Petang itu..
"Jomlah Mirul..Kata janji nak pergi pantai..Ayo..". Zara sudah bersiap sedia untuk pergi pantai.
"Kau nak mandi pantai? Serious ah? Cam budak-budak lah kau ni..".Amirul tergelak.
"Eh biarlah...Atleast aku ni tak tua macam kau..Terlebih caring pulak badan kau tu".Kata Zara.
"Hmm.. Aku nak main pasir jelah".
"Eeee...Macam budak-budak lah kau ni". Perli Zara.
"Wuuu... Korang ni sejak dah rapat, selalu lupakan orang lebih tua ann!".Kata Kak Aa.
"Tulah pasal!". Kak Yana tidak puas hati.
"Kalau nak dating pun ajaklah kitaorang!". Akim mencekak pinggang.
"Dasar remaja lupakan remaja lah korang ni!". Hafiz mencelah.
DASAR REMAJA LUPAKAN REMAJA?
KRIK KRIK GAISS🦗..
"Jom ahh!".Zara terus menarik tangan Kak Aa dan Kak Yana.
"Lelaki jalan depan... Perempuan duk belakang". Arah Kak Aa.
"Asal lak?".Tanya Hafiz.
"Adalah...".Zara tergelak kecil.
"Ish dah cepat-cepat..".Amirul menolak Hafiz dan Akim kedepan.
_________________
Perjalanan ke pantai..
"Jom beli air dengan makanan ringan.. Aku dah bawa tikar". Kata Kak Yana.
"Okay..Budak lelaki pergi beli air..Perempuan beli makanan ringan au". Kata Kak Aa.
"Aku air Coke, Yana air Sprite..Zara?".Tanya Kak Aa.
"Zara ?".Akim memetik jari dihadapan Zara.
"Ah... Apa tadi? Air eh? Nak 100 plus..".Kata Zara.
"Kau okay tak ni?".Tanya Amirul.
"Taklah.. Aku rasa cam geng lelaki tu asyik pandang kita je... Tak selesa lah".Zara menunjuk kearah remaja lelaki and the geng memandang mereka.
"Ya tak ya jugak an? Lagipun kedai makanan tu dekat dengan diorang tu...Takut apa-apa jadi kat korang kang..Takpelah.. Korang beli air, kitaorang beli makanan...".Kata Akim.
Mereka bertiga pun pergi. Kak Aa, Kak Yana dan Zara hanya mengangguk. Setelah melihat Hafiz, Amirul dan Akim masuk ke kedai minuman itu, remaja lelaki itu bangun dan datang kearah Kak Aa, Kak Yana dan Zara. Kak Yana terus menarik mereka berdua masuk ke kedai makanan itu dengan pantas.
"Fuh... Diorang tak nampak kita dah..Cepat beli apa yang patut..Aku tengok kalau diorang ada lagi ke tak...". Kata Kak Yana.
"Ok.. Kitorang beli secepat yang mungkin".Kata Zara dan Kak Aa.
"Dah?".Tanya Kak Yana.
"Dah...Kita pergi dekat Akim ah".Kata Zara.
Nampaknya Akim, Hafiz dan Amirul baru selesai membeli minuman.
"Hai adik...".Seorang lelaki menarik tangan Kak Yana.
"Eh..Yana!". Jerit Akim.
"Wei..Tarik budak tu cepat!".Seorang lelaki itu menyuruh kawannya untuk menarik Zara. Ada lima orang remaja lawan tiga.. Semasa tangan Kak Yana ditarik..Akim terus berlari kearah mereka bertiga, begitu juga dengan Hafiz dan Amirul.
"Ish janganlahhh!".Zara memberontak.
"Woi! Lepaskan diaaa!!". Marah Akim.
"Dia bukan lagi kau punya..Tapi di'taken' oleh aku". Lelaki itu ingin memeluk Kak Yana tetapi Zara cepat-cepat tendang 'tengah' remaja lelaki yang ingin memeluk Kak Yana itu.
"Kau jangan berani peluk dia!!".Lepas Zara menendang 'tengah' lelaki itu..Zara menghantukkan kepalanya dengan lelaki yang memegang Zara.
Kak Yana melepaskan diri, Kak Aa terlepas dari pegangan lelaki yang tak bermaruah tu. Mereka (remaja tersebut) cabut lari lah apa lagii!
"Huh....Huh....".Zara kepenatan.
"Yana, Zara..Ok tak??".Tanya Kak Aa yang sedang menggosok tangannya kesakitan.
"Okay...".Kata Zara dan Kak Yana.
"Iiish... Korang ni duduk diam je?!! Kitorang yang jadi macam ni korang dan lari jee?!!".Marah Kak Yana.
Akim, Amirul dan Hafiz hanya diam je.
Kak Yana, Kak Aa dan Zara meninggalkan mereka bertiga yang diam kaku macam patung.
"Bukan taknak tolong..Tapi terkejut sebab perempuan ni dapat lepaskan diri macam tu?". Kata Akim kepada Amirul dan Hafiz.
"Yang 'tengah' tu power lah aku tengok..".Kata Hafiz.. PAP! Kepala Hafiz ditepuk oleh Amirul.
"Kau nak kena ke? Dahlah.. Jom.. Budak perempuan bertiga tu dah merajuk..".Kata Amirul.
"Hehehe... My baby dah merajuk...".Kata Akim.
Hafiz dan Amirul menggelengkan kepala tetapi dalam hati mereka memang BETUL.