webnovel

Bab : 6

🌻Raja Aryan Eros.🌻

Aryan menyanyi kecil. Dia pusing-pusingkan pen yang berada di antara celah jari sambil memandang helaian kertas yang berada di meja kerja. Wajahnya tampak riang. Mungkin kerana sedar bahawa esok adalah hari lahirnya. Kebanyakan orang, kalua sambut hari lahir mereka tidak akan berasa gembira kerana ianya sudah masuk ke usia tua. Bagi dia umur 25 tahun bukan la suatu perkara yang buruk untuk diraikan. Lagi-lagi dengan statusnya sebagai seorang raja.

              "Senang hati tuanku?"tegur Rys kepada Aryan sewaktu menyerahkan fail yang perlu di tandatangan.

Aryan tarik sengih meleret sewaktu pegang fail itu lalu di baca tajuk Utama surat rasmi itu sebelum memberi tandatangan di situ.

            "Kenapa?Salah ke kalau beta tersenyum?"soalnya sambil itu.

             Rys hanya tersenyum nipis. "Tidak tuanku."

Seusai saja dia tandatangan fail itu di serahkan semula kepada Rys. Pen di tangannya di tutup.

            "Bagaimana dengan perutusan jemputan yang beta minta kamu uruskan itu?"soal Aryan. Dia sandar kebelakang. Berehat sekejap selepas seharian menghadap paper work dan dokumen penting kerajaan.

              Rys memberi anggukan patuh. "Ianya telah diedarkan mengikut senarai tetamu tuanku kehendaki."

Aryan mengangguk kepala berpuas hati. Lalu dia ternampak akan scroll emas yang tergeletak di antara timbunan fail dan kertas di situ. Hairan melihat akan objek itu, dia duduk tegak lantas mencapai skrol tersebut. Kenapa dia tidak pernah lihat benda ni?

            "Apa ini?"tanya Aryan setelah dia buka tali yang mengikat skrol itu.

            Mata Rys mengerling ke skrol itu sewaktu ia mula di buka oleh Aryan.. "Oh itu...tuanku tidak lihat lagi?"tanya dia pula. Rasanya sudah dekat sebulan dia berikan skrol itu kepada Aryan.

           "Baru hari ni beta melihatnya...kalau tidak mananya beta bertanya pada kamu.."beritahu Aryan sebelum membaca butiran yang terdapat pada skrol tersebut

Rys berkerut kening sedikit. Mungkin Aryan tidak perasan kerana sibuk menguruskan hal kerja hingga terlepas pandang akan skrol itu.

             "Ianya adalah permintaan lamaran buat anak saudara Raja Issak. Puteri Mahkota dari Kerjaan Marmelow."beritahunya.

Aryan yang baca akan butiran di dalam skrol itu berdengus kecil.

            "Puteri Luana?Dia sudah masuk 19 tahun. Beta ingat dia berusia 17 tahun...tidak sangka cepat sungguh masa berlalu.."katanya sambil menggulung semula skrol itu.

Rys perhatikan Aryan dengan perasaan lega. Mujur la Aryan tidak terkutik untuk jadi salah seorang dari calon suami Puteri Luana. Sekiranya tidak pasti Aryan akan di susahkan seperti calon-calon yang sebelum ini. Buat malu pun ada. Sebaiknya rajanya ini tidak susahkan diri untuk melamar Puteri Luana sampai bila-bila.

              "Sudah ada yang menerima lamaran ini?"Aryan pandang Rys setelah itu.

              "Tiada tuanku...ramainya semua lari sebelum sempat berkenalan dengan Puteri Luana.." jawab Rys dengan senyuman kekoknya.

Tidak semena Ayran ketawa. Dia boleh agak. Bukannya dia tidak tahu akan kisah Puteri Luana. Puteri Mischievious yang paling susah hendak di urus mahupun berurusan dengan. Ramai-ramai puteri yang dia kenal, Luana adalah seorang puteri paling degil dan keras kepala. Raja Issak sering mengadu akan hal itu kepadanya setiap kali mereka berutusan atau bertemu membincangkan hal negeri. Walaupun dia tidak menemui Puteri Luana atau lihat gadis itu berdepan, dia sendiai boleh tahu apa yang puteri itu akan lakukan.

            "Kenapa?Puteri Luana buli setiap calon yang hadir atau dia larikan diri?"soal Aryan sebelum tarik sengih meleretnya.

Rys pandang terkejut ke Aryan.

              "Tuanku tahu.."

             "Hahaha...so betul la?"Aryan menggeleng kepala tidak percaya. "Beta teka saja...tidak tahu pula ianya betul.."tiga tahun lepas sewaktu dia baru di lantik menjadi raja, dia pernah buat perkara sama semasa hendak di jodohkan. Dia tidak bersedia lagi hendak berkahwin hanya cara itu saja yang dia boleh lakukan. Mujur la ayahanda dan bondanya tidak naik angin.

               "Nampaknya begitu la.."Rys mengangguk kepala.

                Lantas Aryan tutup fail di depannya dan bangun dari situ. "Okay times up."waktu bekerjanya telah tamat. "Dimana bonda saya berada?" tanya dia sambil capai kot dari kerusinya lalu di sarung ke badan. Masa untuk temui pengarang hatinya.

                "Tuanku ratu berada di istana Orkid Biru"jawab Rys.

Lepas Aryan dengar akan nama istana itu, senyuman di bibirnya jatuh. Nampaknya bonda dia teringat akan mendiang ayahandanya.

               "Berapa lama bonda berada di situ?"soalnya semasa jalan keluar dari belakang meja untuk ke arah pintu. Biasanya kalau bondanya ke Istana Orkid Biru, pasti bondanya sedang bersedih.

                "Saya tidak pasti tuanku.."

                "Tidak mengapa. Kamu boleh berehat. Beta temui bonda kalau begitu. Sekiranya ada urusan penting, baru datang ke situ.."pesan Aryan apabila dia tarik pintu bilik itu dan melangkah keluar kemudiannya.

                "Baik tuanku."tunduk Rys menghantar keberangkatan lelaki tersebut. Dia pandang akan belakang kepala itu dengan perasaan sedih dan bangga. Sedih sebab muda-muda lagi Aryan kena galas tanggungjawab dan jaga ibu yang sakit. Bangga sebab walaupun muda, Aryan berkelakuan lebih matang dari lelaki lain yang seusia dengan Aryan. Yang mana buatkan dia bangga dapat berada di bawa pimpinan Aryan. Dia harapkan suatu hari nanti, Aryan akan menemui pasangan yang boleh bantu Aryan jalani hidup dengan lebih baik dan jadiakn Aryan seorang ketua yang berwibawa.