Ma Weiwei membuka mulutnya dengan niat mahu melawan, tetapi dia segera teringatkan identitinya. Dia tidak boleh membangkang penerbit Amerika itu secara terbuka, melainkan jika dia tidak mahu berada dalam industri hiburan lagi.
Jadi, walaupun dia dimalukan, dia cuma mampu menerima. Pada masa yang sama, dia terus membusungkan dadanya dengan yakin ketika dia meninggalkan bilik uji bakat itu.
Pengurusnya bergegas ke arahnya dan bertanya dengan teruja, "Macam mana kamu tadi?"
Semua orang di sekeliling mereka memasang telinga dengan pandangan mengejek. Mereka semua tahu jika Ma Weiwei diterima, filem Amerika akan mundur ke 30 tahun lalu.
Tetapi, Ma Weiwei perlu menjaga maruahnya…
"Penerbit itu cakap, saya boleh tahan…"
Boleh tahan… Ma Weiwei boleh menipu dengan muka serius. Jadi, selepas pengurusnya mendengar responsnya, senyumannya semakin lebar. "Saya tahu kamu boleh buat, Weiwei! Kamu genius…"
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com