Tangning merenung tepat ke mata lelaki itu ketika dia mula kembali kepada ketenangan biasanya dan tersenyum. "Saya tidak ada teman lelaki."
Dia cuma ada suami!
Apabila dia melihat Tangning menafikan hal itu, lelaki tersebut tidak terus memaksa. Tetapi, cahaya di matanya membuatkan Tangning berasa kurang senang. Dia dapat merasakan yang lelaki itu akan terus memerhatikannya di masa akan datang.
"Kejadian Lan Yu itu mengakibatkan huru hara tapi nampaknya, Cik Tang langsung tidak terkesan."
Tangning tersenyum. Dia jelas kelihatan tidak mahu terus berbual. Ini sesuatu yang sering dilakukannya apabila dia mahu menjarakkan diri dengan orang lain. Lelaki tersebut nampaknya memahami niat Tangning. Jadi, dia berhenti bercakap dan kembali ke tempat duduknya.
Tangning mengandaikan lelaki itu tidak nampak wajah Mo Ting. Kalau tidak, nada suaranya tidak akan kedengaran begini. Tidak mungkin dia tidak tahu natijah membuatkan Hai Rui marah.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com