webnovel

Bab : 7

🌻Salah Faham🌻

🍃Most people don't love you.

They just love what you can do for them!  Keep that in mind and stay focused. 🍃

Flashbacks

Pada usia 10 tahun

           "Kasihannya.."

           "Sudah la tidak beribu...ayahnya pula yang meninggal dunia..."

           "Agak-agak bagaimana la hidupnya nanti ya?"

           "Mujur la ada Raja Issak sudi menjaganya.."

           "Siapa yang bakal menjadi raja kita kelak?"

           "Mungkin Raja Issak"

            "Mungkin benar khabar angin dayang istana selalu katakan tu?"

             "Khabar angin apa?"

              "Alah..katanya Puteri Luana ini bawa malang...yalah..ibunya meninggal sewaktu melahirkan dia, kini giliran ayahnya pula."

Pada usia 16 tahun.

               "Hei.....jangan berkawan dengan dia...ibu saya kata dia seorang puteri yang membawa malang.."

               "Isy...betul ke?"

               "Yalah...sebab itu tiada siapa yang sudi berkawan dengan dia.."

             "Mereka takut kalau mereka terkena tempiasnya.."

             "Ihh..takutnya."

             "Patut la pelajar lelaki seorang pun tidak berani hendak dekat"

            "Hahah..puteri yang malang!"

Pada usia 18 tahun.

              "Apa tuanku katakan ni?Mereka batalkan pertunangan?Bukan ke mereka sudah bersetuju untuk mengahwini Luana selepas dia mencecah 19 tahun?"tanya Permaisuri Leona.

             "Mereka batalkannya.."jawab Raja Issak dengan sugul.

              "Kenapa?Apa kurangnya Puteri Luana?"

               "Mereka kata Puteri Luana bawa malang...mereka tidak mahu bawa anak gadis yang bila-bila masa boleh rosakkan kehidupan putera mereka suatu hari nanti"

End of flashbacks

Luana memejamkan mata sambil mengawal pernafasannya yang mula naik turun kerana terkenangkan semua memori yang selama ini menghantui dirinya. Sakitnya bila dia dengar semua tomahan demi tomahan ke atas dirinya.

Memangnya salah dia ke orang yang ada di sekeliling dia pergi tinggalkan dia?

Bukan dia yang beri mereka sakit tu.

Kalau boleh dia tidak minta untuk di lahirkan ke dunia ini!

Air mata akhirnya mengalir keluar dari mata yang terpejam itu lalu turun sepanjang pipi yang di bias cahaya matahari terbenam.

Luana kemudiannya bawa kedua-dua kaki rapat ke dada lalu wajahnya di sembunyikan dari balik lengan yang di letakkan atas lutut itu. Alasan kenapa dia reject semua calon yang cuba melamar dirinya adalah kerana dia tidak mahu dirinya di kecewakan lagi atau di perendahkan oleh sesiapa kerana khabar angin mengenai dirinya yang membawa malang.

Hanya bersikap kasar dan tunjuk kuat saja la yang boleh gagahkan diri dia yang rapuh ini. Dia tidak mahu orang pandang dia seorang puteri yang lemah atau cengeng berdasarkan status yatim piatu yang di pegang. Kalau boleh dia tak nak pun gelaran tuan puteri atau berada di kedudukan ini.

Bunyi kuda berdekit kedengaran dari arah belakang lalu diikuti dengan derap tapak kaki kuda berlari.

Luana berada di dalam sebuah hutan berdekatan dengan tebing bukit, dia duduk menghadap pemandangan matahari terbenam duduk sendirian mencari ketenangan selepas dia curi kuda dari bangsal istana dan berkuda sepanjang hari ini. Tidak makan tidak apa. Hanya duduk di situ sendirian.

"Tuanku.."sapa pengawal keselamatan yang tiba di situ selepas rondaan seharian mereka di kawasan hutan diraja tersebut. Seorang dari mereka turun dari kuda lantas jalan dekati gadis yang duduk di tebing berbahaya bukit itu.

Luana tidak bergerak. Dia masih dengan kedudukan kepala tunduk dan kaki tegak rapat di dada. Menangis tanpa suara menyuarakan perasaan yang terkubur di dadanya selama ini yang tiada siapa boleh mendengarnya kecuali dirinya sendiri.

             "Apa yang tuanku buat sendirian di sini?Puas kami cari tuanku.."pengawal istana itu berlutut sebelah kaki di sebelah Luana.

Luana mengangkat kepalanya lalu palingkan muka menghadap pengawal itu. Tidak peduli keadaannya yang sedang menangis ketika itu.

             "Berhambus...biarkan saya sendirian di sini.."arahnya dengan suara serak menangis.

Kening pengawal itu serta merta berkerut. Dia lepaskan hela nafas panjang kesal setelah menyedari puteri mahkota mereka ini sedang bersedih rupanya.

            "Adakah tuanku duduk di sini sepanjang hari?"soalnya ingin tahu.

           "Pergi la...tak faham ke.."kata Luana yang semasa mula menangis semula. Dia pantang bila dirinya di tegur sewaktu sedang bersedih. Kalau di tegur dia akan menjadi semakin bersedih.

Pengawal itu berdiri. Dia akur. Sekiranya Puteri Luana perlukan ruang untuk bersendirian dia akan berikannya. Lantas pengawal itu gerak mendekati pasukan berkudanya yang sedang berkumpul di belakang.

Lantas Luana kembali jatuhkan kepalanya semula ke lengan yang berada di atas lutut dan menangis.

Sementara pengawal istana yang berada di belakang hanya tunggu di situ memerhati Luana dari belakang. Mendengar suara esakan halus yang keluar dari tanggisan puteri mahkota mereka.