Ohmygodohmygodohmygoohmygod!
Kenapa boleh jadi macam ni pulak!Bukan ini niat dia!
Perasan dari ekor mataya, Luana perhatikan tangan Aryan yang mahu mendekati tepi kepala dia.
Alamak!Cepat-cepat Luana bergerak hendak turunkan kaki dari sofa itu bila rasa semacam. Sebelum apa-apa, better dia lari!
"Haih...tak payah susah-susah la nak bagi hadiah bagai...saya okay je.." beritahunya sambil buat-buat ketawa nak hilangkan rasa gugup.
"Apa yang susahnya...saya tak kisah pun..."Bila Luana hendak bangun, Aryan tarik lengan Luana dan buatkan Luana terduduk semula di situ.
MAK!Bersandar saja di sofa itu, Luana pandang Aryan dengan mata terbutang luas.Tangannya terangkat di depan muka.
"A-apa yang tuanku nak buat ni?"
Aryan tersenyum handsome.
"Berikan awak penghargaan la..apa lagi.."beritahu Aryan sebelum merentap kolar cekak leher baju dirajanya dengan kasar hingga terbuka.
Semakin meluas mata Luana.
Adudu!
Takkan la.
Luana menelan air liur dengan susah payah semasa memerhati Aryan. Jantung di dalam dada bergendang bagai membuat konsert! Jangan la!Dia tidak bersedia lagi ni!Suara tersekat di kerongkong kerana tidak menyangka Aryan akan buat keputusan tiba-tiba seperti ini.
Aryan hendak dekati Luana namun ketukan pintu buatkan dia berhenti serta merta.
Knock!
Knock!
Bagai mahu hendak diserang heart attack Luana pandang dengan mata terbutang luas ke arah pintu. Thank god!Mujur la ada orang ketuk pintu masa ni!Selamat dia!
"Ya?"sambut Aryan semasa palingkan kepala memandang pintu.
"Tuanku..maaf kerana menganggu. Doktor ingin temui tuanku.."maklum pengawal dari balik pintu bilik tidak lama kemudian.
Mata Luana bergerak cuak ke tepi muka Aryan yang berada begitu hampir sekali dengannya.
"Hah!Tunggu apa lagi. Pergi la sana!"Halaunya di dalam hati. Berharap Aryan pergi supaya dia dapat bersembunyi nanti.
Aryan buat muka lalu gerak membutangkan semula kolar bajunya.
"Tunggu sekejap.." beritahunya. Dia kemudiannya pandang ke Luana semula.
Alah!Apa yang sekejapnya lagi, dah di panggil pergi sajalah.
Bila dirinya di pandang, cepat-cepat Luana larikan pandangan ke arah lain. Jadi takut sendiri.
"Pergi la cepat!"jeritnya di dalam kepala sekuat hati. Sudah merinding seram dia dibuatnya ni!
"Better awak bersihkan diri dulu..." beritahu Aryan semasa jarinya menyelak anak rambut Luana ke belakang telinga. "Saya datang semula selepas selesai nanti"pesan dia sewaktu rujuk pada pakaian Luana yang kotor dengan kesan darah di bahu serta lengan dress.
Laju-laju Luana mengangguk kepala. Tak payah suruh!Tahu la dia nak uruskan diri sendiri. Shoo!Pergi sana!Jauhkan diri dari dia cepat-cepat!
Lelaki itu bangun dari situ dan gerak mendekati pintu. Pada masa yang sama, Luana pandang langkah itu dengan penuh berharap. Berharap supaya Aryan lekas keluar dari situ!Sampaikan dia sendiri tidak sedar yang dia mengetap gigi sejak tadi tidak ketika perhatikan tombol pintu untuk dipegang.
Bila Aryan pegang tombol dan pulas ia ke bawah, Luana yang sedang menunggu mula angkat kening tinggi.
"Hah!Bukak cepat!Kemudian keluar!Cepat!"bisiknya di dalam hati. Tidak semena, Aryan berpaling. "Oh tidak!Dengar ke Aryan?"fikir Luana sebaik saja Aryan memandang dia.
Damn!Renungan tu!Huish!Lemah lutut dibuatnya.
"Ya?"tegurnya selepas ditatap dengan Aryan tanpa lelaki itu mengatakan apa-apa.
"Malam ni saya tidur atas katil ya.."maklum Aryan sambil tarik pintu ke dalam dan memandang Luana pada masa yang sama. Lantas baru la dia keluar dari situ.
What the heck!Luana menjegil mata dengan bulat.
KLIK!
Pintu tertutup.
Dengan dramatik Luana terus jatuh melutut dekat lantai memegang dada dan melepaskan hela nafas yang ditahan sejak tadi.
"Oh my gosh!Sesaknya!"luahnya dengan separa berbisik mengipas-ngipas depan muka dengan tangan sendiri. Cubaan hendak hilangkan rasa bahang yang menjalar di sekitar lehernya.
Pergh!
Kenapa la dia tidak terfikir tentang 'hal' ni semasa setuju untuk mengahwini Aryan?
Kan tak pasal-pasal dia yang menggelabah gaban!
Setelah sober dari rasa gemuruhnya, baru la Luana pandang ke pintu semula. Renungan nekad terpancar dari matanya.
Nafasnya naik turun kencang. Dah kenapa dengan Aryan tu?Tiba-tiba je buat perangai menyeramkan?Tidur atas katil?UH!Memang tidak la dia nak duduk dalam bilik malam ni!
Tanpa berlengah Luana bangun dari situ dan gerak ke almari pakaiannya. Dia capai baju bersih dan cepat-cepat tukar pakaiannya yang kotor dengan kesan darah itu. Setelah itu gerak ke almari sebelah katil. Lampu pelita di capai Bersama-sama dengan bantal. Tidur la situ Aryan sendiri. Dia menyorok!
Terus Luana keluar dari bilik itu dan menyelinap seperti pencuri untuk tidak di lihat oleh pengawal atau dayang.
20 minit kemudian, seperti yang dijanjikan Aryan, lelaki itu kembali ke kamar tidur mereka. Namun setibanya dia di situ. Kelibat Luana sudahpun tiada. Yang tersisa hanya pakaian kotor di atas katil. Lalu dia pandang ke meja sebelah katil. Mencari lampu pelita kegemaran yang Luana bawa sejak awal Luana tiba di istananya. Ianya tiada.
Faham apa yang berlaku, Aryan dengan tenang berpaling. Dia buka pintu bilik semula. Empat orang pengawal yang sentiasa Bersama dengan dia tidak kira dimana dia berada. "Permaisuri Luana hilang. Rasanya kamu tahu apa kamu perlu lakukan."beritahu Aryan.
"Baik tuanku."sambut mereka berempat sebelum berpecah ke arah yang berbeza.
Sendirian di situ. Aryan hanya mampu ketawa kecil dan menggeleng kepala. Apa agaknya yang Luana fikirkan ya?