webnovel

Spreader Of Joy

Ia dikisahkan dalam sebuah kehidupan yang penuh dugaan yang harus dihadapi oleh seorang gadis semuda Revi Brilliant. Dalam dunia fantasi yang dibawakan oleh penulis untuk memukau hati Dan minda para pembaca. selamat membaca

Nellafantasia5330 · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
16 Chs

chapter 7

" Revi, mari sini dekat dengan papa, nak." Panggil Papa yang ketika itu sedang memegang gitarnya.

Aku yang sememangnya manja dengan Papa terus mendekatinya lalu Papa mengucup ubun-ubun kepalaku. Jika masa boleh diputar semula aku ingin lewati ke masa itu. Meluangkan waktu bersama dengannya merupakan satu kenangan terindah dalam hidupku. Papa mengajar aku lebih banyak benda berbanding dengan Mama. Namun, cintakasihku terhadap mereka tidak berbeza, aku sayang keduanya.

"Biar Papa ajar Revi cara bermain gitar."

Dengan tersenyum aku menganggukkan kepala, "ermm.." jawabku.

Dan itulah lagu pertama yang Papa ajarkanku... Hanya lagu itu yang sempat ditunjukkannya kepadaku. Sebuah lagu yang indah... malangnya, aku tidak tahu apa tajuk lagu tersebut.

"Satu hari nanti apabila awak mainkan lagu ini, semua orang akan mengenali awak!"

Seperti tersedar dari mimpi aku membuka mataku seluas-luasnya. Aku baru sahaja mendapat satu petunjuk dan Papa benar-benar hadir dalam mimpiku. Papa... adakah ia benar Papa? Tolong Revi, Pa.. Revi tidak kuat menghadapi semua ini.

"Brielle Avriella!!" Panggil satu suara mengejutkan aku kembali ke dunia nyata.

Pada saat ini, berdiri seorang pensyarah dihadapan mejaku sambil bercekak pinggang dan pandangan matanya merenungku, tajam. Alamak aku masih berada dalam kelas lagi rupanya? Macam mana aku boleh terlelap sehingga termimpikan Papa pula? Matilah aku kali ini...

"Semua orang dah siap tugasan masing-masing... awak punya masih kertas kosong lagi! Apa nak jadi dengan awak ni? Cepat selesaikan kalau tak awak tak boleh keluar dari dewan kuliah!"

Mendengarkan itu aku segera menyiapkan soalan satu persatu. Oh Tuhan, jiwaku begitu terganggu sekarang. Sudahlah selepas ini aku ada kelas muzik yang perlu dihadiri. Dan pensyarah itu adalah Madam Raverra... yang merupakan antara pensyarah yang paling garang dalam senaraiku. Oh, dugaan betullah!

Lewat... aku telah lewat. Habislah nyawa Revi Brilliant pada kali ini. Dengan derap langkah yang pantas aku menuju ke bilik muzik. Berdoa dalam hati agar Madam Raverra tidak terlalu memarahiku. Tapi, dia begitu garang... boleh ke dia mengawal amarahnya itu? Dengan perlahan aku menguak pintu bilik muzik tersebut sambil mengintai sedikit dari celah lubang. Tidak ada sesiapapun yang boleh ku lihat, kosong.

"Dah tau lambat tu masuk ajelah! Tak perlu nak intai-intai macam seorang pencuri pula." Kata seseorang dari arah belakangku.

Oh, mak kau!! Adui.. boleh mati terkejut aku di sini. Bermatian aku mengintai seseorang di dalam tapi tak sangka ada yang menyergahku dari belakang. Manalah aku tak terkejut jadinya? Siapa orang itu?

"Tepi... jangan nak halang laluan saya pula."

Orang ini... lebih garang daripada Madam Raverra. Alamak, pada saat dia melintasi dihadapanku untuk masuk ke dalam bilik muzik. Bukankah dia orang yang mabuk pada malam itu? Buat apa dia ada kat sini pula? Hayley Bright... menurut Prudens aku kena jauhkan diri daripadanya. Tapi, dia buat apa kat sini? Sekali lagi... adakah pilihan lain buat diriku ini?

"Masuklah... wahai si lembab!"

Tajamnya ayat itu... sungguh ringan saja mulutnya menggelarkan aku seperti itu. Si lembab? Tanpa berfikir banyak aku terus masuk ke.dalam bilik muzik seperti yang diarahkan. Dan dia, Hayley Bright sedang duduk di atas kerusi sambil menyilang tangannya ke dada. Gayanya itu kelihatan seakan-akan seorang artis. Sudahlah penampilan dirinya dengan berbaju panjang lengan dan seluar jeans paras lutut. Kacak vs Cantik.

"Siapa nama awak, si lembab?"

Walaupun berada dalam tak berpuas hati aku tetap menjawab juga...

"Brielle Avriella."

"Cantik pula nama si Lembab kita ni... awak kenal siapa saya?"

Seperti biasa... cepat saja aku menjawabnya dengan gelengan kepala. Berkerut dahinya apabila melihat perangaiku memberikan jawapan.

"Tak ada adab langsung! Beginikah cara ibu bapa awak mendidik awak? Jawab gunakan mulut bukan isyarat kepala!"

Terlopong aku ditempat ku berdiri... dia ni baru membangkitkan cara ajaran ibubapaku. Aku hanya terdiam... Hayley Bright memang bukan sembarangan orang. Seseorang yang mengalahkan kegarangan Madam Raverra. Aku sudah terjumpa dengan pesaingnya.

"Dalam beberapa waktu ni, dah dua kesalahan yang awak langgar. Pertama, datang tak tepat pada waktunya. Kedua, bersikap kurang ajar dengan professor."

Apa? Professor? Dia ni merupakan seorang professor rupanya? Patutlah garang semacam aje...

"Saya tak tau kenapa Raverra pilih anak murid yang begini dungu? Tak semangat saya nak ajar si lembab ni! Awak didenda bersihkan tempat ini selama sebulan! Okey... kelas bersurai."

Dengan begitu sahaja kata-katanya lalu melangkah keluar dari bilik muzik. Adakah benar dengan apa yang dikatakan olehnya itu? Aku dikenakan hukuman selama sebulan? Selama itu aku kena bersihkan keseluruhan bilik ini? Hayley Bright... aku padam semua yang baik tentang dirimu.

Arrgghhh...!! Penat betul aku rasa... membersihkan ruangan bilik muzik yang begitu luas dengan bersendirian. Terasa lenguh seluruh bahagian badanku... ini baru beberapa hari, bagaimana pula untuk sebulan? Pasti badanku akan berotot selepas ini. Disebabkan terlalu penat, aku terlelap dengan beberapa minit sahaja. Kadang kala tidur itu adalah sesuatu yang menyeronokkan sebab aku boleh melupakan kesakitan, masalah, tekanan dan segalanya untuk sementara waktu. Apabila kita sudah bangun, kita kembali menjalankan kehidupan asal.

"Awak sudah berada di tempat ini terlalu lama. Sudah tiba masanya awak kena bangkit, segala kepayahan awak selama ini bagi mencari jawapan kehidupan sendiri. Percayalah... ada keajaiban di atas nama awak itu."

Adakah semua ini akan indah pada waktunya? Tidak lebih yang aku minta cuma cukup dengan ketenangan yang kuperlukan dalam kekeliruanku, kegembiraan dalam kesedihanku dan harapan di dalam hatiku. Besar sangat ke yang aku pinta itu? Kerana... tidak ada sesiapa yang mengetahui betapa banyak aku menangis pada waktu itu. Pada saat aku ditinggalkan bersendirian di muka bumi ini. Menjalani kehidupan sebagai seorang anak yatim piatu. Tanpa ada sesiapa yang memahami apa yang kuperlukan... hanya kerana kehidupanku berlainan dengan orang lain itu tidak bermakna aku tidak layak untuk memiliki sebuah kebahagian. Kali ini aku baru tersedar akan kata-kata Nicky itu, aku kena berusaha lebih gigih lagi untuk mencari bakat dan apa yang kuperlukan selama ini. Tapi, bolehkah aku? Ruangan bilik muzik menjadi tumpuanku kini. Dalam tempoh sebulan aku kena bersihkan tempat ini, tempat yang seakan-akan terbiar dengan segala instrument yang tersedia namun hanya dibaluti menggunakan kain berwarna putih. Ia kelihatan telah ditinggalkan dengan begitu sahaja. Terimbau pada waktu pertama kali aku memasuki ruangan ini... di mana ia bersepah dengan kertas gubahan lirik lagu dan dipenuhi habuk yang tebal.

"Fight Song." Kataku lemah.

Memang sangat hebat si penggubah lagu sebab mampu menulis sebuah lagu yang indah. Walaupun aku belum mendengar lagu itu secara realiti namun ia mengundang satu perasaan yang mengagumkan diriku.

"Dah selesai kerja ke, si lembab?" Sergah satu suara memecahkan lamunanku.

Terperanjat betul aku dengan sergahannya itu. Hayley Bright berdiri dihadapanku dengan renungan mautnya... memang sangat garang dia ni.

"Hampir siap, madam." Jawabku lalu menyambung kerjaku yang tergendala sebentar tadi.

Hayley mengatur langkah menghampiriku...

"Bermimpi pula si lembab ni, bila masa saya jadi madam awak ni? Hah, ada ke saya terima awak sebagai anak murid saya?"

Terdiam seribu bahasa terus aku jadinya... terdetik dihatiku saat ini, kenapa aku bersusah payah melakukan ini semua jika aku bukan anak muridnya? Menjalankan satu tugasan yang hanya membuang masaku. Tempat ini... kenapa? Aku merasakan seperti selalu dipermainkan sahaja?

"Awak boleh balik sekarang.. mulai esok jangan datang kesini lagi." Sambungnya lantas mengorak seribu langkah meninggalkan aku.

Huhhh.... kakiku tidak kuat untuk berdiri, dengan lemah aku terjatuh ke atas lantai. Memang aku sangat lemah! Berkaca-kaca pandangan mataku dan air mata gugur bercucuran satu persatu... menitik di atas lantai. Sekali lagi suara tangisanku terpendam di dalam dada. Batinku begitu merana. Aku cumalah seorang budak perempuan yang tersepit di antara dunia yang tidak memerlukanku. Kenapa dunia memperlihatkanku seperti ini?

Dalam bilik asrama aku hanya terbaring diam. Sudah beberapa hari aku berkelakuan sebegini sebaik sahaja balik dari dewan kuliah. Air mata juga sudah kering... badanku yang dibalut dengan selimut sambil mataku tidak lepas daripada memandang ke arah gitar pemberian Nicky itu. Aku meletakannya di satu sudut dalam bilik asramaku. Bagaimana ia boleh diketahui oleh Nicky? Gitar... erm, baiklah. Dengan langkah yang malas aku cuba mengambil gitar tersebut. Sejak ia ada, aku belum pernah memainkannya. Disebabkan terlalu penat mengharungi hari-hariku... sampai sahaja di bilik aku terus terlentang di atas katil. Kenangan lama menyinggah kembali, aku masih ingat lagi akan kata-kata papa kepadaku suatu ketika dahulu. Sebelum memulakan sesebuah lagu, urapilah alatan muzik dengan belaian tangan kita. Agar jiwa kita dapat bersatu dengannya, dan sekaligus dapat mendendangkan sebuah lagu yang menusuk ke dalam jiwa orang yang mendengarnya. Aku belum pernah mempraktikkan akan kebenaran kata-kata papa itu. Sejauh mana kesahihannya juga aku tidak tahu. Namun, satu perkara yang sangat pasti... papaku berjaya mendendangkan banyak lagu menarik. Aku pasti lebih banyak orang yang mengaguminya diluar sana. Selepas itu, aku mendekatkan gitar kepada dadaku sambil aku memeluknya dengan mata yang terpejam. Revi bertuah mempunyai seorang bapa seperti papa... spirit, lead me. Aku memainkan lagu pertama yang papa ajarkanku.. walaupun hanya sikit saja yang dapat kuingati tapi hati ini berasa sangat puas kerana secara tiba-tiba aku merasakan kehadiran papa disisiku sewaktu aku memainkan lagu tersebut. Akhirnya, aku mendapat sedikit ketenangan dalam kesedihanku sebentar tadi. Dan, kini barulah ku percaya bahawa kata-kata papa itu memang adalah benar pada dasarnya.

"Terima kasih, papa..." tuturku dengan perlahan.