webnovel

Bab : 49

Senyap je suasana antara mereka berdua sekarang ini. Biasanya pasti seorang daripada mereka akan bersuara. Paling tidakpun bertegang leher antara satu sama lain. Tapi tidak hari ini. Disebabkan niat dia bukan hendak bergaduh, maka Luana hanya diam di kerusi kayu bersebelahan Aryan yang sedang menikmati sarapan dengan tertib.

Sekejap-sekejap tu Luana curi lihat tepi muka suaminya dengan resah kerana tidak tahu hendak buat apa lagi. Tangannya sibuk mengurut jari jemari, saja tiada sebab. hanya hendak mengisi kejanggalan yang menghurung dirinya tika itu.

Dan bila Aryan perasan, dia palingkan kepala memandang Luana.

Luana segera berpaling ke arah lain sebelum Aryan sempat Nampak yang dia tengok Aryan. Tangannya naik mengurut dada yang terasa seperti baru lari marathon. Senak dan sesak. Rasa macam mahu lari keluar pun ada.

          "Luana?"panggil Aryan perlahan.

Kepala Luana tersentak memandang ke sisi serta merta. Ah!Sudah!Apa lagila mamat poyo ni perasan?

         "Saya tanya sikit boleh?"sambung Aryan lagi.

         "Apa?"balas Luana pendek. Macam-macam la dia ni. Masa macam ni nak buat kuiz pula, tanya itu tanya ini.Tidak Nampak ke dia gemuruh seperti bagai hendak luruh jantung di sini. Tapi lain betul nadanya dan diamasih ingat nada ni, kalau tak salahnya, masa malam selepas kahwin hari tu.

         "Awak tahu apa maksud cinta?"soal Aryan berserta keluhan kecil.

Luana buat muka. Apa punya soalan ni, cubalah tanya soalan tentang hal ehwal semasa, sejarah atau mungkin apa sahaja yang susah sikit. Boleh la juga dia memanaskan otak.

         "Kesian.."ujar Luana perlahan.

         "Apa yang kesian?"soal Aryan beria-ria sambil memusingkan badan menghadap Luana dan letakkan tangan di headrest kerusi di belakang Luana.

         "Yalah...nama saja raja, alih-alih bab Bahasa kelaut...maksud pun nak tanya orang..." tempelak Luana tanpa rasa serba salah,,

          Aryan mengetap garis nipis di bibir. "Jawab aje la.."balasnya serius, sambil dengan penuh yakin memegang belakang leher Luana.

         Apa?Salah ke apa yang dia cakap?Apa gunanya jadi raja kalau soalan macam tu pun nak tanya orang. Detik hatinya sambil tolak tangan yang berada di lehernya. "Cinta tu adalah affection seseorang pada seseorang yang mendalam...perasaan yang mendorong seseorang untuk lakukan sesuatu yang orang lain tidak akan lakukan untuk sesiapa..tapi khas untuk orang yang mereka suka dan sayangkan.."jawabnya Luana dengan nada tiada mood.

          Tahupun. Jadi patutnya Luana faham dia."Hmmm..."jeda Aryan dengan panjang. Dia gerak mencapai gelas berisi jus orennya lalu di sisip sedikit sebelum di letakkan ke dulang dan dia duduk bersila sebelah kaki atas kerusi itu menghadap Luana. "Kalau Luana tu....Luana la juga.."ujarnya sinis.

         "Kenapa?"soal Luana pelik apabila Aryan berkata begitu.

         "Tak ada apa...saya tiba-tiba terfikir nak tanya soalan macam tu.."ujar Aryan.

         Kening Luana berkerut tidak faham. Apa maksud Aryan bila dia katakan yang dia terfikir? "Pelik..."getusnya dengan perlahan semasa tunduk menggentel kain dressnya.

         Aryan lepaskan hela nafas panjang sewaktu topang kepalanya dengan tangan di headrest kerusi itu sewaktu memandang tepi muka Luana. "Adakah awak ke sini hendak bertanya mengenai penceraian kita lagi?"tanya dia dengan nada terkilan. "Kalau kita berpisah...boleh ke awak berjanji yang awak akan bahagia?"

Luana berpaling pantas memandang Aryan, keningnya terangkat tinggi selepas mendengar pertanyaan itu. Dadanya yang sesak semakin sesak mendengar soalan itu. Bukan ke dia sepatutnya happy mendengar soalan ini?

           "Kenapa?Tuanku akan lepaskan saya ke?" tanya Luana teragak-agak.

Aryan turunkan tangannya ke bawah lalu anjak rapat ke Luana. Bersama muka terkilan dan sedihnya, dia bawa tangannya ke pinggang Luana dan jatuhkan dahinya di atas bahu Luana.

         "Saya tak nak lihat awak susah hati...niat saya mengahwini awak adalah untuk lihat awak gembira. Tapi kalau Bersama dengan saya hanya buatkan awak terseksa...siapa la saya hendak menghalang permintaan awak ini.." luahnya dengan sendu.

Luana kaku di situ. Dia pandang ke depan dengan perasaan sebu. Sekarang dia berbolak balik ingin membuat keputusan.

Patut ke dia teruskan perkahwinan ini?

Atau berpisah saja dengan Aryan?

Bukan ke ini yang dia mahukan sejak awal lagi?

Aryan mengeratkan lingkaran tangannya ke sekeliling pinggang Luana. Merehatkan wajahnya ke ceruk leher Luana. Enggan melepaskan isterinya ini.

         "Maafkan saya Luana..untuk segalanya. Saya tiada niat hendak sembunyikan apa-apa dari awak. Saya buat semua tu sebab tak nak kehilangan awak"luahnya dari balik pelukan itu.

Tidak menjawab atau membalas pelukan itu, Luana hanya diam membeku di situ. Patutnya dia yang minta maaf, tapi sebaliknya Aryan yang meminta maaf kepada dia. Aduhai..berat sungguh hati ini. Mahu ke dia teruskan perkahwinan ini walaupun Aryan sama sekali tidak bersalah dalam masalah ibubapa mereka?