Bei Chendong tiba awal esok paginya untuk minum teh bersama ayahnya.
Bapa Bei menunggu di taman. Sambil menyediakan seteko teh, dia memandang anaknya dan tersenyum. "Jarang sekali kamu nak ingat ayah kamu."
Bei Chendong mengenakan kotnya dan duduk di atas kerusi batu, tidak kisah akan salji nipis yang jatuh di sisinya sambil mengangkat secawan teh panas. "Ayah, saya datang ke sini hari ini nak mengaku sesuatu."
"Ini ke perangai kamu nak mengaku sesuatu?" Bapa Bei bertanya sambil mencerlung pada anaknya dan menghirup sedikit teh di dalam cawannya. "Cakap, apa halnya?"
"Sebenarnya, saya tak pernah sakit." Bei Chendong berkata terus terang.
Sebaik sahaja Bapa Bei mendengar hal ini, dia menghentakkan penumbuknya di atas meja batu dan mengerutkan keningnya pada Bei Chendong. "Ayah cabar kamu ulang balik."
"Saya cakap saya tak sakit!" Bei Chendong mengulang. "Saya berlakon supaya Mak dengan Ayah benarkan saya kahwin dengan Xiner."
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com