Selena berlari keluar dari kediaman Hilderson. Kakinya bahkan tidak tidak sempat memakai sandal. Dia tidak sanggup untuk berada di dalam kediaman lelaki itu. Perlakuan Steven terhadapnya memang tidak dapat diterima olehnya.
Melangkah dan terus melangkah sehingga kaki jenjang itu sampai di hadapan rumah kerdil yang dihuni oleh sang bonda dan dirinya.
.
.
.
" Tuan muda," Encik Parkinson menyapa Steven yang berada di balkoni. Saat ini Steven sedang merenung susuk si gadis sedang berlari keluar dari kediaman mewahnya. Dirinya merasa hina tatkala itu. Encik Parkinson kekal menunduk menunggu arahan tuan mudanya untuk bertindak seterusnya.
" Biarkan dia, cuma... pastika dia selamat sampai ke rumah." arah Steven sambil menunduk.
" Dan juga, inform kepada ibu Selena yang anak dia selamat dari kejadian tembakan hari tu dan bagitahu yang Selena sedang dalam perjalanan pulang ke rumah," tambah Steven Hilderson.
" Baik, Tuan Muda!" balas Encik Parkinson dengan patuhnya lalu beredar dari bilik mewah itu.
.
.
.
Puan Serena ke hulu dan ke hilir dia risau akan perkembangan anak gadis nya itu. Dari kelmarin menanti panggilan dari pihak sekolah dan juga pihak hospital tentang khabar anaknya itu.
Dia mendapati berita itu berkaitan tentang pergaduhan antara dua kumpulan mafia dan ini sangat membimbangkan dirinya.
Walaupun Selena Rosellea ada menelefon sebentar tadi, tapi bermain dengan mafia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Sudah banyak berita tentang kejadian tembakan itu telah memenuhi media saat ini bahkan pihak polis juga tidak mampu tangani masalah ini.
Kerisauan ini telah mengingatkan dirinya tentang masa lalunya yang kelam dan pahit untuk diingati kembali.
Telefon nokia 1280 berbunyi dengan kuat. Puan Serena bergegas mancapai telefon lama yang lusuh berwarna biru itu. Dia mengangkat panggilan itu dengan cepat.
"Hello? siapa ni?" Tanya Puan Serena dengan cemasnya. Dia mengharapkan panggila itu daripada orang yang sepatutny?
Setelah itu, panggilan itu pun terputus. Wajah Wanita paruh baya itu menunjukkan kelegaan di wajah tua itu.
" Syukurlah Selena selamat," ujar Puan Serena sambil mengurut dadanya.
Puan Serena termenung memikirkan siapa gerangan yang melakukan panggilan kepadanya ini.
Bunyi pintu kayu lusuh yang berbalut zink dibuka dari luar sehingga menonjolkan susuk seorang gadis tidak memakai sandal.
Puan Serena bersyukur anaknya selamat setelah mendapat khabar daripada panggilan tadi. Dia memegang wajah Selena dan mengusap berkali-kali. Selena tidak berkutik langsung saat itu. Pandangannya bagaikan kosong. Puan Serena mengheret Selena untuk duduk di kerusi plastik lusuh yang dibeli beberapa tahun yang lalu.
"Ena?" Panggil ibunya. Tiada sebarang kata-kata yang keluar dari mulut Selena hanya pandangan kosong diberikan.
"Ibu, ayah kat mana?" Tanya selena tanpa mengalihkan pandangan kosong itu.
Pertanyaan Selena itu sangat tidak dapat disangka akan keluar dari mulut sang gadis mulus itu.
"A,apa? A,ayah...?" Wajah Puan Serena sedikit cemas. Dia tidak tahu bagaimana untuk merespon pertanyaan itu.
Susuk ayah tidak pernah muncul dalam hidup Selena bahkan tidak tahu nama ayahnya sendiri, wajah apatah lagi. Puan Serena tidak pernah menyebut tentang ayahnya seakan ayahnya itu tidak wujud.
" Ibu rasakan, kalau ayah ada hidup kita sengsara macam sekarang tak? Teruk tak?...," Tanya Selena lagi. Kali ini wajah itu dibasahi air mata yang mengalir deras ke pipi. Dia merasakan tidak tertahan lagi dengan hidup sialan ini. Kepalanya kosong bagaikan kertas putih yang bahkan tiada noktah.
Puan Serena terduduk saat itu. Tiada kata-kata yang dapat diungkap saat ini. Matanya meliar mengingatkan kejadian masa lalu yang dia cuba sembunyikan dari anaknya itu. Dia tidak mahu membahayakan Selena lagi seperti dulu. Dia tidak mahu merasai kehilangan orang tersayang lagi. Dia sedaya upaya menyelamatkan Selena dari dunia gelap yang disebut dunia MAFIA.
Puan Serena bergegas bangun lalu memegang erat bahu anak gadisnya itu.
" Ena, dengar sini... Ena ada ayah," air mata bercucuran gugur membasahi pipi wanita tua itu.
" Tapi, ayah Ena dah mati!" Semakin deras air mata mencucur jatuh.
Selena terkaku. Ternyata sebab ini lah ibunya tidak pernah membicarakan ayahnya agar kesedihan itu tidak terungkap. Dia merasa amat bersalah. Bersalah kerana telah membicarakan hal ini kepada ibunya itu.
Gaun berwarna ungu dicapai dalam almari lalu dipakai ke badan seorang Serena Thalia Parker. Gaun ungu itu menyerlahkan warna kulit gadis itu yang putih. Kelopak mata dicalitkan dengan noda merah muda bagi menampakkan keserian pupil mata yamg berwarna hijau itu.
" Alamak, lewat! Terlepas bas pulak nanti,baik cepat," dengan cepat gadis itu menyahut kasut ke kaki jenjang itu dan mencapai tote bag berwarna putih di sampingnya lalu berlari keluar dari rumah sederhana itu.
"Hah, tu bas! Adoi letih pulak dah," Serena Thalia Parker memegang pinggang ramping, dia lelah kerana berlari mengejar kerana takut sekiranya bas terlepas.
Seorang lelaki tegap masuk ke dalam bas. Setelah itu bas mula bergerak dan meninggalkan Serena Thalia Parker.
"Eh, tunggu!" Serena Thalia Parker mengejar bas itu.
Seorang lelaki memandang keluar bas dan melihat sesusuk gadis sedang berlari mengejar kenderaan itu dan dia dengan sukarela menghulurkan tangan untuk membiarkan Serena Thalia meraihnya.
Serena mencapai tangan kekar itu. Tangan itu menarik tubuh Serena hingga masuk ke dalam bas.
"Huh?" Serena dan lelaki itu saling memandangi. Mata hijau dan coklat itu melihat antara satu sama lain. Tangan mereka masih berpegangan.
"Eh, maaf... Saya nak tolong awak tadi," ujar lelaki itu lalu mereka dengan cepat melepaskan pegangan sambil meminta maaf.
" Te,terima kasih," ucap Serena Thalia lalu mengambil tempat duduk yang kosong di tepi tingkat.
Lelaki itu terus menerus memandang Serena Thalia.
'Dia cantik,' ujar batin lelaki itu.
Tiba-tiba bas berhenti. Serena kemudian bergegas turun setelah memberikan wang tambang kepada pemandu bas itu.
Lelaki tegap itu memandang pemergian sang gadis dengan kecewa namun kekecewaan hanya sementara.
"Kedai bunga? Dia kerja dekat sini ke? Alamak, aku tak tanya nama dia apa tadi,adoi!" Ujar batin lelaki itu. Lalu bas bergerak pergi dari situ.
...
"Nasib baik sempat, kemas- kemas dulu~" Serena Thalia mencapai apron biru muda lalu mengambil penyapu dan penyodok lalu melakukan kerjanya. Dia mengemas dan menyusun bunga-bunga yang ada di dalam kedai bunga itu. Dia bekerja separuh masa di situ sebagai aktiviti penuhi masa lapang sementara dia tengah cuti buat masa ini. Dia tidak mahu menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah sama sekali. Sebaiknya dia melakukan pekerjaan, sekurang- kurangnya dia dapat juga duit simpanan.
Bunyi pintu kedai bunga itu dibuka dari luar. Seorang wanita masuk ke dalam dan membelek bunga yang ada di dalam kedai itu.
"Ya, cik? Ada yang boleh saya tolong? Cik nak bunga yang macam mana?" Tanya Serena Thalia sambil tersenyum anggun. Dia mula didatangi pelanggan untuk membeli bunga.