Selepas penggambaran solo itu selesai, Tangning melangkah keluar dari studio bagi membolehkan set penggambaran itu ditukar. Dia juga perlu memakai pakaian baru. Namun, sebaik sahaja dia kembali ke bilik menunggu itu, pembantu Mo Yurou sedang berdiri mengawasi pintu tersebut dengan riak wajah menyindir padanya.
"Presiden Han berada di dalam. Kamu perlu tunggu sebentar."
Tangning memandang sekilas pada pembantu Mo Yurou dengan tenang sebelum menolaknya lembut ke tepi dan membuka pintu itu.
Di dalam bilik itu, Mo Yurou sedang duduk di atas ribaan Han Yufan. Kedua-dua mereka sedang menikmati detik asmara yang hangat. Pemandangan yang dilihatnya sekarang sama seperti malam dia mengetahui kecurangan mereka berdua. Provokasi dan rasa tidak hormat yang mereka tayangkan kepada orang di sekeliling mereka ini bagaikan mereka yakin mereka sudah menang.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com