webnovel

Bab : 24

Bergoyang kaki yang berada di atas katil sewaktu empunya badan sedang seronok melukis sesuatu di dalam buku lakaran dalam keadaan meniarap. Sementara bunyi pancuran air kedengaran dari bilik air sejak tadi.

Malam itu tenang, suasana pula senyap. Bunyi unggas menyanyi dapat didengar dari jendela yang terbuka luas di sebelah sofa dimana bantal serta selimut sedia terlipat kemas di situ.

Luana menyanyi kecil semasa dia tunduk melukis gambar wajah Permaisuri Aries di buku lakarannya. Dia suka melakar apa saja perkara yang menarik perhatian dia untuk diingat. Mana tahukan lukisannya ini boleh menjadi kenangan di suatu masa nanti.

Pintu bilik air terbuka, Aryan berjalan keluar dari situ sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala setelah selesai mandi. Pada masa dia jalan mendekati pintu almari, sempat dia kerling ke Luana.

Serta merta bau haruman mandian menusuk hidung Luana buatkan dia tergerak hendak mengangkat kepala. Sekali tu dia disapa pemandangan belakang badan Aryan yang tidak berbaju dan hanya bertuala di sekeliling pinggang.

Fuhh!

Superb!

Luana tanpa sedar dia pun gigit hujung penselnya semasa perhatikan Aryan.

          "Lupa nak beritahu.."tegur Aryan sambil memusingkan badan menghadap Luana.

Mereka pun bertentang mata.

Hampir hendak tercekik air liur Luana lepas nampak bahagian depan badan Aryan. Berdesup laju darah dia naik ke otak dibuatnya. Lelama begini mahu luruh jantung dia! Pensel dalam mulutnya di alihkan. Rasa panas mula menjalar sekitar telinga dan leher tanpa di pelawa.

            "Apa?"tanya dia yang sedaya upaya nak kekalkan postur cool supaya tidak nampak sangat yang dia sedang terliur melihat lelaki berbadan ketak-ketak didepannya itu.

             "Ada kunjungan duta esok siang ke istana.."beritahu Aryan yang sikit pun tidak kisah menayang badannya itu ke Luana.

            Dalam diam Luana telan air liur dan kembali tunduk memandang buku lakarannya, "So?Apa kaitannya dengan saya?"Kalau lama-lama macam ni.. Bahaya dia! Silap hari bulan mahunya dia terpikat dahulu.

           "Mesti la ada kaitan.."kata Aryan kembali menghadap pintu almari. mengeluarkan pakaian tidurnya. "Memandangkan awak adalah permaisuri saya...maka kehadiran awak diperlukan sekali.."katanya.

Luana yang dengar membuat muka tidak suka. Malasnya la dia!

           "Ke awak nak saya didampingi  dengan wanita lain sebagai pengiring saya sepanjang hari nanti?"tambah Aryan yang mula mengenakan pakaian di badan.

Heh!Ingat dia nak terjerat ke?Luana conteng sedikit pensel arangnya pada bahagian rambut lukisannya lalu di sapu sisa dengan hujung jari perlahan-lahan.

          "Elok sangat la tu..boleh saya luangkan masa dengan melukis dari duduk petakkan punggung mendengar bicara yang entah apa-apa awak semua bincangkan di situ."balasnya,

Selesai kenakan seluar, Aryan capai baju lalu tarik baju dari kepala ke badan dengan laju sebelum gerak ke arah sofa sambil melarikan jari jemari ke rambut yang basah. Malas hendak di sisir. Apa dia mahu adalah rehat dan baring sekarang ini. Duduk saja di sofa, hela nafas di lepaskan dengan panjang. Aryan lega kerana dapat juga dia duduk.

           "Macam mana kalau saya beritahu dekat situ ada orang yang jadi punca kenapa awak kena berkahwin dengan saya?"

          Apa!? Tersentak tegak kepala Luana lepas dengar. Keningnya berkerut."Sorry?Ulang balik?"pandangnya ke muka segar baru mandi Aryan.

Aryan tarik sengih penuh kemenangannya kerana berjaya buatkan Luana fokus ke dia. Tangan di bawa naik ke headrest sofa sebelum gunakannya untuk menopang kepala dia.

           "Saya tak pernah beritahu ke alasan kenapa awak berkahwin dengan saya?"soal Aryan semasa pandang Luana.

           Dari kedudukan meniarap, Luana terus duduk bersila di atas katil itu menghadap Aryan. Apa orang tua ni cakapkan tadi? "Cari pasal eh?"tanya dia. Memangnya ada alasan lain ke?

          "Hahah...sabar isteriku..jangan marah dahulu."ketawa Aryan dengan perlahan. Suka tengok reaksi kartun Luana. "Sebenarnya banyak alasannya. Tapi saya beritahu sikit-sikit dulu...antaranya adalah kerana hendak larikan diri dari di jodohkan dengan anak seorang Menteri ni...lelaki tua tu asyik desak saya supaya terima anak perempuan dia...yang mana saya memang tidak berkenan dengan anak perempuan beliau.."beritahunya dengan nada bersahaja.

Luana diam tidak berkata apa-apa. Dia beri peluang kepada Aryan untuk bercakap terlebih dahulu.

               "Dia kata sekiranya saya berkahwin dengan anak perempuannya iaitu Nikita Amora dia akan tawarkan saya kuasa tentera kepada sayayang mana saya tolak. Sebagai balasan dia akan susahkan hidup saya sebagai raja negeri ini.." kata Aryan.

Memang sah Aryan ni dah hilang akal. Orang dah beri peluang bagus malah ditolak, hendakkan masalah lagi tu.

           "Saya nak tahu...tuanku ni waras atau tidak?Takkan benda senang macam ni pun susah nak buat keputusan...orang dah offer terima la..malah nak menyusahkan hidup saya kenapa?"soal Luana dengan marah sambil aju tangan ke dadanya.

             "Senang awak cakap...tapi awak kena tahu Luana, sekiranya saya berkahwin dengan Nikita, Miliano akan ambil kesempatan ke atas saya dan gunakan kuasa kononnya sebagai bapa mentua saya untuk kawal setiap keputusan dan tindak tanduk saya.." jelas Aryan. "Alasan kenapa saya kahwini awak adalah kerana awak adalah waris Utama Marlowe...itu bermakna saya mempunyai kuasa di antara dua buah negeri yang bila-bila masa boleh turunkan pengaruh Miliano dari memberontak.."

Ih!Tak faham la dia dengan semua isu politik ni. Luana buat muka tidak suka akan penjelasan Aryan.

          "Boleh tak guna ayat yang mudah supaya saya lebih faham?" sungutnya dengan muncung di bibir dan kening berkerut.

Aryan pandang Luana dengan renungan penuh muslihatnya.

           "Pendek ceritanya, saya perlukan bantuan awak untuk kukuhkan kedudukan saya di negeri ini. Sekiranya awak berjaya, kontrak kita dibatalkan secepat mungkin."beritahu Aryan cuba hendak memperdayakan Luana lagi supaya dapat beri kerjasama kepadanya untuk menghadiri pertemuan dia dengan pembesarnya nanti.

Luana pandang curiga ke Aryan, sedang berkira-kira. Boleh ke dia percaya kata-kata Aryan ini?Entah-entah Aryan hanya mahu gunakan dia sebagai trofi dan menunjuk-nunjuk kepada orang di luar sana yang lelaki ini adalah raja buat dua buah negeri.

Haish!

Menyusahkan betul.

             "Fine...saya setuju. Tapi ingat...kalau saya dapat tahu tuanku macam-macam..siap ya!"pesan Luana sambil tunding jari beri amaran mengecilkan mata penuh curiga.

           "Okay.."angguk Aryan sambil angkat tangan kanan ikrarnya. "Saya janji.."lafaz dia sebelum tersenyum mesra. Senang mendengarnya. Dia kemudiannya gerak hendak baring.

           "Sekejap..!"halang Luana setelah melihat Aryan sudahpun hendak letakkan kepala atas bantal.

         Kaku terus Aryan sejurus itu. "Ada apa?"

Luana buat muka teragak-agak,Hish!Kenapa la Aryan ni buat dia rasa kasihan. Tidak semena dia ada hati hendak pedulikan suaminya ini.

         "Tidur la atas katil ni...sakit pula badan tu nanti.."beritahu Luana mahu tak mahu.

          "Kenapa?Awak risaukan saya ke?"tanya Aryan dengan senyuman goofy di bibir. "Jangan beritahu saya yang awak dah mula jatuh cinta pada saya?"

Perasan betul. Luana mencebik.

          "Ih!Jangan nak perasan sangat ya...saya cakap macam ni pun sebab tak nak tuanku susahkan saya sekiranya tuanku jatuh sakit nanti..." beritahu Luana sambil buat muka.

           Aryan ketawa. Dia jatuhkan kepalanya ke atas bantal dan baring mengiring menghadap Luana. "Tak takut ke?"sakat dia lagi bersama sengih nakal di bibir.

Menjegil bulat mata Luana setelah itu. Dia berdengus tidak percaya dengan komen tersebut. Dilayan baik salah tidak di layan baik salah. Memang nak kena maki betul suaminya ini!

           "You son of%#@^ $@ %@(# ^^& ^#^! ## # #*$&$^@!!!!!!!"mencarut la dia malam-malam tu dek kejengkelan.

Sementara Aryan hanya berdekah-dekah ketawa atas sofa tersebut memegang perut kerana senak!