webnovel

Bab : 31

Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan tiba-tiba, Aryan yang baru bangunkan diri dari situ tidak sempat mengelak, jadi dia cepat-cepat angkat lengannya ke depan muka untuk lindungi diri sendiri.

          "Kyaa!!"teriak dua orang dayang yang ada di situ kengerian kerana takut.

SPRANG!!!

Bunyi kaca pecah kedengaran sesaat kemudian. Sisa pelita yang sudah pecah kemudiannya jatuh ke lantai apabila Permaisuri Aries lepaskan objek tersebut kerana dia sendiri terkejut dengan apa yang sedang berdiri di depannya ketika itu.

BIla Aryan terasa tiada apa-apa yang mengenainya, dia pun turunkan lengannya ke bawah untuk tengok apa yang telah terjadi. Sebab dia dengar dengan jelas bunyi kaca pecah di pukul ke atas sesuatu. Dan bila dia lihat akan belakang badan yang berdiri membelakangnya, nafasnya terus terhenti di kerongkongnya.

Di situ berdirinya Luana dengan darah merah turun dari dahi sebelah kiri dan mengalir sepanjang tepi mata dan bawah rahang sebelum menitik di dress yang dikenakannya. Mujur la dia sempat tiba di situ untuk melindungi Aryan dari dipukul sebentar tadi.

Lantas Luana membuka matanya dengan perlahan-lahan sebelum bertentang mata dengan Permaisuri Aries yang kejung memandang dirinya. Pucat lesi wajah itu. Yang mana buatkan dia sendiri yang pandang berasa sedih.

           "Tidak mengapa bonda.." sebutnya dengan susah payah. Lama sudah perkataan ini tidak pernah di lafazkan keluar dari bibirnya,janggal rasanya. "Luana tahu bonda sakit.." pujuknya sambil mendekat.

Mata Permaisuri Aries lirik akan darah yang mengalir turun dari bawah rahang Luana dengan takut. Dia tidak ingat siapakah perempuan di depannya ini. Tetapi hati dia beritahu, perempuan ini baik...jadi dia tidak melawan dan hanya berdiri di situ membiarkan dirinya didekati.

            "Dekat mana bonda rasa sakit?"tanya Luana selepas berjaya memegang tangan itu tanpa dilawan.

             Terpujuk dengan suara itu, Permaisuri Aries mengalah. Dia mencebik bibir susah hati."Sini.." tunjuk dia pada kepalanya.

             "Okay..."angguk Luana dengan senyuman di bibir.

Aryan yang menyaksikan kejadian itu, pandang tidak percaya ke Luana bila lihat betapa mudahnya bonda dia beri kerjasama. Tertanya-tanya dia pada masa yang sama. Kenapa bonda dia tidak begitu dengannya juga?Dia anak bondanya.

             "Dayang...bawa permaisuri Aries ke bilik lain...kemudian arahkan orang untuk bersihkan tempat ini.." beritahu Luana yang menghadapkan badannya ke mereka semua di situ.

Berpaling saja Luana menghadap mereka, semua di situ menahan nafas terkejut.

               "My goodness...tuanku!"seru dayang di situ dengan ngeri. "Dahi tuanku berdarah!"

Secara automatik. Luana angkat tangan dan sentuh area di dahinya yang sedang sakit itu. Bila dia bawa tangannya semula ke depan muka, dia nampak darah. Namun tiada apa-apa yang dia boleh lakukan lagi. Perkara sudah berlaku pun!Nak menjerit pun telah terlewat.

                "Saya tak apa-apa...utamakan Permaisuri Aries dulu..lekas."arah Luana lagi yang memeluk sekeliling badan itu dan di tepuk belakang badan tersebut hendak menenangkan ibu mentuanya.

                 "Baik!"mereka segera dapatkan Permaisuri Aries dari pelukan Luana lalu di pimpin keluar dari bilik tersebut dengan langkah berhati-hati. Tidak mahu wanita itu hilang kawalan lagi.

Sementara pengawal tadi bergerak pergi dari situ untuk memanggil orang membersihkan tempat tersebut.

Apabila semua orang sudah beredar, dan hanya Luana serta Aryan saja di situ, keadaan dalam bilik tidur itu menjadi senyap sepi yang hening.

Aryan yang masih dalam keadaan terkejut itu didekati Luana tanpa sedarnya. Dan bila Luana pegang tepi lengan tu, baru la Aryan tersedar.

               "Tuanku tak apa-apa?"tanya Luana dengan kening berkerut sebab risau dan sakit pada masa yang sama. Kalau apa-apa terjadi pada Aryan, susah dia nanti!Tak pasal-pasal orang akan tuduh yang nasib malang dia jadi punca Aryan cedera. "Tuanku cedera di mana-mana ke?"tanya dia lagi inginkan kepastian.

Tidak fikir apa-apa lagi Aryan terus tarik Luana ke dalam pelukannya dengan erat. Sepatutnya dia yang tanya Luana. Bukannya Luana yang tanya keadaan dia!

Pelukan itu buatkan Luana terperanjat sekejap. Tapi lepas dia faham mungkin sebab Aryan sedang susah hati itu yang dia di peluk, Luana balas pelukan itu. Dia gosok belakang badan itu dengan lembut. Kasihan Aryan..ada ibu tetapi tidak dikenali. Kalau dia jadi Aryan, dia pun akan ikut kecewa sekali.

             "It's okay..ianya bukan salah tuanku hal ni terjadi.."pujuknya. "Bonda Aries sakit...saya harap tuanku faham.."

Aryan pejam mata serapatnya semasa tunduk merehatkan pipinya di kepala Luana. Mujur la Luana ada. Dia berasa lega kerana tidak membuat pilihan yang salah menjadikan Luana sebagai isterinya!

Luana melepaskan hela nafas panjang sewaktu termenung memandang ke depan. Sakitnya tidak dihiraukan lagi. Sebab fikirannya menerawang pada pelannya. Nampaknya dia kena cancel la perjalanannya untuk ke Marlowe hari ini.

Kemudian sajalah!