Tengah-tengah malam, pasangan itu tidur lena apabila tiba-tiba satu tangisan kuat mengejutkan Tangning daripada lenanya. Menyedari salah seorang anaknya menangis, dia segera bersiap untuk turun daripada katil. Tetapi, lelaki di sebelahnya segera bergegas mendukung Guo Guo.
Mo Ting menyentuh kepala anak itu dan mengerutkan keningnya. "Panas. Mesti dia demam…"
Selepas mendengar kata-kata Mo Ting, Tangning segera turun daripada katil. "Doktor ada cakap biasa untuk bayi ada imuniti lemah. Dia ajar saya beberapa cara untuk kurangkan demam dan minta kita jangan panik kalau anak demam."
"Duduk di katil. Saya akan uruskan." Mo Ting berkata sambil menarik keluar termometer dan membawa anak itu ke bilik mandi. Doktor mengajar mereka untuk memandikan anak dengan air suam untuk mengurangkan suhu badan mereka.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com