Abang Hafiz. Doktor mengangguk. Abang Hafiz terus masuk ke dalam wad. Aku masih tidak sedarkan diri.

"Mel... Maafkan abang.. Abang takde masa Mel perlukan abang... Abang sedih sebab abang tak ada masa Mel perlukan abang.." Ujar Abang Hafiz and air matanya mengalir.

Abang Hafiz mengusap lembut perut ku.

"Baby, maaf... Paklong takde masa mama baby sakit... Maafkan paklong.." Ucap Abang Hafiz.

Abang Hafiz terus keluar dari wad...

"Chong.. Mark.. Leo.. Jaga adik aku.. Aku nak keluar jap.." Arah Abang Hafiz. Mereka mengangguk.