Pada hari majlis ulang tahun perkahwinan ayahanda dan bonda
"Nurin, Maisya! Kak Alisa dan Kak Aisha sudah siap?" soal Hazirah sambil memandang mereka berdua yang baru turun.
"Mereka sudah siap, puteri. Cik Khaulah dan Cik Batrisya ada bersama mereka. Puteri ingin melihat mereka ke?" soal Nurin.
Hazirah mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum melangkah masuk ke dalam bilik persiapan untuk Alisa dan Aisha. Dia tersenyum melihat Alisa dan Aisha yang sudah siap dengan pakaian cantik. Gaun yang berwarna biru laut dipakai oleh Alisa manakala gaun yang berwarna hijau gelap dipakai oleh Aisha.
"Masha Allah, cantiknya Alisa dan Aisha," puji seseorang dari belakang Hazirah.
Hazirah memandang Permaisuri Khadija yang baru sahaja memuji dua gadis yang bakal menjadi tunang abangnya dan Shahrul. Senyuman manis masih terukir di bibir mereka berdua kerana hari itu merupakan hari bahagia untuk mereka.
"Mari kita turun bawah. Ramai yang sudah menunggu untuk kita," ajak Permaisuri Khadija.
Hazirah mengikut langkah-langkah Permaisuri Khadija. Khaulah dan Batrisya pula mengiringi Alisa dan Aisha ke bawah. Sebaik sahaja mereka tiba di dewan istana, ramai penduduk yang hadir menepuk tangan mereka sebagai tanda sambutan kedatangan Permaisuri Khadija, Khaulah, Batrisya, Hazirah, Alisa dan Aisha. Kelibat Raja Rizal, Shahrul, Muaz, Syahmi dan Huzair berada di bawah tangga itu, sedang menunggu akan ketibaan para wanita. Raja Rizal menghulurkan tangannya kepada Permaisuri Khadija dan menariknya ke tempat duduk mereka. Huzair bersama Alisa dan Shahrul bersama Aisha. Mereka berempat melangkah ke meja yang sama dengan Raja Rizal dan Permaisuri Khadija. Blaze of the Light pula berdiri berdekatan dengan dinding bersama The Alpha. Mereka berbicara sebentar sementara menunggu Raja Rizal memulakan perbualan mereka.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi datang ke majlis ulang tahun perkahwinan saya dan isteri saya. Saya harap anda semua berseronok di majlis ini dan sila jemput makan. Makan banyak-banyak ya. Untuk majlis kali ini, saya merasakan ianya sangat istimewa kerana dua jejaka yang digila-gilai ramai gadis di dunia Utopia ini akan melangsungkan pertunangan mereka sekali dengan ulang tahun ini," bicara Raja Rizal untuk memulakan majlis itu.
Huzair berdiri bersama Shahrul dan sebuah senyuman terukir di bibir mereka berdua sebaik sahaja Raja Rizal membuat pengumuman itu. Semua, yang berada di sana, menepuk tangan mereka dan majlis itu mula dengan sesi makan malam dan tarian.
"Hazirah, saya berasa tidak sedap hati. Seakan-akan sesuatu perkara yang buruk bakal berlaku di sini," kata Aila, spirit beast Hazirah.
"Saya pun dapat rasakan perasaan itu, Aila," balas Hazirah sambil memerhati sekeliling dewan itu untuk memastikan tiada sesiapa yang berkelakuan aneh.
Hazirah merenung Syahmi, yang berdiri sedikit jauh darinya, untuk memastikan jikalau Syahmi dapat merasakan apa yang dia rasakan. Syahmi membalas renungan Hazirah dan mengangguk, seakan-akan dia tahu apa yang difikirkan dan dirasakan Hazirah. Mereka berdua melangkah keluar dari dewan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa dan berjumpa di luar istana.
"Aku rasa macam Raja Drake Jones ada rancangan licik dia," tutur Syahmi sambil memandang sekelilingnya.
"Ada bagusnya kita membuat pelindung di istana ini. Mereka bila-bila masa boleh serang istana," saran Hazirah.
Syahmi mengangguk dan mereka membuat pelindung di sekeliling istana sebelum pulang ke dewan. Namun, Huzair, Alisa dan Blaze of the Light yang lain baru sahaja keluar dari dewan itu. Mereka merenung ke arah Hazirah dan Syahmi dengan tajam. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sebelum membalas renungan tersebut.
"Ada apa-apa yang kau berdua tidak beritahu kami?" soal Khaulah. Hazirah dan Syahmi memandang mereka dengan keliru.
"Kau berdua sedang bercinta eh?" soal Muaz secara tiba-tiba.
"HUH?" jerit Hazirah dan Syahmi sebaik soalan itu keluar dari mulut Muaz.
Huzair menampar sedikit kepala Muaz sebelum berkata, "Kalau ya pun bongok, tak perlulah libatkan adik aku. Lagipun, kalau diorang bercinta pun, apa salahnya?"
Hazirah sudah menepuk dahinya apabila melihat sikap abangnya dan Muaz sebegitu. Syahmi bertanya, "Sudah kenapa dengan kalian? Tetiba tanya soalan sedikit pelik."
"Mestilah. Dari tadi cari kau berdua, rupanya dekat sini. Kau berdua ada rasakan apa-apa ke? Mungkin Raja Drake Jones ke?" soal Alisa.
Syahmi dan Hazirah saling berpandangan buat sekian kali. Mereka menggelengkan kepala mereka walaupun mereka ada rasakan kehadiran pengikut-pengikut Raja Drake Jones kerana pengikut-pengikut Raja Drake Jones tidak melakukan apa-apa. Mereka berdua tidak mahu memberitahu tentang firasat yang mereka ada kerana tidak mahu yang lain risau. Hazirah sempat memberi amaran dan berkata, "Walaupun kita tak dapat rasakan apa-apa, kita mesti berhati-hati. Apa-apa sahaja boleh berlaku."
Mereka mengangguk dan masuk ke dalam dewan itu. Huzair mengajak Alisa menari manakala Shahrul mengajak Aisha menari. Muaz bersama Khaulah dan Syahmi bersama Hazirah. Batrisya pula menikmati makanan-makanan yang terhidang. Sedang mereka bergembira di majlis itu, sebuah tembakan pistol mengejut mereka. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sebelum berlari ke luar istana. Huzair, Blaze of the Light dan The Alpha turut berlari, mengikut langkah-langkah si Kembar Lagenda itu. Kelibat seorang jejaka di luar istana sedang menembak ke arah pelindungan yang baru dibuat oleh Kembar Lagenda. Jejaka itu tersenyum sinis apabila melihat Huzair, The Alpha dan Blaze of the Light.
"Seronok? Tidak ajak kami pun, Tuanku Huzair," tutur jejaka itu.
"Buat apa ingin mengajak orang sejahat kau. Tiada gunanya pun, bukan?" balas Huzair dengan sindiran.
"Bad, kau dan The Alpha pergi lindungi Raja Rizal dan keluarganya, termasuk penduduk-penduduk yang ada," arah Muaz.
The Alpha mengangguk dan masuk ke dalam istana. Walaupun mereka risau dengan situasi di luar, mereka tetap perlu melindungi Raja Rizal dan keluarganya. Blaze of the Light merenung jejaka yang menyerang pelindung itu.
"Hafiz, jeneral terkuat Raja Drake Jones dan merupakan orang kanan Raja Drake Jones. Di belakangnya, Johan. Dia itu kawan baik Hafiz dan merupakan orang kiri Raja Drake Jones," terang Khaulah secara terperinci.
"Kenapa kau orang datang sini? Nak kena bunuh dari aku ke?" soal Huzair dengan tegas. Jeneral Hafiz dan Johan saling berpandangan sebelum memandangnya dengan pandangan sinis.
"Berani ke bunuh kita orang? Dia ingat dia kuat sangat ke? Raja Drake Jones menghantar kami ke sini untuk menunjukkan sesuatu," balas Jeneral Hafiz dengan sindiran sebelum membuka sebuah hologram melalui telefon bimbitnya. Wajah Raja Drake Jones muncul dan Raja Rizal muncul bersama Badri.
"Apa yang engkau mahukan, Raja Drake?" soal Raja Rizal.
"Aku tidak mahu apa-apa selain daripada memiliki kuasa kau berdua, Kembar Lagenda," balas Raja Drake Jones.
"Buat apa engkau nak kuasa kita? Engkau sudah mempunyai banyak kuasa setelah engkau membunuh separuh penduduk di kerajaanku termasuk umi dan babah aku," marah Huzair. Dalam amarahnya itu, dia sedaya upaya untuk bertenang. Hazirah dan Syahmi membiarkan sahaja Huzair berbicara dengan Raja Drake Jones itu buat seketika.
"Itu baru sahaja separuh. Belum lagi satu kerajaan penuh. Kalau dengan kuasa engkau berdua, banyak lagi yang aku boleh lakukan, termasuk membunuh kau berdua dan orang-orang di sekeliling kau," balas Raja Drake Jones.
Hazirah menggenggam penumbuknya manakala Syahmi memegang tangannya itu. Hazirah memandang raja tidak guna itu dengan penuh kebencian.
"Apa-apa pun, aku tidak akan benarkan kau ambil kuasa Kembar Lagenda. Kuasa ini bukan milik kau dan tidak akan menjadi milik kau," kata Syahmi dengan perasaan marah yang membuak-buak.
TBC
Apa yang akan berlaku selepas ini?
What will happen next?
Like it? Add to library! Have some idea about my story? Comment it and let me know.