webnovel

Setiap Perkara Ada Baiknya

Sudah jam 3:00 pagi

"Farhan… Hey, Farhan. Bangun, " satu insan cuba untuk mengejutFarhan. Suara itu. Perempuan?!

Farhan cuba untuk bangun dari tidur walau sangat berat. Manakan tidak, dia sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Kalau bukan dek sifat ingin tahu, mahu saja dia tidur kembali.

"Sini, ikut saya keluar kejap, " kata suara itu. Nadanya amat lembut. Mugkin dia tidak mahu mengejutkan rakan Farhan yang lain.

Suara itu membawa Farhan sehingga masuk ke dalam hutan. Sangat gelap. Sukar untuk mengenal pasti siapakah gerangan yang mengejutnya tengah malam begini.

Insan itu menyalakan api dengan pemetik api. Ianya Liana! Salah seorang teammate Fakhrul. Api pemetik api itu digunakan untuk memulakan unggun api kecil.

" Awak Liana, kan? Kenapa panggil saya malam macam ni? " tanya Farhan yang sudah sedikit segar.

" Saya nak cuma minta maaf kalau abang saya sakitkan hati awak, " jelas Liana.

" Abang? " soalan itu keluar secara rawak daripada mulut Farhan.

" Ya, Abang. Fakhrul ialah abang sayal, " jelas Liana.

' Ceh, malangnya. Adik cun, abang perangai macam kejadah!' bisik Farhan kepada hatinya.

"Oh, takde apalah. Saya okay sahaja. Benda kecil sahaja, " Farhan cuba untuk menjaga hati Liana.

" Haa, saya ada idea. Mari, ikut saya, " Liana mengajak Farhan untuk pergi ke tempat lain.

" Sini, duduk," Liana pelawa Farhan untuk duduk berdekatan dengannya.

Farhan terpegun dengan pemandangan yang begitu indah itu. Tidak sangka, game yang membunuh itu mempunyai tempat secantik ini. Mereka berada di tebing tinggi. Di bawah sana, kedengaran bunyi ombak memukul tebing. Bau lautan menusuk hidung. Bulan mengambang penuh di langit turut dihiasi beribu bintang yang menyinari malam yang gelap gempita.

" Awak tahu tak yang kita berada di atas sebuah pulau yang dikelilingi laut seluas mata memandang? Tiada pulau lain di sini. Hanya laut." kata Liana. Farhan masih lagi terpegun dengan pemandangan yang indah itu.

" Hei, pastikan kita semua sama – sama keluar dari game ni tau, " kata Liana.

" Huh? " Farhan tidak menangkap apa yang dikatakan oleh Liana. Dia sefang bingung.

" Nak tau tak? Waktu pertama kali saya jumpa awak, saya dapat rasakan yang ada harapan untuk saya keluar dari game ni. Jadi, pastikan kita keluar dari game ni tau, " kata Liana sambil tersenyum manis ke arah Farhan. Muka Farhan bertukar merah padam.

" Baiklah, saya akan cuba yang terbaik, " kata Farhan. Semangatnya untuk menang melonjak naik. Manakan tidak. Baru sahaja diberi semangat oleh seorang perempuan yang menarik.