webnovel

Res

[cerita super pendek] terlampau banyak persoalan dan misteri yang belum terungkap. _____ author words: what do you think? memang jelas masih banyak kekurangan lagi, jadi saya memerlukan pendapat dan pengajaran daripada para penulis dan pembaca. komen anda sangat diperlukan (dan perhatikan) terima kasih baca

NAFaS · Thành thị
Không đủ số lượng người đọc
1 Chs

1

"ish, huh, huh". Seorang budak kecil perempuan yang terdapat tag nama 'Res' di dada kirinya sedang melompat-lompat mencapai belon yang tersangkut pada dahan pokok yang tingginya lebih kurang tiga meter di suatu taman permainan.

"belon adik ke?". Seorang lelaki mendekati dan menyapa budak perempuan itu.

budak perempuan itu menoleh ke belakang dan menganggukkan kepalanya dua kali. Kemudian lelaki itu pun memanjat pokok itu dan mencapai belon yang tersangkut itu.

"sini tangan" lelaki itu menghulurkan tangan kirinya kepada budak perempuan itu sedang tangan kanan pula memegang belon yang diambilnya tadi.

budak perempuan itu menghulurkan tangan kanannya dan memegang tangan kiri lelaki itu.

"jaga betul-betul tau". Lelaki itu mengikat tali belon pada tangan budak perempuan itu.

"adik sorang-sorang je ke?, mana mak dengan ayah?" kata lelaki itu lagi.

budak perempuan itu tidak menjawab pertanyaan itu, dia hanya melihat sahaja lelaki itu.

"takpa lah, biar abang temankan sampai mak adik datang, boleh?". Lelaki itu memberi senyuman kepada budak perempuan itu.

budak perempuan itu menganggukkan kepalanya lagi.

"penatlah diri lama-lama, jom duduk situ"lelaki itu memegang tangan kiri perempuan itu dan memimpinya berjalan ke arah bangku di taman itu.

Sampai di depan bangku, kerana ketinggian yang susah untuk dicapai, lelaki itu mengangkat budak perempuan itu dan mendudukkanya di bangku itu.

"nama adik sapa?"tanya lelaki itu selepas duduk di sebelah kiri budak perempuan itu.

Budak perempuan itu terus menutup tag nama pada dada kirinya dengan tangan kiri selepas lelaki itu menanyakan namanya.

"...sa....Sara"

"oooh, Sara, umur Sara berapa"

Sara membuat reaksi terkejut, tetapi lantas dia menukar semula reaksi wajahnya.

"lapan tahun"

"ooooh"lelaki itu bercakap sambil melihat sekelilingnya.

"dulu masa abang kecik-kecik selalu main dekat sini, ada ramai orang...."

"...tapi sekarang dah tak ada, sejak...mereka muncul"lelaki itu tiba-tiba menukar reaksi wajahnya seperti sedang marah.

Sara membuka sedikit mulutnya tanpa sedar apabila melihat wajah lelaki itu.

"he he, ha! tu ke"lelaki itu melihat terdapat seorang lelaki yang memakai kaca mata yang gelisah sedang melihat kiri dan kanannya seperti sedang mencari sesuatu.

Sara menganggukkan kepalanya, tiba-tiba 'bip bip bip' jam yang dipakai Sara mengeluarkan bunyi.

"boleh turun tak"

Sara turun dari bangku itu dengan gaya tersendiri.

"bye"lelaki itu melambaikan tangannya kepada Sara.

Selepas itu, Sara berlari ke arah lelaki yang memakai kaca mata itu.

"kereta ada di sebelah sana, ikut saya"kata lelaki yang memakai kaca mata itu setelah Sara sampai di depannya.

Sara menoleh ke belakang melihat lelaki yang menolongnya tadi.

"cepat!"jerit lelaki yang berkaca mata itu kepada Sara yang mengendahkan kata-katanya.

---

"Ris, jom" Terdengar suara seorang lelaki memanggil.

lelaki yang duduk di bangku itu menoleh ke arah kirinya, kemudian dia bangun dan berlari ke arah lelaki yang memanggil namanya itu.

"lama betul, kau berak batu ke ape"ujar Ris kepada kawannya.

"otak kau, berlobang la bontot aku kalau macam tu"...

"hahahaha,...kau ni betul ke?"

"betul lah, bukan batu"...

"bukan tu, maksud aku, betul ke aku boleh masuk ni, aku tak dapat surat apa-apa pun"

"betul lah, aku dah cakap dengan mereka, dan mereka kata boleh"...

"MEREKA?"

"kenapa?"...

"aku tak pernah dengar kau guna perkataan MEREKA sebelum ni"

"haah la, hahaha"...

"hahaha"