webnovel

Epilog

Maka dengan itu Raja Aryan dan Permaisuri Luana membina legasi pemerintahan mereka dengan menggabungkan dua buah negeri iaitu Marlowe dan Vulcapela yang kemudiannya di berikan sebuah nama yang baru iaitu Slivalon Kingdom.

Bersama-sama dengan pemerintahan baru itu, Raja Aryan membubarkan parlimen dan menterinya dan melantik orang baru yang lebih berkemampuan serta berwibawa.

Kumpulan Menteri yang ingin menggulingkannya itu hilang kuasa dan pengaruh lalu berpecah ke serata tempat membina hidup baru, termasuk lah menteria Maliano dan anak perempuannya.

Setelah itu Raja issak dan Permaisuri Leona di berikan darjah kebesaran dan sebuah anugerah negeri di bawah pimpinannya sendiri di atas jasa baiknya yang selama ini banyak berkorban demi menjaga kelangsungan kerajaan Marlowe.

Beberapa tahun kemudian,

Slivalon Kingdom menyambut kehadiran putera mahkota mereka yang pertama apabila Raja Aryan dan Permaisuri Luana dikurniakan anak. Kelahiran putera mahkota itu telah membuatkan rezeki mula melimpah ruah ke kerajaan tersebut dan menjadikannya sebuah kerajaan yang maju dan membangun.

Pada tahun yang sama Putera Lukariah telahpun menghabiskan belajarnya dan melibatkan diri dalam dunia ketenteraan. Memimpin pasukan jentera perang untuk berperang dan menakluk negeri. Melebarkan lagi kuasa kerajaan ayahandanya.

Dari situ semua rakyat kedua-dua pemerintahan hidup aman dan Sentosa di atas kerjasama yang terjalin.

Permaisuri Aries mangkat setelah usia putera mahkota Raja Aryan cecah usia 2 tahun kemudiannya. Dan wanita itu pergi meninggalkan dunia ini disamping ahli keluarga dan cucu dengan tenang dan bahagia walaupun tidak dapat mengingati apa-apa lagi kecuali orang bernama Sophea di kepalanya.

Sejak itu la, semua seisi istana Vulcapela jalani hidup mereka dengan rahsia yang akan dibawa hingga ke lubang kubur masing-masing.

Rahsia siapakah Raja Aryan yang sebenarnya. Dan apa yang berlaku pada pasangan Raja Eros dan Permaisuri Aries.

~TAMAT~

Selesai la sudah cerita Princess Luana ini. Diharap everyBuddies yang membaca kisah ini berpuas hati dan gembira. Ya.. cerita ini tidak banyak drama dan action seperti buku-buku yang lain. Tinta sedia maklum mengenainya. Tinta fikir ingin buat lebih complicated, tetapi mengenangkan banyak cerita Tinta telah terisi dengan plot twist yang banyak dan konflik watak yang ramai. Hendak lainkan sikit plot cerita, tinta kurangkan konflik dan watak agar buku ini berbeza dari cerita yang sebelumnya.

Kalau ianya bosan atau tidak menarik seperti cerita yang sebelumnya, harap Buddies tidak kisah.

Apapun, Tinta ucapkan terima kasih kerana sudi membaca dan follow cerita ini sehingga la ke bab terakhir. Masa yang diberikan amat di hargai. I dunno what to say...sebab Buddies sendiri sedia maklum.

Keep reading.

Keep voting.

Tinta gonna keep writing.

Okay everyBuddies?

Have a good day. And keep smile no matter how much the problem that you have. Smilemake your day better and beautiful.

Love by,

Tinta

XOXO

TintaHitamTanpaAracreators' thoughts