Dia memeluk Tangning dengan erat…
Dia tidak perlu menzahirkan apa-apa, atau menuturkan pujukan. Pelukan kemas sahaja sudah jauh lebih baik daripada sebarang kata-kata yang boleh diucapkannya.
Seketika kemudian, dengan Tangning yang masih dalam pelukannya, Mo Ting tiba-tiba duduk. Sebaik sahaja dia hampir menuruni katil, dia merasakan Tangning kembali menariknya. Mo Ting memandang Tangning dengan penuh tanda tanya.
Tangning bagaikan seorang gadis nakal ketika dia berpaut pada dada Mo Ting.
Mo Ting menyalakan lampu meja sisi dan membelai lembut belakang badan Tangning. Hujung bibirnya mengukir senyuman kecil. "Bukankah kamu nak mandi?"
"Saya hanya mahukan Abang memeluk saya begini." Tangning membenamkan kepalanya pada dada Mo Ting dengan gaya comel. "Saya tak mahu berpisah dengan Abang."
"Bukankah kamu yang beritahu saya supaya jangan ke London dengan kamu?"
'Saya hanya tak mahu Abang jadi terlalu penat…
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com