webnovel

Bab : 32

Luana pejam mata rapat-rapat sambil mencengkam kain dressnya. Berdegup senak dadanya saat ini kerana berasa takut menunggu rasa pedih dan sakit yang bakal kunjung tiba apabila luka di dahinya di sentuh.

Dup...dap!Dup...Dap!Jantung berdetap rancak di dalam dada. Dapat dia rasakan mata itu merenung dalam wajahnya. Hangat hembusan nafas itu menyapa wajahnya. Sungguh!Dia betul-betul gemuruh!

           "Aduh!"terasa pedih di bahagian lukanya, Luana membuka mata. Tertancap betul-betul di anak mata coklat milik Aryan. Terus berderau panas leher dan telinganya. Rapatnya!

           "Sakit sangat ke?"

           "Dah saya mengaduh...rasanya?" Ditanya lagi! Luana buat muka menggerutu.

Aryan turunkan tangan ke bawah. Dia pandang kesal ke Luana.

         "Boleh tak kalau saya cakap tu awak balas elok-elok. Ingat sikit saya ni suami awak. bukan kawan bukan jiran sebelah...."bebelnya.

          Luana berdecit menyampah. Poyo!"Betul ke tuanku pandai ni? Panggil saja la doktor ke sini...risau pula saya."balasnya.

          "Mestilah saya tahu..benda basic je apa susahnya...mujur la luka awak ni tidak dalam mana."balas Aryan yang kenyataan sedang menggeletar. Mujur la Luana memejam matanya tadi. .Jika tidak pasti Luana nampak betapa menggigilnya tangannya. Satu-satunya orang yang mampu membuatkan dia berasa tidak senang. Apatah lagi wajah ayu itu begitu dekat dengannya.

           "Kalau dalam kenapa?"tanya Luana sambil pandang cincin kahwin di jari cincinnya. Tidak berani hendak bertentang mata dengan Aryan. Dia berasa gugup dengan jarak serta sentuhan yang dirasai pada dahinya.

             "Kalau dalam, kena la jahit. Habis cacat muka awak yang cantik ni."gurau Aryan tidak semena.

Ketawa kecil Luana kedengaran. Cantik? Si poyo ni puji dia?

             "Cantik tidak kekal lama..cepat atau lambat saya akan menua dan berusia, berkedut juga nanti kulit ni. Jadi jangan nilai sesuatu melalui rupa paras dan luarannya saja...cantik itu subjektif...apa-apa saja boleh nampak cantik"beritahu Luana dengan suara yang rendah.

              "Saya tahu."jawab Aryan.

Alatan yang digunakan untuk membersihkan luka Luana di simpan di tempat asal. Kemudian Aryan bersandar pada sofa di bilik tidur mereka itu. Nafas di tarik dalam-dalam lalu dihembuskan satu persatu. Sebuku resah di dada dibebaskan.

Perasan akan perubahan angin di situ, Luana bersila di atas sofa itu menghadap Aryan. Kenapa pulak ni?

             "Okay tak ni?"tanya Luana ingin tahu. "Kalau tentang luka ni, saya tak kisah pun. Saya dah biasa dengan cedera seperti ni. Kalau saya tunggang kuda atau berlatih memanah, selalu dapat luka. Jadi benda macam ni small matter je...jangan la fikir sangat.."beritahunya jika itu yang buatkan Aryan susah hati.

Aryan tundukkan sekejap memandang cincin warisan milik ayahandanya yang ada di ibujari kanannya. Dia usap perlahan cincin itu.Sedang membuang pertimbangan sama ada mahu beritahu Luana atau tidak,

          "Kalau awak nak tahu, sepanjang masa ini, saya tidak pernah izinkan sesiapa sentuh atau dekati bonda saya kecuali penjaga yang saya percayai dan diri saya sendiri. Saya sentiasa curiga dan tidak percaya kepada sesiapa. Bukan sebab takut kalau mereka tercedera...tetapi takut sekiranya bonda saya yang di apa-apakan oleh mereka. Lelaki mahupun perempuan. Saya tidak pernah percayakan sesiapa."

Luana mendiamkan diri. Well..kalau dia sendiri berada di tempat Aryan, dia turut akan lakukan perkara yang sama. Keluarga diutamakan dahulu.

          "Tapi lepas saya nampak awak...saya percaya yang awak boleh layan bonda saya dengan baik walaupun dengan keadaan dia begitu."Aryan angkat kepala lalu memandang Luana sebelum berhenti pada dahi yang sudah tertampal dengan plaster luka. Darah masih kelihatan keluar dari tampalan itu."Terima kasih..saya sangat berhutang budi dengan awak, Luana."sungguh. Dia benar-benar bersyukur.

Kening Luana terangkat sedikit. Entah kenapa hati dia berbunga bila dirinya di hargai seperti ini. Yalah biasanya orang hanya tahu menyalahkan dia untuk semua perkara. Paling tidak menuduh dirinya sentiasa bawa malang tidak kira ke mana saja dia berada. Namun kali ni lain pula ceritanya.

            "Baru tahu ke saya ni baik?" seloroh Luana dengan bangga menyelak rambut ke belakang bahu.

Aryan tersengih.

             "Tak...saya dah tahu awak ni memang baik...cuma menjengkelkan je."tambah Aryan.

             "Tuanku puji saya ke sekarang ni?"tanya Luana. "Ehh...ni entah-entah tuanku dah jatuh cinta dekat saya ya tak?"jari telunjuknya di goyang-goyangkan beberapa kali ke depan muka Aryan. Saja mahu menyakat Aryan.

Tidak terusik dengan sakatan itu, malahan Aryan yang gerak ke tepi mendekatkan diri pada Luana secara mengejut. Berdesup dia dekatkan muka di depan muka Luana. Lalu dia tarik sengih meleret.

              "Saya tak rasa perkara ini perlu di raikan awak tahu?Sebab kalau kita jatuh cinta, kontrak setahun kita sudahpun tidak valid lagi...awak lupa ke?"bisiknya di depan muka Luana.

Tersedar akan reality itu, senyuman di bibir Luana terus jatuh dan di pandang cuak dengan nafas tertahan-tahan. Sh*t!Macam mana dia boleh terlupa mengenai hal itu?

                Mata Aryan gerak memandang bibir Luana dengan sisa sengihnya. "So sebagai tanda terima kasih saya untuk susah payah awak hari ini Luana...saya anugerahkan awak hadiah yang paling rare di alam semesta ni.."ajunya sambil angkat tangan perlahan-lahan.