webnovel

The Lost Heir of Avalor

Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mempunyai kuasa elemen kecuali dua abiliti. Dia tidak pernah tahu akan asal-usulnya serta keluarga kandungnya. Selama ini, dia tinggal bersama sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak gadis yang setahun muda darinya. Pada suatu hari, dia disuruh untuk melangkah masuk ke sebuah bilik simpanan yang seringkali dihalang oleh keluarga susuannya. Terdapat sebuah skrol yang mempunyai namanya. Tidak dia sangka bahawa skrol itu mengenai sejarah keluarganya yang sebenar. Ibu bapa kandungnya sempat memberi skrol tersebut kepada keluarga susuannya melalui seseorang. Mulai hari itu, Hazirah berjanji untuk mencari maklumat tentang asal-usulnya. Huzair Asyraf, seorang remaja berumur 22 tahun. Dia seorang yang pendiam dan ceria walaupun tidak mempunyai ramai kawan. Huzair mempunyai seorang kawan rapat, Muaz Aisy. Mereka mengenali satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun. Muaz telah banyak menolongnya dari segi memberinya keluarga, tempat lindung, makan minum dan pakaian. Susah senang, mereka lalui bersama. Kebanyakan rahsia Huzair, Muaz ketahui dan menyimpannya dengan rapi. Walaupun hidupnya sudah lengkap, Huzair merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa seseorang. Dia mencari orang itu. Akan tetapi, dia tidak tahu di mana hendak mencarinya. "Aku akan selalu ada dengan kau susah senang." – Muaz Aisy "Sebelum ini, kau keseorangan tanpa kawan. Namun, keseorangan kau telah berakhir. Kau masih ada aku, Muaz dan Syahmi. Kita tidak akan berpisah melainkan ajal maut pisahkan kita." – Khaulah Rusydi "Aku tidak akan putus asa selagi aku tidak tahu apa yang terjadi dengan keluarga kandung aku." – Hazirah Aisyah "Akak gila ke? Nak selamatkan dunia seorang diri? Selagi Batrisya hidup, Batrisya tidak akan benarkan akak pergi perang seorang diri." – Batrisya Rania "Kita akan melakukan ini bersama." – Syahmi Ilyas Namun, dapatkah Huzair mencari orang itu meskipun sudah sekian lama tidak berjumpa? Siapakah orang yang dicari oleh Huzair selama ini? Dapatkah Hazirah meneruskan kehidupannya yang penuh dengan dugaan itu? Dapatkah Hazirah cari maklumat yang dicarinya selama ini? Yang penting, adakah mereka semua berjaya memenangi peperangan yang bakal berlaku?

_zilazri_ · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
29 Chs

Bab 3

Kring kring

Waktu akademi sudah tamat. Setiap pelajar segera mengemas buku-buku dan melangkah keluar dari kelas. Hazirah mengemas buku-buku dengan perlahan sementara menunggu semua pelajar keluar dari kelas. Sahabat barunya itu sedang menunggunya.

"Hazirah. Kau balik dengan siapa?" soal Khaulah.

"Aku balik dengan adik aku. Kenapa?" balas Hazirah.

"Hmm. Aku ingat nak balik dengan kau lagipun rumah aku tak jauh dengan akademi ini," kata Khaulah.

"Ouh. Rumah aku pun tak jauh dari akademi. Jom join sekali. Aku rasa adik aku tak kisah," kata Hazirah. Khaulah mengangguk dan mereka berjalan ke pagar utama akademi. Batrisya, yang sedang menunggu itu, melambaikan tangannya ke arah kakak susuannya.

"Risya. Ni kawan sekelas kakak, Khaulah. Khaulah. Ni adik aku, Batrisya," kata Hazirah. Khaulah dan Batrisya senyum sebagai salam pengenalan mereka. Mereka berjalan sambil berborak kosong.

"Khaulah. Kau boleh ajar aku tak?" soal Hazirah secara tetiba.

"Ajar kau apa? Pertahanan diri? Kawal kuasa? Atau dalam subjek?" balas Khaulah.

"Tak. Boleh tolong ajar aku kawal kuasa," kata Hazirah.

"Boleh, cuma kuasa kau dan kuasa aku berbeza. Aku boleh tolong sedikit. Yang sesuai untuk ajar kau adalah Huzair, memandangkan kuasa dia adalah air," balas Khaulah.

"Ehh kejap, akak ada kuasa elemen?" soal Batrisya. Hazirah sudah tepuk dahinya.

Khaulah berkata, "Risya tidak tahu ke? Akak kau ada kuasa elemen petir dan air."

"Risya tidak tahu pulak akak ada kuasa elemen," balas Batrisya yang masih terkejut apabila mendengar bahawa kakak susuannya itu mempunyai dua kuasa elemen. Khaulah mengangguk akan kata-kata Batrisya walaupun agak hairan dengan kata-katanya itu.

"Hehe. Jadi boleh ajar aku, bukan?" soal Hazirah dengan sengihan.

Khaulah mengangguk. Mereka bersembang dan disebabkan Khaulah merupakan sahabat rapatnya walaupun sehari, Hazirah mempercayanya dan memberitahunya bahawa dia merupakan anak susuan dalam keluarga Batrisya. Setelah mereka berborak, mereka pulang ke rumah. Petang itu, mereka berjumpa di taman berdekatan dengan rumah mereka kerana rumah mereka sekadar dua rumah jauh. Seluruh petang itu, mereka belajar mengawal kuasa dan berlatih bersama-sama.

"Cepat kau belajar, eh? Dari segi pertahanan diri, kau akan lulus," puji Khaulah.

"Hehe. Tengok siapa yang ajar," balas Hazirah dengan pujian. Khaulah mengbongkok dengan bangganya dan kelakuannya itu telah membuat sahabatnya ketawa.

"Hazirah, dekat akademi lama kau kan, kau ada ramai kawan?" soal Khaulah.

"Hmm, tidak," balas Hazirah.

"Aik, kenapa pula?"

"Ramai tidak sukakan aku disebabkan warna rambut aku yang coklat hitam dengan mata aku yang coklat terang ini. Aku sering dijadikan mangsa pembulian pelajar dan tidak disukai ramai guru. Hanya dua orang sahaja yang baik dengan aku," terang Hazirah dengan tenang.

"Siapa?"

"Cikgu Nurin, guru kelas aku dan Pengetua Rasyid, pengetua sekolah."

"Ouh. Tidak mengapa. Dekat akademi ini, aku akan pastikan ramai orang akan menjadi kawan kau. Jangan khuatir. Aku akan jadi kawan kau dunia akhirat," kata Khaulah dengan semangat. Hazirah senyum melihat telatah sahabatnya yang seorang itu.

"Aku nak tanya. Mana kau dapat rantai yang kau pakai di leher kau itu? Ianya amat cantik," soal Khaulah dengan mata yang bersinar.

"Yang ini? Kau tahu bukan, keluarga Batrisya bukan keluarga aku yang sebenar?" soal Hazirah dengan perlahan. Khaulah sekadar mengangguk sambil mendengar apa yang harus Hazirah katakan.

"Rantai ini merupakan dari ibu kandung aku. Itu yang dikatakan oleh ibu susuan aku," kata Hazirah dengan perlahan. Khaulah mengangguk perlahan sebelum memeluk Hazirah. Di saat itu, Khaulah ingin menanyakan tentang apa yang dikatakan oleh Batrisya tetapi dibatalkan hasratnya apabila Hazirah sibuk menikmati suasana di persekitaran mereka itu.

---------------------------------------------

Setiba di Akademi Shadowille, Hazirah diserbu oleh Khaulah. Muaz pula sedang berborak dengan seorang lelaki. Batrisya sudah meminta diri untuk pergi ke kawan-kawannya.

"Kenapa?" soal Hazirah dengan wajah blur.

"Aku terfikir-fikir akan kata-kata Batrisya semalam," bisik Khaulah.

Ayat yang dibisik Khaulah itu sudah membuatnya teringat akan keterlanjuran kata-kata Batrisya semalam. Khaulah hanya tersengih apabila melihat Muaz dan lelaki itu memandang mereka berdua semacam. Muaz sempat mengenalkan lelaki itu kepada Hazirah.

"Hazirah. Inilah Huzair Asyraf, senior kita serta pelajar terpintar di kelas kita. Semalam kau tidak nampak dia sebab dia keluar untuk ke misi. Huz, ini Hazirah Aisyah. Dialah pelajar baru di akademi ini. Baru semalam dia masuk akademi," kata Muaz.

Hazirah dan Huzair berbalas senyuman. Huzair kelihatan terkejut apabila melihat rantai yang dipakai oleh Hazirah. Dia membatalkan niatnya untuk bertanya apabila Hazirah sudah ditarik oleh Khaulah. Sementara pergi ke kelas untuk mata pelajaran yang pertama, Hazirah memberitahu Khaulah akan apa yang ingin diketahui Khaulah.

"Sebelum ini, aku tak tahu apa kuasa elemen aku. Aku dapat tahu tentang kuasa abiliti manipulasi masa dan penyembuhan apabila ayah aku mengajar aku untuk menggunakan semasa aku kecil lagi. Itu pun selepas aku terguna tanpa sedar," terang Hazirah.

"Tapi, bagaimana pula kau dapat tahu tentang kuasa elemen kau?" soal Khaulah lagi.

"Itu pun dengan bantuan Pengetua Suzy," balas Hazirah.

"Apa yang korang tengah borakkan itu? Tak nak kongsi ke?" sergah Muaz tiba-tiba.

Khaulah dan Hazirah terkejut apabila Muaz tiba-tiba sergah kami sebegitu. Khaulah memuncungkan mulutnya, membuatkan Muaz ingin mengusik Khaulah dengan lebih. Hazirah sekadar menggelengkan kepala sebelum memberhentikan mereka daripada meletuskan pergaduhan kerana guru mereka sudah tiba.

********************************************************************

Selepas akademi

Hazirah dan Khaulah berjumpa di taman seperti semalam tetapi kali ini, Putera Syahmi, Muaz dan Batrisya turut hadir. Sebenarnya, Hazirah dan Khaulah cuma nak ajak Batrisya sahaja. Tidak sangka bahawa Putera Syahmi dan Muaz turut hadir. Hazirah sempat berkenalan dengan Syahmi walaupun agak kekok.

"Sekarang kita akan berlatih dari segi pertahanan diri. Sebelum itu, kita akan berlatih secara berpasangan atau kumpulan mengikut kuasa elemen dan kuasa abiliti yang kita ada," terang Muaz.

"Aku ada kuasa elemen angin dan kuasa abiliti baca minda. Hazirah, kuasa elemen petir dan air. Kuasa abilitinya manipulasi masa dan penyembuhan. Batrisya, kuasa elemen tumbuhan dan kuasa abiliti penyembuhan. Muaz, kuasa elemen bayang dan kuasa abiliti halimunan. Syahmi, kuasa elemen api dan tanah. Kuasa abiliti pula teleportasi," kata Khaulah.

Mereka tidak merasakan terkejut apabila mengetahui akan kuasa Hazirah. Syahmi hanya mengangguk apabila mengetahui kuasa Hazirah itu. Mereka memulakan latihan mereka, tidak kira menggunakan senjata ataupun tidak.

----------------------------------------------------------

Huzair POV

Aku berjalan masuk ke restoran makanan barat itu dan mencari seseorang. Kelihatan orang yang dicariku sedang duduk santai di meja yang agak jauh dari orang lain. Aku melangkah ke arahnya dan duduk di hadapannya.

"Assalamualaikum Kak Zyra. Ada apa akak nak jumpa?" soalku tanpa memandangnya kerana aku ingin memesan makanan untuk alas perutku yang sudah lapar.

"Waalaikumussalam. Akak tahu kau tengah cari adik kau, bukan?" balas orang yang bernama Zyra itu.

"Ye," balasku.

"Sudah ada petunjuk?"

"Mungkin. Kenapa?"

"Tidak. Cuma kalau setahu akak, dia ada mata coklat terang dan rambut coklat hitam. Dia mempunyai rantai milik umi kamu. Itu pun kalau kau ingat. Kuasa dia masih terkunci oleh babah kamu dan entah dia sudah tahu tentang kuasa elemen dan kuasa abiliti dia ke tidak. Tak silap akak, kuasa dia amat berbahaya."

"Terima kasih akak untuk semua itu," kataku dan berdiri.

Sebelum aku dapat berjalan, Kak Zyra menahan aku dan bertanya, "Tahun ni, dia umur tujuh belas tahun bukan?"

Aku mengangguk sebelum teringat sesuatu dan terus duduk balik.

"Seingat Huz, Kak Zyra ada bagi ibu bapa angkat, merangkap ibu bapa susuannya, satu skrol, bukan?" soalku.

Zyra mengangguk dan berkata, "Hazirah akan dapat skrol tersebut apabila umurnya mencecah tujuh belas tahun."

"Huz rasa Huz dah jumpa adik Huz tetapi Huz masih kena perhatikan dia," kataku.

"Kamu masih ada sebulan lebih untuk mencari Hazirah. Kamu tahu apa kamu sedang lakukan, bukan?" nasihat Zyra. Aku mengangguk dan berlalu pergi dengan harapan yang aku boleh mencari adik aku yang sudah lama aku tidak jumpa.

End of POV

TBC