webnovel

Bab : 9

🌻Pertemuan Kali Pertama🌻

🍃Your first love isn't always the first person you kiss, or the first person you date. Your first love is the person you will always compare everyone to.

The person that you will never truly get over, even when you'll convinced yourself you move on. 🍃

           "Senyum Luana."minta Permaisuri Leona kepada anak saudaranya yang sedang berdiri di depan dengan tangan bersilang di dada dan wajah masam mencuka. "Anakanda sudah cantik jelita seperti ini tetapi masam mencuka siapa yang akan suka?"soalnya sambil membetulkan bow tie di kolar baju Putera Lukariah sambil tu.

Luana terus senyum terpaksa, tetapi hanya seketika saja. Setelah itu dia buat muka tidak suka semula.

Raja Issak lirik akan penampilan Luana. Ingin pastikan anak saudaranya tidak mengenakan pakaian yang salah dan dalam keadaan formal.

           "Puteri Mahkota..kamu kenakan kasut sneaker di balik gaun kamu ke?"tanya dia yang sudah masak dengan sikap Luana yang tidak gemar mengenakan sebarang kasut bertumit tinggi.

           "Oh tidak...saya yang kenakan kasut tumit tinggi kepada puteri mahkota. Tuanku tidak perlu gusar.."beritahu Permaisuri Leon memberi kepastian.

Mata Putera Lukariah lirik akan Luana. Cuba menduga kakak saudaranya akan hilang kawalan atau masih kekal tenang. Takut pula dia sekiranya Luana hilang kawalan dan naik angin di majlis ini.

           "Nak saya tunjukkan ke?"soal Luana dengan nada jengkel. Dia angkat kain dress yang labuh menyapu lantai itu ke atas lalu tayang akan kakinya yang tersemat dengan high heel.

Bila Raja Issak tunduk memandang kaki itu dia beri anggukkan kepala berpuas hati.

             "Bagus. Kekalkannya di kaki kamu sepanjang malam ni."beritahunya dengan nada mendatar.

Luana menjuling mata menyampah dan gerak hendak palingkan kepala ke arah lain. Pada masa dia pandang ke arah lain, pada masa yang sama dia ternampak seorang lelaki berpakaian kerabat diraja dan mahkota raja di atas kepala sedang jalan berarak menuju ke arahnya. Terpana dia sekejap dibuat penampilan lelaki itu.

"Raja Aryan..."tidak semena Raja Issak muncul dari sebelah kanan Luana dan gerak menyambut akan lelaki yang di lihat Luana sebentar tadi.

Tersenyum indah Raja Aryan di mata Luana ketika lelaki itu menyambut Raja Issak lantas menarik lelaki itu ke dalam pelukan.

"Raja Issak...tuanku datang juga..beta nantikan kehadiran tuanku ke sini.."sapa Aryan dengan mesra kepada rakan lama mendiang ayahandanya. Mereka sudah lama berkenalan, malah ramai-ramai raja yang pernah dia temui, Raja Issak adalah kegemaran dia.

Elok fan girl mode yang terpasang pada Luana dia terus switch off lepas dengar nama Aryan di sebut oleh mulut pakciknya. So lelaki handsome depannya inila Raja Muda yang selalu pakcik dia banding-bandingkan dengan dia setiap kali dileteri. Raja Aryan ini la itu la...bagus la bertanggungjawab la yadaa-yadaa sementara dia asyik di kutuk itu kurang ini salah itu tidak elok ini memalukan..gosh!

Putera Lukariah berdiri di sisi Luana lalu menyinggul lengan kakak sepupunya.

          "Wei...itu la Raja Aryan yang aku beritahu kau tu...handsome tak?"soalnya semasa pandang ke tepi muka Luana.

Luana pandang Lukariah dengan renungan menyampahnya.

         "Ha-ha. Handsome sangat...sampai mata aku sakit melihatnya.." selorohnya dengan sinis.

            "Apa khabar permaisuri Leona?"sapa Raja Aryan yang memeluk kejap tubuh genit itu.

           "Baik...tuanku bagaimana?Apa khabar permaisuri Aries?"tanya Permaisuri Leona sambil itu.

              "Beta baik..bonda pun begitu.."  jawab Raja Aryan sebelum lepaskan pelukan.

Raja Issak kemudiannya berpaling, ingin mengenalkan Luana kepada Raja Aryan.

         "Luana"panggilnya.

Pada masa itu la Raja Aryan alihkan tumpuannya dari Permaisuri Leona setelah nama itu disebut.

Luana pandang ke tangan Raja Issak yang mengisyaratkan dia supaya mendekat. Lalu dia pandang sekeliling yang di penuhi dengan para tetamu dan juga kaum kerabat diraja dari negeri lain. Ramai-ramai orang kenapa dia juga yang di panggil.

          "Kau pergi sana Luke."arah Luana kepada Lukariah.

            "Eh..kenapa aku pulak?"soal Lukariah dengan kening berkerut. "Ayahanda panggil kau kan?"

"Puteri Luana...ke mari nak.."panggil Permaisuri Leona pula. Dia tidak mahu suaminya naik marah di sini semata hendak menangani anak saudaranya ini.

Bila Luana dengar suara lembut Permaisuri Leona, mahu tidak mahu dia terpaksa akur. Tidak memandang ke Raja Aryan, Luana mendekati Permaisuri Leona lalu berdiri di sisi wanita itu. Sementara Lukariah sertai Luana tidak lama kemudian.

           "Kenalkan...ini adalah Raja Aryan..."ujar Raja Issak kepada Luana. "Dan ini adalah Puteri Mahkota Marlowe, Luana Finley."ajunya kepada Raja Aryan pula.

Raja Aryan pandang Puteri Luana dengan senyuman mesra di bibir lalu aju tangan ingin berjabat.

        "Senang dapat berjumpa dengan tuan puteri.."sapa Raja Aryan.

Mata Luana turun memandang ke tangan itu sebelum kerling ke Raja Issak dan Permaisuri Leona silih ganti. Hati dia sudah mula merinding jengkel dan kepala otak dia sudah menjerit memberi arahan kepada dia untuk tidak membalas huluran itu. Tetapi renungan berharap yang terarah padanya oleh Permaisuri Leona buatkan dia terpaksa turunkan tangan yang bersilang di dada lalu menyambut tangan besar itu ke dalam tangannya.

           "Saya pun."balas Luana tidak ikhlas yang kemudiannya cepat-cepat tarik tangannya semula.

Raja Issak buat muka menahan sabar. Namun tidak beri sebarang komen mengenai reaksi Luana.

           "Dan ini adalah putera beta, Lukariah Feanes."dengan bangga dia tepuk belakang badan anak lelakinya.

        "Hai.."sapa Lukariah serta merta sewaktu hulur tangan kepada Aryan.

Raja Aryan tersenyum senang melihat sikap ceria Lukariah.

          "Hai.."dia balas huluran itu. "Kita berborak kemudian...lepas saya selesai dengan majlis pembukaan..saya datang temui tuanku semula.." katanya semasa lepaskan tangan Lukariah dan pandang ke Raja Issak.

           "Ya...sudah tentu...terima kasih untuk jemputannya."kata Raja Issak dengan nada cerianya.

Luana yang dengar sudah buat muka, bukan main lagi sikap pakciknya yang begitu bias terhadap dirinya.

Raja Aryan curi-curi lihat ke Puteri Luana sebelum berpaling dari situ meninggalkan keluarga Marlowe itu untuk ke depan pentas dewan ballroom itu.