webnovel

Tiada Sesiapa Boleh Buli Tangning

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Saya pelik kenapa kamu tak siasat hal ini?" Yue Shanshan menyoal Raja-J. "Dah tentu, tak ada apa yang nak disebutkan sangat pun. Tapi, kalau tentang Hai Rui tahu banyak rahsia dan maklumat, itu memang memeranjatkan, tapi munasabah."

"Ini yang membezakan Mo Ting dan orang lain. Mereka yang setia dengannya, tak kisah dia tahu rahsia tentang mereka. Malah, mereka rasa seperti dilindungi."

"Kamu pula, hanya tahu peras ugut orang lain… ini beza antara kamu berdua." Selepas bercakap, Yue Shanshan berdiri. Semasa beredar, dia membuat gaya meniup ciuman pada Raja-J. "Saya harap kamu berjaya dan tak mati kesakitan!"

"Apa-apa pun, ada orang dalam dunia ini ingat mereka boleh capai perkara hebat macam orang lain bila mereka dapat kuasa dan status yang sama. Tapi, kenyataan akan membuktikan yang seseorang perlu faham kedudukan mereka!"

Raja-J menggosok bibirnya dengan reaksi dingin. Dia sudah sampai ke tahap ini. Kenapa dia masih perlu fikirkan kedudukannya?

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com