Bunyi detak tumit kasut menghuni koridor sunyi dan kelam istana Orkid Biru. Pengawal yang berdiri di depan pintu bilik masing-masing palingkan kepala ke hujung koridor yang gelap tidak bercahaya kecuali tempat mereka sedang berdiri.
Buat seketika mereka hanya diam di situ tidak bergerak kerana ingin tahu siapakah orang yang datang menghampiri bilik istirahat Permaisuri Aries mereka ini. Dan apabila pelawat itu semakin hampir dengan cahaya obor di tepi dinding, baru la mereka nampak akan wanita bersanggul kemas dan mengenakan dress diraja mewah munculkan diri depan mereka.
"Selamat siang tuanku"tunduk ,mereka kepada Permaisuri Luana yang berada di situ.
Luana pandang ke pintu yang tertutup rapat itu sebelum memandang mereka. "Permaisuri Aries sedang buat apa?"tanya dia semasa menghampiri pintu tersebut.
"Baginda baru saja makan tengah hari"beritahu mereka.
"Beta ingin menemui baginda kalau begitu.."beritahu Luana dengan nada perlahan. Pandangan matanya termenung memandang tombol pintu tersebut.
"Baik tuanku...."angguk mereka dengan patuh lantas buka pintu tersebut dengan senyap untuk Luana masuk.
Bersama langkah yang berat, Luana masuk ke dalam kuakan pintu dan tiba di ruangan itu. Matanya terus terarah pada wanita yang duduk di kerusi goyang berhadapan dengan perapian dimana dua orang dayang sedang berdiri tunggu sama di situ.
"Tinggalkan kami.."arah Luana kepada dayang di situ semasa dekati ibu mentuanya Bersama langkah yang senyap.
"Tuanku pasti?"tanya dayang itu yang agak was-was meninggalkan permaisuri mereka.
Luana mengangguk kepala. "Jangan risau...beta takkan apa-apakan permaisuri"beritahunya setelah berdiri di tepi kerusi itu dan tunduk memandang wajah tidak bermaya Aries.
"Baik tuanku.."tunduk mereka sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
Sesaat selepas dua orang dayang itu pergi, Luana dengan berhati-hati ambil tempat di tepi kaki Aries dan bersimpuh di situ. Duduk saja dia, kepalanya di letakkan atas lutut Aries dan termenung memandang api di perapian.
Aries yang diam tidak memberi sebarang respon itu sikit pun tidak terganggu dengan kehadiran Luana. kerana dia tidak tahu hendak bercakap apa lagi, atau memikir sebarang soalan dengan otaknya yang lemah ini.. Maka dia hanya termenung di situ.
"Permaisuri Aries...masihkah tuanku ingat pada wanita bernama Sophea Ingrid?"tanya Luana tanpa memandang.
Aries diam membisu. Dia dengar soalan itu, tetapi dia tidak dapat nak proses apa-apa. Mulutnya pula berat mahu di buka.
"Kalau tuanku ingat...saya hendak beritahu.Sophea Ingrid adalah sahabat baik tuanku di suatu masa yang dahulu."cerita Luana sambil termenung. Kepala masih berada di atas lutut Aries. Matanya mula berkaca.
Mata Aries berkedip, dia gerakkan matanya ke kepala Luana yang berada di atas lututnya ketika itu. Untuk seketika dia tidak dapat hendak berfikir apa, tetapi ada sesuatu yang terlintas di fikirannya memberitahu dia supaya pegang kepala ini. Jadi dia angkat tangannya dan hinggap di kepala bersanggul itu.
"Saya tahu tuanku sakit kerana salahkan diri tuanku di atas kematian sahabat baik tuanku"air mata turun dari tepi mata lalu mengalir ke batang hidung Luana. "Tapi Sophea tidak pernah salahkan tuanku...dia telah tahu segalanya...jadi tuanku berhenti la salahkan diri tuanku untuk kesalahan yang tuanku sendiri tidak pernah buat"
Tangan Aries mula mengusap lembut kepala Luana tanpa sedar sewaktu dia termenung memandang api di perapian depannya. Otaknya kosong dan hatinya begitu juga.
Bersama wajah sebaknya Luana pun mengangkat kepala dia dan dongak untuk memandang Aries. Bila dia pandang baru la suara esakan keluar dari bibirnya. Dia pegang tangan sejuk itu sebelum direhatkan dahinya ke lutut itu.
"Tuanku...kalau tuanku dengar...tolong la berhenti salahkan diri tuanku...semuanya bukan salah tuanku...ianya keputusan bonda saya dan Raja Eros...bonda saya sentiasa ingat pada tuanku dan anggap tuanku sebagai sahabatnya sehingga ke hujung nafasnya.." tersedu-sedan dia berkata.
Aries hanya diam memandang Luana. Bila dia lihat bahu itu menggigil kuat, dia gerak dari sandarnya lalu tunduk meletakkan kepala di atas kepala Luana dan menggosok belakang badan itu dengan perlahan. Dia tidak tahu kenapa, tapi secara naluri tubuhnya bergerak sendiri untuk lakukan hal itu.
"Maafkan saya sebab tuanku terpaksa menderita demi kebahagiaan semua...maafkan la bonda dan Raja Eros untuk kesalahan mereka."nangis Luana lagi dengan sedih dan sendu sekali. "Ianya bukan salah tuanku.ianya bukan salah tuanku..jadi berhenti seksa diri tuanku dengan meletakkan semua kesalahan ni ke atas diri tuanku...saya maafkan semuanya...saya maafkan semua yang terjadi..."
Masa inilah air mata mula mengalir turun dari mata Aries sewaktu dia mendengar perkataan 'salah' beberapa kali. Dan ketika inila dia teringatkan sesuatu yang selama ini dia cuba lupakan. Memori yang selama ini dia cuba kuburkan jauh di dalam kotak fikirkannya.
"Sophea..."sebut Aries dengan syahdu bila nama itu muncul. "Maafkan aku..."nangisnya dengan sedih.
Meraungla Luana sekuat hatinya di situ dengan dahi berada di lutut Aries. Dia mintak ampun minta maaf kepada Aries kerana wanita ini telah menderita hanya kerana rasa bersalah yang tidak sepatutnya di tanggung selama bertahun lamanya.
Tanpa pengetahuan Luana, di luar pintu bilik itu berdirinya dayang dan para pengawal yang mendengar semua itu. begitu juga dengan Aryan yang tiba di situ tidak lama selepas Luana masuk ke dalam bilik tersebut.
Bila Aryan dengar semua pengakuan Luana, dia pun ikut mengalirkan air mata kerana begitu sedih. Sedih kerana mengenangkan semua sakit yang dia tanggung sepanjang waktu bondanya tidak mahu menerima kehadirannya sebagai seorang anak dan segala rahsia yang dia simpan selama ini seorang diri. Selepas ini dia berharap, bondanya akan tenang dan Luana akan maafkan semua kesalahan mereka yang telah menyakiti hatinya itu.