webnovel

Bab : 37

Flashbacks

            "Aryan... Ada sesuatu yang ayah mahu beritahu kepada kamu... "

           "Jangan bercakap ayah... Doktor beritahu,  ayah kena banyak berehat."

          "Tak... Ayah kena beritahu jugak sebelum terlambat...ianya mengenai bonda kamu."

         "Apa perkara tu? "

        "Aryan... Sebenarnya kamu bukan anak kandung ayah atau bonda... Kami ambil. Kamu sebagai anak angkat kerana ayah tidak dapat melahirkan zuriat... Bonda kamu,  Aries... Dia.. Sebenarnya tidak pernah berhubungan dengan ayah. Ayah gunakan dia sebagai alasan untuk bercerai dengan isteri pertama ayah,  Permaisuri Sophea Ingrid... Yang mana isteri kepada Raja Marlowe."

Apa?Dia yang dengar bagai ditusuk sembilu. Nafasnya mula sesak. Matanya membahang hendak mengalirkan air mata. Dia bukan anak ayahanda dan bondanya?

         "Aryan anak siapa kalau begitu? "

        "Anak yatim yang kematian ibu dan ayah di medan perang...."

        "Sebab itu ke bonda tidak pernah menerima Aryan? "

        "Bukan... Permaisuri Aries tidak terima kamu kerana dia kecewa dia mengaku yang dia hamilkan anak ayahanda sebagai cara untuk yakinkan Permaisuri Sophea agar berpisah dengan ayahanda yang mana berjaya. Namun taruhannya, Permaisuri Aries putus persahabatan dengan Permaisuri Sophea. Tetapi tindakan ayahanda telah menyebabkan Permaisuri Sophea bunuh diri manakala Permaisuri Aires mengalami tekanan perasaan hingga lupa ingatan."

         "Ya Tuhanku... Ayahanda... Apa yang ayahanda telah lakukan? " bisiknya dengan perlahan.

         "Ayahanda tahu....ayahanda bersalah pada Aries dan Sophea... Gara-gara ayahanda malu hendak mengaku yang ayahanda tidak mampu melahirkan zuriat... Dua orang wanita tidak bersalah menjadi mangsa. Jadi ayahanda minta tolong kamu... Tolong... Tolong jaga bonda kamu sewaktu ayahanda sudah tiada lagi... Dan tolong.. Cari ahli keluarga Sophea Ingrid..beritahu mereka yang Ayahanda minta maaf."

          "Anakanda tidak tahu hendak katakan apa lagi...this is to much.."

         "Aryan...tolongla ayahanda...ayahanda tak kuat lagi nak tanggung sakit ni.tolong tunaikan hasrat ayahanda.."

        "Bagaimana Aryan hendak lakukannya...Ayahanda tahu disebabkan hanya kerana keputusan ayahanda ini la Luana kini menjadi Yatim piatu..dia tidak akan maafkan kita macam tu saja...anakanda yang dengar berasa malu sendiri inikan lagi mahu bersemuka dengan keluarga mereka"

        "Tolonglah...ayahanda tahu anakanda telah lakukan banyak pengorbanan sepanjang waktu ayahanda dan bonda kamu sakit...tiada orang lain yang ayahanda boleh harapkan lagi.."

         "Macam mana Aryan boleh bantu?"

         "Beritahu kepada keluarga Sophea Ingrid yakni Raja Issak...kamu akan lakukan segalanya untuk kerajaan mereka sebagai ganti.kali ini saja Aryan...hanya cara ini ayahanda dapat pergi dengan tenang."

End of flashbacks

Hela nafas lepas dari bibirnya.

Beratnya dada dia sekarang ini. Hendak pejam mata pun tidak berdaya. Segala tekanan dan imbasan memori lama sering kunjung tiba. Memberitahu dia supaya tidak lupa. Tapi keberaniannya sekejap ada sekejap tiada. Sampaikan dia sendiri pening kepala!

Pada hari Luana menemui bondanya dan nama Sophea Ingrid timbul, jantungnya waktu itu bagai mahu luruh. Betapa takutnya dia ketika itu. Betapa mahunya dia menjerit dan memarahi bonda Aries kerana telah hampir saja merosakkan rancangan dia. Mujur la Luana tidak mencurigai dirinya. Jika tidak pasti Luana tidak akan melayan dia dengan baik seperti ini.

Dan kini...dia sudah tidak tahu hendak buat keputusan apa kerana perasaan ambil beratnya ini telah buatkan dia berasa sayang kepada Luana. Dan perasaan sayang ini buatkan dia semakin tidak mahu memberitahu Luana hal sebenar.

Aryan takut, kalau dia beritahu Luana, isterinya akan meninggalkan dirinya. Dia tidak mahu berpisah. Kerana dia benar-benar mahukan Luana menjadi isteri dia. Peneman hidupnya bukan kerana rasa serba salah, tetapi kerana dia benar-benar sukakan Luana.

Keluhan letih lepas dari bibirnya buat sekian kalinya. Penat otak dia berfikir sejak tadi. "Luana..."panggil Aryan.

Luana diam tidak menyahut.

           "Fine...tak payah jawab"kata Aryan. "Awak dengar saja."

Masih senyap tiada jawapan.

            "Ada sesuatu yang saya mahu awak tahu.."ujar Aryan sambil memandang siling bilik. Tangan di atas perut, dadanya naik turun mengikut rentak.

Tidak semena Luana ubah kedudukan mengiring kepada terlentang, ekoran itu tangannya jatuh mendarat di atas dada Aryan yang sedang baring di sebelahnya atas katil itu. Dengkuran lembut kedengaran darinya.

Tersentak Aryan dibuat tangan tu. Lantas dia palingkan kepala, memandang ke sebelah kiri lalu ternampak Luana sudahpun terlena. ?

          "Awak dah tidur ke?"keluhnya dengan kesal. Wajah lena Luana di tatap dengan rasa berat dan serba salah. Apa salah Luana sampaikan gadis ini perlu tanggung semua penderitaan ni sendirian?"Luana...saya nak awak alasan sebenar saya mahu awak berkahwin dengan saya bukan kerana mahu lari dari Miliano dan anaknya...tapi perkahwinan ni adalah sebagai ganti rugi ayahanda saya atas kematian bonda awak...saya tipu awak. Maafkan saya."bisiknya dengan sendu.

Luana tidak terkutik. Sama sekali tidak mendengarnya. Mata berbulu mata lebat itu terpejam rapat tidak bergerak.

Tangan Luana yang berada di atas dada di capai Aryan. Dia pegang dan diramas lembut jari jemari itu.

           "Maafkan saya sebab tak beritahu awak hal sebenar kenapa bonda saya sakit..."sambung Aryan lagi. Ini la alasan kenapa dia rahsiakan mengenai bondanya dari Luana. Sebab dia tidak bersedia lagi. Tapi lambat laun dia kena juga luahkan juga isi hatinya selama ini. "Bonda saya dia sakit sebab salahkan dirinya sendiri atas kematian bonda awak yang bercerai dengan ayahanda saya atas alasan, bonda saya khianati persahabatan bonda awak kerana hamilkan anak hasil hubungan sulit mereka berdua. Tapi kenyataannya semua tu tak pernah terjadi pun. Bonda saya lakukan hal tu demi bonda awak supaya dapat bersama dengan lelaki yang mampu berikan zuriat kepada bonda awak...tapi malangnya keputusan itu hanya telah menyebabkan bonda awak nekad membunuh diri sendiri..."

Air mata turun dari tepi mata Aryan semasa dia tatap wajah tenang Luana yang sedang terlena itu. Dan kenapa dia kena tanggung semua ni sedangkan dia tidak terlibat dengan sesiapa pun...

Tiba-tiba Luana terkutik, dia membuka matanya sedikit lalu terpandang Aryan. Tapi tidak lama selepas itu dia memejam mata semula dan terlelap.

Aryan pun mengiring. Dia bawa tangan ke bawah muka untuk memandang lebih dalam ke wajah Luana. Dia harap sangat Luana dengar supaya nanti satu hari apabila Luana tahu hal sebenar, Luana tidak akan membencikan dirinya. Macam mana dia nak beritahu hal ini kepada Luana?Dapat ke Luana maafkan ayahanda dan bonda dia nanti?