webnovel

Bab : 25

Seperti yang diberitahu oleh Aryan kepada Luana, pada esok paginya mereka di kunjungi beberapa orang bangsawan yang dikhabarkan merupakan para Menteri yang membantu Aryan uruskan negeri ini. Sebagai penghargaan, Aryan pelawa mereka masuk ke istana untuk makan tengah hari bersama-sama dengan mereka.

Untuk itu Luana turut di arahkan untuk hadirkan diri Bersama Aryan menyambut kedatangan para Menteri tersebut. Jadi awal pagi lagi Luana di datangi dengan dayang untuk di dandani dan di rias dari awal sehingga la akhir proses. Yang mana mengambil masa selama tiga jam. Dari jam 7 pagi lagi.

Sampaikan tersengguk-sengguk Luana sewaktu dirinya di solek dan didandani rambut. Hasilnya

"Marvelous!"tepuk lelaki yang berpewatakan lemah lembut seperti wanita kepada Luana dengan bersemangat selepas lihat hasil karyanya berdiri di depannya.

Luana dengan muka tidak berminat dan perut yang lapar mula merinding kejengkelan. Corset yang terikat di sekeliling perutnya benar-benar menyesakkan dadanya sekarang ini.

          "Bagaimana tuanku?Cantik bukan penampilan tuanku?"tanya dayang yang berada di samping Luana.

Luana gerak memandang cermin setinggi manusia di depannya untuk lihat apa yang di marvelous kan sangat dengan pakcik di depannya ini. Bila dia nampak pantulan dirinya di cermin itu, air muka tiada semangatnya serta merta naik kepada kagum.

Wow!

           "Wah...Cantiknya"sebut Luana dengan reaksi penuh terujanya semasa memandang jurudandannya. "Kalau ada ribut taufan dan puting beliung sekalipun, solekan tebal dan rambut sarang lebah yang kamu semua dandakan kepada saya ini takkan rebah."sindirnya dengan sinis. Ada ke rias dia sebegini rupa. Lain yang di suruh, lain pula yang di buat. Sudahla solekan tebal, bulu mata palsu dia ni panjang mengalahkan bulu mata unta sendiri tahu tak. Kemudian...rambut ni hah?Dah kenapa tinggi sangat?Sudah macam kon aiskrim pun ada.

Elok mereka semua tersenyum lebar, terus jatuh bahu mereka hilang semangat mendengar komen Luana. Tidak menyangka ini pula reaksi yang diberikan oleh permaisuri mereka.

         "Tuanku tidak suka?"tanya lelaki yang sama.

Belum sempat Luana hendak beri komen, pintu bilik terbuka. Aryan yang sememangnya kelihatan kacak tidak kira apa sekalipun lelaki itu pakai berjalan masuk dengan megahnya. Pakaian uniform diraja tersemat rapi di badan sasa dan tegap itu. Mahkota ada di atas kepala.

"Dah siap?"tegur Aryan semasa berjalan masuk ke dalam bilik tidur itu.

Dayang dan tukang dandan cepat-cepat undurkan diri dan beratur dalam satu baris menjauhkan diri dari Luana. Kepala masing-masing tunduk memandang ke lantai. Tidak berani hendak pandang ke raja mereka.

Luana pula pandang Aryan dengan muka tidak berminat dan penatnya.

Sementara Aryan pandang Luana dengan mata terbutang kaku seperti baru melihat hantu.

Buat beberapa saat mereka berdua hanya diam memandang antara satu sama lain sebelum terlebih dahulu Aryan menghambur ketawa.

         "Ahahahah!!!!"ketawa Aryan yang hampir hendak melutut di lantai melihat penampilan isterinya. Mujurla ada pintu di sebelah. Boleh la dia bersandar mendapatkan sokongan. "Oh my goodness...hahahaha..."ketawanya dengan tangan memegang dada. Dia cuba nampak cool tapi lepas tengok Luana yang sepertinya sudah menjadi patung Victorian Era berdiri di situ, habis rosak mood cool dia.

          "Ha-ha-ha...gelak..gelak sepuas hati....seronokkan nampak saya begini?" komen Luana yang sikit pun tidak terkutik dengan gelak ketawa Aryan. Rasa macam nak maki pun ada sekarang ni.

Terkatup terus mulut Aryan lepas dengar. Dia berdiri tegak dan kembalikan diri ke postur tenang sebelum atur langkah mendekati Luana.

         "You look beautiful my queen.." pujinya selepas berdiri di depan Luana. "Ini rambut betul ke?"tanya dia dengan kagum sewaktu angkat tangan memegang rambut yang menggulung tinggi di atas kepala Luana.

            Grrrr!Luana tampar langan Aryan supaya tidak menyentuhnya. "Jangan ketawakan saya."gerutu Luana.

           "Ahahahah..I can't help it...saya sendiri tak sangka yang awak akan di dandan sebegini rupa...oh my god..." ketawa Aryan yang menilik mata Luana yang berat di kenakan solekan. Aneh pula dia lihat isterinya begini. Biasanya dia tengok Luana tanpa sebarang solekan. Bila sudah begini gayanya, dia lebih prefer Luana tanpa solekan.

            Jengkel kerana di ketawakan, Luana pukul lengan Aryan. "Berhenti la ketawa...tak kira...saya tak nak keluar dalam keadaan begini... saya takkan temani tuanku sama sekali!"

Aryan mengangguk kepala.

              "Okay..okay..saya tak ketawa lagi.."dia kemudiannya palingkan kepala ke mereka yang bertugas menyiapkan Luana. Senyuman terus jatuh dari bibir dan reaksi di wajah berubah dari mesra kepada serius. "Seingat beta..tiada pula beta beritahu kamu semua untuk mempersendakan permaisuri dengan permainan kamu ini Ruby?"tegurnya kepada lelaki di hujung barisan itu. "Betulkan semula atau kamu semua di halau keluar dari sini buat selamanya."

Tersentak kepala tukang rias lelaki tadi. Dia pandang terkejut ke Aryan dengn mata terbutang takut.

          "Tidak tuanku...saya tiada niat." gelengnya.

Luana yang tidak menjangka perubahan mendadak Aryan dari ceria kepada serius terkebil-kebil. Mungkin memang betul, Aryan ini ada isu identity.

             "10 minit..lebih dari tu...kamu semua dipecat. Kembalikan isteri beta kepada penampilan asalnya sekarang." arah Aryan dengan mendatar.

             "Baik!"sambut mereka semua dengan serentak.

Luana buat muka cemas. Hah? Ubah semula?

Aryan undurkan diri dan duduk di kerusi menghadap mereka semua di situ. Ingin pastikan mereka tidak cuba macam-macam dengan Luana. Boleh pula mereka hendak buli Luana ya?

Dalam diam, Luana sudah menyumpah seranah. Mana tidaknya, dia sendiri yang arahkan mereka untuk dandan dia sebegini. Tujuannya hanya satu, untuk buatkan Aryan tidak suka kepada dia dan bencikan dirinya. Dan buatkan dia nampak hodoh supaya dia tidak akan ikut Aryan ke sesi perjumpaan nanti. Malah di suruh tukar pula tu! Rosak semua rancangan dia!