webnovel

Surrounded By Powerful Men

Bermula dengan seorang gadis yang bernama Selena Rosellea Parker yang sering di buli di sekolahnya oleh rakan sekelasnya yang merupakan Gangster kawasan itu.Oleh disebabkan pengaruh pembuli yang besar,Selena terpaksa berdiam diri bagi melindungi keluarga dari menjadi mangsa. . . . Dalam perjalanan dari sekolah, Selena berjalan menuju ke tandas awam di kawasan itu sambil membawa buku sekolah dan satu buku berwarna biru yang merupakan tempat luahan perasaannya dengan pakaian yang kotor. Selena menangis teresak-esak di sudut tandas awam itu sambil tangannya sibuk menulis sesuatu di dalam diari birunya. . . . Selena Rosellea Parker,seorang gadis yang berwajah jelita namun terhalang dengan kaca mata besarnya.Walaupun begitu dia sering dibuli kerana kesenyapan dan kelembutannya. Setelah pertemuan dengan seorang Mafia King,hidupnya berubah 360 darjah.Musuh mula mencari dan mengincar dirinya kerana menjadi dambaan sang raja. Bahkan benteng hati sepupu dan bawahan sang raja turut tergugat dengan kelembutan si gadis.Musuh juga mula terjatuh ke dalamnya. . . . Siapakah yang bakal mendapat hati gadis ini?Apakah ada rahsia yang tak dijangka bakal muncul?

Sam_Azwa · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
20 Chs

Mimpi Tentang Seorang Gadis

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

Steven memandang ke luar beranda bilik nya.Cahaya redup matahari menerobos masuk ke biliknya. Ruangan mewah itu nampak terang dan luas. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk oleh seseorang, Encik Parkinson masuk dengan sopan lalu mendekati Steven yang berada di beranda bilik. Encik Parkinson membisikkan sesuatu di telinganya.Kemudian,wajahnya berubah dengan drastik dan aura dingin memenuhi ruangan luas itu. Aura MEMBUNUH timbul.

"Tuan Muda Steven,kawasan utara bandar A dikhabarkan akan ada rusuhan antara geng kawasan..."bisik Encik Parkinson.

"Hurm,aku sendiri akan turun padang untuk melihat situasi ini..."balas Steven dengan dinginnya.

"Nak sangat gaduh, baik,.. gaduh sampai MAMPUS!" Ujar Steven dingin.

.

.

.

Steven melihat seorang gadis sedang berdoa di suatu ruangan yang kosong dan suci.Steven berjalan mendekati gadis itu.Dia mendengar permintaan gadis itu.

"Semoga akan ada malaikat datang untuk membantuku harungi penderitaan ini suatu hari nanti..."ujar seorang gadis sambil mata nya tertutup.Steven dapat melihat wajah gadis itu yang berwajah cantik dan bibirnya yang merah dan seksi itu.Jantungnya mula berdebar dan merasa ingin memiliki gadis itu.

Kemudian gadis itu membuka matanya memperlihatkan warna pupilnya yang berwarna biru pudar itu.

Gadis itu menoleh ke arah Steven yang sedang berdiri di suatu sudut dalam ruangan itu.

Perasaan ingin memiliki gadis itu semakinkuat dalam dirinya.

.

.

.

Setelah itu,Steven pun sedar dari mimpi indahnya bersama seorang gadis.Jantungnya masih berdebar-debar memikirkan gadis itu.Dia menyentuh dada sasanya dan dapat merasakan degupan demi degupan jantungnya.

"Ah,siapakah gadis itu?Jantungku begerak amat pantas..."ujar Steven dengan tangannya masih di dada sasanya.

"Semoga aku dapat bertemu dan memilikinya secepat mungkin,haish!" Tuan Muda itu sedang berilusi.Dia tersenyum gembira apabila memikirkan gadis yang muncul di mimpinya itu

"Tapi,... Ini cumalah mimpi," nadanya sedikit kecewa.

Steven bangkit dari katil empuknya menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.Wajah tampannya penuh dengan kegirangan.

.

.

.

Meja makan Keluarga Hilderson terdapat banyak hidangan yang menyelerakan di atasnya.Encik Hilderson dan Puan Helen Hilderson menunggu kedatangan putera tunggal mereka,Steven untuk makan bersama.

"Tap,tap,tap,tap,tap.."langkah kaki seseorang kedengaran menuruni tangga istana mereka.Encik Hilderson dan Puan Hilderson menoleh ke arah bunyi itu.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat satu-satunya anak mereka tersenyum girang.

"Stev,Steven?"panggil Puan Hilderson tergagap-gagap.Hal ini kerana anak tunggal mereka tidak pernah senyum segembira ini sebelumnya selain senyuman sinis yang penuh kekejaman.

"Apa yang membuatmu gembira,Steven?"tanya Encik William Hilderson pula.

"Ah,itu?Aku...sedang memikirkan seseorang yang...haish!"balas Steven sambil tersenyum.Dia masih mengingati gadis di dalam mimpinya.

"Aku...sedang memikirkan seseorang yang istimewa..."ujar Steven lagi sambil tersenyum.

"Seseorang yang istimewa?Siapa?Kekasihmu?"balas Puan Helen Hilderson dengan perasaan gembira dan ingin tahu. Mana tidaknya banyak gadis yang telah diperkenalkan kepada Steven namun tiada satu pun yang dapat menangkap hati sang teruna satu ini. Walaupun ini hanya lah mimpi tapi hati ibu ini sungguh gembira melihat sang anak mampu tersenyum gembira.

"Ah,itu...Itu hanya mimpi ku sahaja...Setelah mimpi itu aku selalu mengingati wajahnya...Ah,manis sekali orangnya.."ujar Steven. Sebaris senyuman dari wajah tampan itu sungguhlah manis. ANGAU.

Puan Helen Hilderson sedikit kecewa namun gembira kerana dia tidak pernah melihat anaknya gembira begini setelah menginjak dewasa.Dia berasa bersyukur dengan perubahan anaknga hari ini walaupun gadis yang diceritakan anaknya itu hanyalah sebuah mimpi.

Setelah usai makan, steven bangun dan mengambis jas berwarna kecoklatan lalu bangun untuk pergi ke Golden Empire Company.

" Dah nak pergi ke? Dengar kata Aunty Anne cakap, your cousin balik dari business trip dari Paris? Sempat dia belikan Aunty Anne teh dari Paris." Ujar Puan Helen Hilderson kepada anak tunggalnya itu.

"Isaac?" Steven membetulkan jas yang dipegangnya agar tidak berkedut.

" Dah tu, sapa lagi kalau bukan Isaac, dia ja yang pergi Paris untuk trip pasal business dengan syarikat kat Paris tu," balas Puan Helen sambil mengunyah roti bakar yang dibakar sendiri oleh dirinya. Walaupun orang kaya, dia menyediakan sendiri makanan keluarga mereka. Sudah banyak kes yang terjadi akibat ulah racun dari orang luar. Dia tidak mahu hal itu terjadi kepada keluarga mereka. Pembantu rumah hanya membersihkan kediaman rumah mereka dan kerja memasak Puan Helen yang uruskan. Dia perlu berhati- hati dalam hal ini. Kecuaian dirinya boleh membawa mala petaka kepada mereka.

.

.

.

Golden Empire Company

Steven Hilderson masuk ke dalam bangunan yang gah ditemani Encik Parkinson di sisi. Steven mengenakam sut berwarna kecoklatan hasil designer dari Perancis. Rambut ditata rapi telah menambahkan ketampanan lelaki itu.

Tiba-tiba seorang wanita anggun mendekati Steven sembari membisikkan sesuatu ke telinga beliau. Steven hanya membalas dengan anggukan kepala.

Steven sampai di ruangan kerja. Di sana didapatinada seorang lelaki yang duduk di kerusi kerjanya. Lelaki itu membelakangi Steven, ini menyukarkan Steven untuk melihat wajah lelaki itu.

" Lee Isaac," panggil Steven Hilderson.

Lelaki yang berada di kerusi itu menoleh ke arah Steven yang berada di belakangnya.

"Eh, Steven! Sorry aq tertidur, selesa jugak duduk dalam bilik kau ni," balas lelaki yang bernama Isaac itu.

" Bila kau balik ?" Tanya Steven kepada Isaac.

Isaac bangun dan mendekati Steven Hilderson.

"Alahai sepupu tercinta ku, mesti kau boring an tak ada aku?" Balas Isaac sambil menepuk bahu Steven Hilderson.

Isaac Lee merupakan anak pertama kepada Anne Lee dan Matthew Lee. Dia juga merupakan sepupu dan kawan baik kepada Steven. Boleh dikatakan mereka telah menubuhkan Golden Empire ni bersama sejak dari nol.

" Disebabkan kau rindu aku, malam ni clubbing, jom?" Ajak Isaac Lee.

" Kita cari perempuan yang lawa- lawa, nak?" Seloroh Isaac Lee lagi. Dasar kaki perempuan betul.

"Tak nak, aku busy," bala Steven Hilderson dengan dingin. Malas nak melayan playboy satu ini. Dia tahu sangat perangai Isaac Lee yang kaki perempuan. Satu kerja pula nak angkut bila mabuk nanti.

Namun, Isaac Lee amat cermat dalam hal pekerjaan syarikat. Perwatakkan nya menampakkan diri lelaki itu seperti tidak matang. PLAYBOY.

"Boring betul kau ni, Steven," balas Isaac Lee lalu duduk di sofa yang berdekatan dengan pintu

" Tak pa lah, aku pergi sesorang nanti," ujar Isaac Lee lalu bangun dan berlalu pergi dari ruangan itu.

Steven berjalan duduk di kerusi kerjanya, dan melakukan kerja yang tertunggak. Dia membuka laptop dan menatap layar skrin peranti itu.

Psst,votes and comments are free ✿ ♡

Jangan lupa komen dan berikan idea untuk chapter yang seterusnya,ya?Jangan lupa juga untuk add library!!!

Selamat menikmati!!!

Sam_Azwacreators' thoughts