Dengan cekap tangan yang memegang palet warna dan berus cat pastel bergerak sekitar kanvas melukis pemandangan taman bunga yang terhampar di depannya. Luana yang bersanggul dan mengenakan dress sebagai permaisurinya itu tekun melakukan hobi sebagai pengisian waktu lapangnya.
Di dahi masih bertampal dengan pembalut luka akibat insiden semalam.
Selepas kejadian Permaisuri Aries hilang kawalan, Luana di beritahu oleh dayang bahawa ibu mertuanya itu kini di tempoatkan di Istana Orkid Biru sebagai langkah berjaga-jaga. Dan wanita itu di awasi oleh beberapa orang doctor serta dayang sepanjang waktu bagi mengelakkan hal yang sama berulang.
Aryan pula sibuk dengan urusan kerja lelaki itu. Ada la sekejap berada di istana. Namun tidak lama kemudian, Aryan keluar untuk jalankan aktiviti lapangan dan hadiri beberapa meeting dan event yang di anjurkan.
Maka tinggallah Luana sendirian di istana itu. Hendak keluar dia tidak tahu hendak kemana. Mahu curi-curi keluar ke hutan yang ada, teringat kisah serigala yang disampaikan oleh Aryan pula. Mahu tak mahu, terpaksala Luana batalkan apa saja niat jahatnya itu.
Kerana itu la dia berada di taman Istana Vulcapela ini melukis.
Sambil ditemani dengan tiga orang dayang dan lima orang pengawal keselamatan, Luana diam membisu melukis dan pada masa yang sama dia termenung. Termenung memikirkan insiden yang berlaku pada siang semalam.
Kejadian dimana dia di hempas dengan pelita kaca hingga dahinya terluka. Dia terfikir bukan kerana luka yang dialaminya. Tetapi pelita kaca yang menjadi alat senjata Permaisuri Aries mencederakan Aryan.
Ya..pelita itu adalah pelita sama yang dia miliki. Pelita kesayangan yang pada awalnya di miliki oleh bondanya sewaktu bondanya masih hidup. Dan katanya pelita itu hanya ada satu saja kerana ianya adalah buatan tangan. Dan tiada siapa yang boleh memilikinya. Tapi kenapa Permaisuri Aries boleh memiliki pelita yang sama seperti miliknya.
Setelah Luana imbas semula, dia teringat akan perbualannya dengan Permaisuri Aries yang memanggil dirinya menggunakan nama bondanya. Dari situ dia dapat jawapan. Mungkin Permaisuri Aires dan bondanya hasilkan pelita yang sama sebagai tanda persahabatan mereka. Maka persoalannya terjawab.
Tetapi setelah itu muncul persoalan yang lain. Iaitu kenapa dia tidak pernah tahu mengenai persahabatan bondanya dengan Permaisuri Aries, Pakcik dan makciknya tidak pernah menceritakan dia apa-apa mengenai hal ini.
Selain itu, persoalan seterusnya, kenapa Permaisuri Aries sanggup mahu mencederakan Aryan, anak wanita itu sendiri?Memangla Permaisuri Aries tidak dapat mengingati Aryan, tapi mana-mana ibu pasti akan tahu dan kenal siapa anak dan keluarga mereka?
Sepanjang hari Luana fikirkan hal-hal itu.
"Dayang...."panggil Luana sambil palit warna dari palet warna dengan berus sebelum mewarnakan kelopak bunganya.
"Saya tuanku.."sambut seorang dari dayang di situ dengan tertib.
Luana tidak pandang. Dia focus memandang kanvas di depannya. "Sudah berapa lama kamu bekerja di dalam istana ini?"tanya dia dengan nada perlahan dan bersahaja.
Mata dayang itu naik memandang tepi muka Luana. "10 tahun tuanku.."jawabnya dengan jujur.
"Hmm...long enough to know about what happen inside this castle right?"tanya Luana sebelum berhenti dari mewarna dan palingkan kepala memandang dayang yang sedang tunduk membongkok di sebelahnya itu.
Bibir dayang itu terketap. Dia memandang gusar ke Luana.
Luana diam sedetik semasa menilik anak mata dayang di depannya dengan curiga. Dayang di depannya ini takut...well..jelas-jelas ada sesuatu yang tidak kena di sini.
"Boleh beta tahu apa yang berlaku di antara Permaisuri Aries dan Raja Aryan?Apa yang menyebabkan hubungan mereka anak beranak goyah?"tanya dia dengan kening terangkat sebelah.
Semua di situ termasuk la pengawal dan dayang yang lain pandang dengan terkejut ke permaisuri mereka. Mula berasa tidak sedap hati mendengar pertanyaan tersebut.
Namun begitu dayang yang di persoalkan itu kekalkan postur tenangnya tapi rasa sedikit pun goyah.
"Tuanku Raja Aryan memberi pesan kepada saya dan semua isi istana ini untuk tidak menceritakan apa-apa saja yang sulit mengenai Istana Vulcapela dan seisinya." jawabnya.
Luana berdengus mengejek. Dia pandang semula ke lukisannya dan kembali mewarna. Tidak terkejut mendengarnya kerana ianya perkara biasa.
"Itu sudah semestinya...beta tahu tentang protocol itu, tapi takkan la kamu tak boleh beri sebarang petunjuk kepada beta?"tanya dia sambil itu.
Dayang itu kekal mendiamkan diri. Dia tundukkan kepala ke bawah dalam kedudukan membongkok sedikir kepada Luana. Enggan memberi sebarang komen.
Luana buat muka menyampah bila dayang disebelahnya bertekad untuk mendiamkan diri. Fine. Kalau macam tu dia akan cari tahu sendiri.