webnovel

BAB 34 : PERGERAKAN MEREKA

"Saintis gila tu memang penting bagi kau, huh. Kebanyakkan ketua samseng yang lain takkan tahan hinaan sebegitu dan penggal saja kepala orang bawahan yang ada mulut macam dia." tegur seorang lelaki berbadan tegap, White sedang memandang bandar Klang dari sebuah bangunan yang tinggi dan bertingkap banyak. Kelihatan jalan raya yang hampir kosong dengan hanya beberapa kereta polis saja melalui jalannya.

"Aku bukan macam orang-orang bodoh tu…Ego membutakan mereka. Vincent memang menyakitkan hati, tapi dia hanya menyakitkan hati saja. Dia masih betul, dia aset yang penting." kata White sambil menoleh sedikit ke belakang, lelaki berbadan tegap itu tersenyum kecil.

"Pengawalan diri yang baik, aku takjub, White." balas lelaki berbadan tegap.

"Kau dan aku…Kita dah usahakan empayar ni bersama, aku takkan jejaskan semuanya hanya sebab aku terasa hati dan marah." keluh White, lelaki berbadan tegap itu berdiri di tepinya.

"Betul tu, White. Kita masih mengenggam dunia kongsi gelap dengan kuat di Malaysia tapi kau sedar ancaman sebenar kita betul tak? Bukannya pihak polis tapi Lelaki Bertopeng tu, apa jadi kalau dia masih hidup? Ada juga Mutants yang punyai kemahuan yang sama macam dia. Mereka kemampuan untuk hentikan kita." terang lelaki berbadan tegap, riak wajah White berubah bengis, dia memusingkan badannya daripada menghadap tingkap.

"Tak kisahlah mereka manusia ataupun Mutants…Kita takkan benarkan mereka cabar kita." balas White, lelaki berbadan tegap itu tersenyum dan memandangnya lagi. White berjalan pergi, dia membetulkan sedikit kemejanya.

Takkan lagi…

Takkan benarkan sesiapa cabar aku lagi.

"Manusia…ialah makhluk yang menarik. Korang tengah hadapi masalah yang besar, kemungkinan akan pupuskan ramai orang tapi…kebanyakkan manusia masih berperang dengan sesama sendiri sekarang. Malah di luar Malaysia manusia-manusia yang mempunyai pangkat yang tinggi sedang fikirkan cara untuk senjatakan Strays dan Mutants. Beberapa negara sudah tahu pasal kewujudan Mutants tapi mereka pilih untuk rahsiakan informasi mereka daripada negara lain." Sui'ra sedang melihat hologram-hologramnya yang menunjukkan aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku di seluruh dunia.

"Kau tak jawab soalan kami, Sui'ra." keluh Ali, Khalid dan Mei juga berada di situ.

"Aku dah cakap…Aku takkan kena mengenakan diri aku dengan hal manusia. Lagipun aku dah selamatkan kau buat kali terakhir, aku takkan bagi kau bantuan lagi." balas Sui'ra, dia menoleh ke arah mereka bertiga dengan senyuman.

"Kemungkinan besar kau yang cadangkan Mutants dalam White Tigers untuk bersatu dan cipta kumpulan samseng mereka. Kau mungkin cakap kau tak mengenakan diri kau dengan hal kami, tapi terbukti banyak kali, kaulah yang tarik tali dari belakang semua benda yang tak kena pasal hal Strays dan Mutants." bantah Ali.

"Perang ni apa yang kau mahukan betul tak? Kau takde masalah pula beri informasi pasal HOPE kepada Mutants lain. Khairul, Nasuha dan Kyoko diserang oleh Mutants yang tahu kemampuan kami…HOPE tak terlalu terdedah lagi jadi mereka tahu pasal kami melalui informasi lain dan kau saja kulprit kami." tegur Khalid pula, Sui'ra menongkatkan kepalanya.

"Pilihan korang untuk bertarung dengan White Tigers. Bukannya aku minta pun, betul tak? Semua yang aku cakapkan hanyalah cadangan saja. Pilihlah, sama ada untuk biarkan saja White Tigers teruskan operasi mereka atau hentikan mereka serta merta." kata Sui'ra, Ali mengenggam tangannya erat. Khalid juga kelihatan tidak berpuas hati.

"Takde guna cuba masuk dalam kepala aku, Mei." tegur Sui'ra secara tiba-tiba, dia perasan akan Mei yang hampir mengaktifkan kuasanya.

"Tch…" keluh Mei. Akhirnya mereka pergi daripada Sui'ra tanpa mendapat jawapan bagi persoalan mereka, 'Siapa Mutant yang dirikan White Tigers.'

"Korang dapat apa-apa ke?" soal Kyoko.

"Malang sekali,dia tak nak bagi kami apa-apa." balas Mei.

"Mana yang lain?" soal Khalid apabila dia perasan akan ketidakberadaan Khairul, Nasuha dan Mikael di taman berdekatan dengan hutan tempat Sui'ra menyorok, Chyou sedang duduk di bangku sendirian dan melihat telefonnya saja.

"Mereka berdua teman Mikael ziarah kubur anak dia sekejap." kata Kyoko.

"Kubur?" soal Ali yang kelihatan tertanya.

"Dekat dengan tempat Sui'ra menyorok, ada kubur anak Mikael. Kau tahu pasal kes Stray di Putrajaya? Stray yang terbunuh semasa kes itu ialah anak Mikael, dia tak mahu kerajaan dapatkan tangan mereka pada anak dia jadi dia kuburkan anak di dalam hutan ni." cerita Khalid, Ali mengalihkan pandangannya ke arah hutan yang berada berdekatan dengan taman di mana mereka berada sekarang.

"Bismillah." Ali membacakan doa sendirian.

Sedang di dalam hutan pula, Mikael meletakkan sejambak bunga di atas kubur Farah. Khairul dan Nasuha memandang saja dia. Mikael membersihkan sedikit batu nisan kemudian menepuknya beberapa kali.

"Baiklah…Terima kasih bawa aku ke sini, Nasuha. Mari pergi pada diorang balik." Mikael tersenyum lembut ke arah Nasuha.

"Okay. Mari semua." Nasuha memasukkan Mikael dan Khairul ke dalam bebola cahaya dan terus membawa mereka berdua terbang bersama.

"Kau okay, orang tua?" tanya Khairul kepada Mikael.

"Aku okay." balas Mikael, dia menutup matanya seketika, apabila Mikael membuka matanya, dia terus memandang Khairul.

"Pertarungan aku sekarang ni buatkan aku boleh masuk akalkan semua benda yang tak masuk akal ni. Kau sendiri cakap dengan aku betul tak, budak? Masa lepas tak boleh diubah, masa sekarang ni yang penting." kata Mikael, dia tersenyum kepada Khairul pula.

"Ah…ya…Rasa pelik bila dengar ayat yang keluar dari mulut sendiri." Khairul menggaru pipinya yang tidak gatal, Nasuha memandangnya seketika dan tersenyum juga melihat reaksi Khairul.

"Korang berdua hadap pelbagai benda yang susah juga. Sekurang-kurangnya orang dewasa macam aku kurangkan sikit beban korang dan berlawan bersama. Kehidupan kita takkan kembali normal lagi…Korang je apa yang aku ada sekarang." terang Mikael.

"Kita semua satu keluarga yang besar, Mikael. Kitorang akan ada untuk kau, sentiasa." kata Nasuha pula.

"Hum, terima kasih." balas Mikael. Nasuha mendaratkan mereka bertiga di hadapan ahli HOPE yang lain dan Ali.

"Taktik kita simple saja. Mei, Chyou dan Mikael ialah kumpulan recon, mereka akan cari markas-markas White Tigers, kuasa Mei benarkan dia baca minda orang di sekeliling, Chyou boleh pastikan korang tak kantoi dan Mikael ada boleh bekerjasama dengan Chyou untuk memerhati sesuatu markas." terang Khalid, kelihatan mereka kembali ke rumah Mei semula dan Rose juga berada di situ.

"Aku akan lakukan siasatan aku sendiri juga, campur dengan informasi aku dan informasi yang kumpulan recon boleh dapatkan, kita boleh pergi ke fasa seterusnya." kata Ali pula.

"Fasa seterusnya ialah kita serang setiap markas yang kita boleh jumpa secara serentak. Daripada apa yang aku dapat, mereka ada empat markas operasi tapi satu dah terbongkar semalam. Tinggal lagi tiga…Kita serang mereka secara serentak dan mengejut, dengan cara ni kita tak benarkan mereka hantar backup dan mereka akan kelam-kabut." sambung Ali lagi.

"Faham. Ianya taktik yang baik. Cumanya kau pasti ke samseng yang kau belasah beri informasi yang betul?" soal Rose.

"Kemungkinan besar ya. Aku patahkan tulang-tulang diorang, tak rasa diorang nak menipu sangat lepastu." balas Ali sambil tersenyum pahit.

"Nampaknya aku, Nasuha dan Khairul tak berguna dalam fasa pertama, huh?" keluh Kyoko dengan wajah kecewa.

"Aku pun sama. Kuasa kita berkuasa dari segi pertarungan tapi kita takde kemampuan menyelinap, kumpul dan dapatkan informasi macam diorang." jawab Khalid.

"Jadi sementara diorang lakukan siasatan diorang, kita pergi basmi Strays, betul tak?" tanya Khairul pula.

"Wah, kau ada kuasa baca minda juga ke, Khai?" soal semula Khalid.

"Takkan nak biarkan saja Strays di luar sana terbiar?" balas Khairul dengan senyuman kecil.

"Kita bahagikan kumpulan rondaan akan jadi kita berempat. Masih kena hati-hati, kita berada di garis sasaran ramai orang, tak boleh berpisah sangat." cadang Khalid.

"Hum, faham." Nasuha mengangguk faham.

"Itu saja perbincangan kita, semoga berjaya semua." kata Khalid.

Masing-masing kumpulan berkumpul di luar rumah Mei dan bersedia untuk bergerak di dalam kostum masing-masing. Rose ingin berjalan pergi namun bahunya tiba-tiba ditepuk perlahan Nasuha.

"Akak Rose, hati-hati kerja hari ni." pesan Nasuha.

"Baik, Nasuha. Korang pun sama, hati-hati…Ada apa-apa kecemasan, terus contact aku." balas Rose, dia menepuk kepala Nasuha perlahan. Khairul mendekati mereka berdua.

"Korang berdua dah berubah sangat. Teruskan perlawanan korang tapi ingat, kalau ianya susah dan membebankan, ambil masa untuk berehat. Akhirnya, korang tetap manusia, bukannya alat." kata Rose apabila dia memandang Nasuha dan Khairul.

"Jangan risau, kami dah semakin kuat." kata Nasuha.

"Betul tu." sokong Khairul, Rose menghembuskan nafas perlahan.

"Hati-hati korang, segera panggil kami bila ada kecemasan." pesan Khalid pada kumpulan recon.

"Hum, korang pun sama. Pecahkan biji mata yang aku bagi." kata Mei, Khalid tersenyum kecil dan mengeluarkan biji mata yang mengeluarkan aura merah.

"Macam mana kau buat pun benda ni?"

"Aku hanya letakkan sebahagian minda aku di dalam objek tu…Bila korang pecahkan, aku akan dapat tahu lokasi korang hasil bahagian minda aku kembali dan kalau aku pecahkan, korang akan dapat dengar suara aku panggil korang." terang Mei, Khalid mengangguk faham.

"Kuasa kau memang menakjubkan." puji Khalid, Mei tergelak kecil.

Akhirnya kedua-dua kumpulan itu bergerak, Chyou menggunakan kuasa teleportnya untuk membawa kumpulan recon pergi dengan pantas sedang Nasuha membawa Khairul dan Khalid terbang, dengan bantuan Kyoko, mereka bergerak sepantas kilat.

"Chyou jangan paksa diri kamu guna banyak sangat kuasa kamu…Kena simpan tenaga." pesan Mei, Chyou mengangguk faham saja dan terus meneleport kumpulan recon lagi.

"Terasa pening betul." keluh Ali yang terasa pening hasil kuasa Teleport Chyou.

"Kau…kena biasakan diri." kata Mikael walaupun wajahnya kelihatan mual.

Tidak lama kemudian mereka tiba di Klang, Ali melihat sekeliling sedang Mei juga menggunakan kuasanya untuk mengimbas kawasan berdekatan mereka.

"Kita berpisah disini dulu. Kita akan jumpa balik ke sini dan kongsi informasi yang kita dapat." kata Ali.

"Kau pasti kau boleh lakukan kerja kau sendirian?" tanya Mikael.

"Aku memang selama ni sendirian saja." balas Ali kemudian terus melompat ke bangunan yang lainnya dan terus hilang dari pandangan.

"Blaaarrrghhh!" Stray berbentuk biawak berbadan manusia dengan tiga ekor diserang oleh Khairul dan Khalid, mereka berdua memaksa makhluk itu ke belakang beberapa kali dengan serangan mereka yang pantas.

Terdapat duri yang tajam seumpama bilah pedang di hujung ekor Stray itu, ia menyerang balas semula, membuat Khalid tertolak jauh daripadanya dan menepis hayunan bilah pedang Khairul. Kyoko menangkap Khalid sebelum dia terhentak berlanggar dengan dinding bangunan.

Bunyi siren kedengaran dari jauh.

"Pasukan Khas tu? Mereka sedang dekat! Kita kena selesaikan ni segera!" arah Khalid, Khairul menolak ekor Stray yang menahannya sebelum Nasuha terbang ke atas Stray itu, dia menghalakan tangannya ke atas.

"Star Slash!" Pancaran cahaya seumpama bintang yang berbilah keluar dari tangan Nasuha. Dia terus melepaskan serangannya pada Stray itu,membunuhnya serta merta dengan membelahnya.

"Mari pergi cepat." Khalid berlari ke arah Nasuha dan Khairul, Nasuha memasukkan mereka kedua ke dalam bebola cahaya dan Kyoko membawa mereka pergi dengan pantas. Dua kereta kebal Pasukan Khas tiba tidak lama kemudian, yang tinggal di atas jalan raya yang kosong hanyalah badan Stray yang terbelah dua.

"Kita terlepas mereka." keluh seorang ahli pasukan khas sambil keluar dari kereta kebal, seorang lagi lelaki yang sedikit tua, berjanggut dan bermisai tebal keluar dan memeriksa sekeliling.

"Mereka tak perasan kita pasang kamera tersembunyi tapi mereka dengar kita dan terus larikan diri. Mereka laju, selaju kilat." kata lelaki tua itu, dia meletakkan kedua-dua tangannya di belakang anggota Pasukan Khas yang bergegas di belakangnya mendekati badan Stray yang terbunuh tadi.

"Ianya kerja Superhuman yang sama tuan, ada kesan terbakar, sama macam beberapa badan rasaksa yang kita ada." Seorang anggota Pasukan Khas menunjukkan kesan terbakar di luka belah yang berada di badan Stray itu.

"Bukan itu saja, kesan bakar kilat yang kecil pun ada, lihat tu." tegur lelaki tua itu.

"Ah…ya."

"Tuan Syafiq, ada beberapa penampakan rasaksa lain." Anggota yang lain menunjukkan pula skrin tablet ke arah Syafiq, dia memerhati tablet itu. Kelihatan kamera-kamera tersorok mereka menangkap rakaman beberapa ekor Stray namun mereka juga mendapat penampakan Nasuha yang sedang terbang membawa Khairul dan Khalid namun mereka terus hilang selepas ditolak kilat unggu yang pantas.

"Hantar Unit Hound 3 dan 4 ke sini. Unit Hound 2, ambil badan rasaksa ni dan bawanya ke pangkalan. Unit Hound 1, ikut aku, kita teruskan rondaan kita." arah Syafiq.

"Baik, tuan!" balas semua ahli pasukan khas, Syafiq berjalan ke arah kereta kebalnya diikuti ahli pasukannya yang bersenjata dengan senapang automatik.

***

"Kau pasti?" soal seorang lelaki sedang dia membawa beberapa kotak memasuki bonet belakang keretanya.

"Lelaki Bertopeng tu katanya dah mati. Penghantaran kita takkan kena kacaulah. Bukannya ada polis jugak pun sekarang, cepat jelah gerak." balas rakannya sambil memasuki kereta, lelaki tadi mengeluh dan menutup bonet keretanya.

"Penghantaran, huh?" Mikael memandang mereka dengan wajah curiga, dia sedang memerhati mereka bersama dengan Chyou, mereka tidak kelihatan hasil kuasa Invinsibility. Kedua-dua lelaki tadi memasuki kereta mereka,Chyou terus membawa dia dan Mikael teleport ditepi Mei yang berada di atas bumbung.

"Mereka nak bergerak ke markas mereka, itu saja yang aku dapat baca dari minda mereka, kena ada yang ikut mereka." kata Mei kepada mereka berdua.

"Aku ikut diorang. Jangan risau, aku akan okay. Berkumpul balik dekat bangunan tadi dalam masa lagi sejam betul tak?" balas Mikael.

"Baiklah, kami cari markas yang lagi satu." Mei mengangguk faham. Mikael terus melompat dari bangunan di mana mereka berada dan menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan cecair hitam dan mengayun ke bangunan lain, dia mengekori kereta dua lelaki tadi.

Pada masa yang sama…

Seorang lelaki mengetuk pintu rumah apartment, pintu perlahan terbuka dan seorang lagi lelaki memandangnya dan mengangguk, dia keluar dari rumah sambil membawa beg sandang. Mereka berdua berjalan pergi pula ke rumah yang berbeza dan mengetuk pintu beberapa kali.

Seorang wanita yang memakai topeng muka membuka pintu, dia keluar dari rumahnya dengan beg bagasi. Kedua-dua lelaki yang datang ke rumahnya itu terus kelihatan mual dan seorang hampir termuntah, dia segera menutup baunya.

"Ah…bau dia."

"Aku dah cuba terbaik untuk sorokkan baunya…Buat tak tahu jelah, cepat!" Mereka bertiga bergegas pergi, di ruang ventilasi yang terletak di siling, Ali memerhati mereka menggunakan kuasanya yang membuatkan dia dapat melihat mereka melalui dinding.

Matanya yang mengeluarkan cahaya biru dapat melihat mereka seperti melalui aura, Ali menghidu tenaga udara beberapa kali.

"Bau macam mayat…Badan Stray, huh." kata Ali, dia merangkak keluar pula dari ruang ventilasi itu dan berdiri di bumbung bangunan apartment. Kelihatan ketiga-tiga orang tadi memasuki sebuah van hitam, Ali mengumpulkan tenaga di kakinya dan dia melompat mengejar mereka dari belakang.

Kerja haram korang akan berakhir, White Tigers.

Kali ni aku pastikan, korang tak terlepas!