webnovel

Bab : 21

Pintu bilik terbuka. Luana berjalan masuk dengan muka kesal. Aryan ikut dari belakang dan tutup pintu bersama.

            "Luana...apa yang berlaku di bawah tadi bersama dengan bonda saya?"tanya Aryan pada isterinya yang mengambil tempat di atas katil yang sudah siap di kemas dan dirapikan.

Bersama muka serius dan hampir marah, Luana silangkan tangan dan kaki lalu memandang Aryan.

             "Patutnya saya yang tanya tuanku..apa yang sebenarnya sedang berlaku?Kenapa tuanku tak beritahu saya hal sebenar dari awal lagi mengenai penyakit yang ibu tuanku hidapi?"tanya Luana dengan nada sinis.

              "Bonda saya..hak saya nak beritahu pada siapa dan bila. Sekarang beritahu saya..adakah awak sudah tahu lebih awal bahawa Sophea Ingrid, yakni bonda awak adalah sahabat baik bonda saya?"tanya Aryan yang sudah merinding jengkel.

Luana menjuling mata menyampah. Mana la dia tahu. Dia sendiri baru menemui Permaisuri Aries hari ini. Lagi satu kenapa la berlagak sangat Aryan ni? So ini la perangai sebenar lelaki ni? Fine. Ingat dia nak berundur dengan mudah sekiranya suami 'tercinta'nya ini bersikap sassy dengan dia?

            "Sama la dengan saya. Bonda saya...hak saya nak beritahu pada siapa dan dengan dia bersahabat."  ulang Luana yang mengajuk kata-kata Aryan.

Rahang Aryan berketik. Dia jalan dekati Luana lalu capai lengan itu untuk di berdiri semula dari katil tu.

            "Hei!Apa ni!Sakit la!Lepaskan saya!"marah Luana serta merta setelah itu.

            "Saya cuba bertimbang rasa dengan awak Luana. Sekiranya awak masih tunjuk sikap menyakitkan hati awak pada saya, jangan salahkan saya sekiranya saya buat sesuatu yang awak akan menyesal kemudian hari"pesan Aryan.

Luana dongak dagu dengan yakin semasa memamandang mengejek ke Aryan.

              "Jangan nak buat lawak la...tuanku ingat saya kisah dengan semua ni?Kalau tak suka cerai. Habis cerita. Idea siapa yang minta perkahwinan ini diadakan dari awal lagi!"

Sebelah tangan Aryan naik ke leher Luana pula. Dia lingkarkan jari jemarinya ke leher halus itu. Buatkan Luana berjengket sedikit apabila Aryan bawa muka itu ke depan mukanya.

              "Apa yang buat awak fikir saya akan lepaskan awak Luana?Tidak

Now or then... Saya takkan lepaskan awak. "bisiknya di depan bibir Luana.

Luana tidak dapat menelan air liur atau cuba untuk menghembuskan nafas kerana terkejut. Keningnya berkerut tidak puas hati walaupun cengkaman di lehernya tidak kuat mana. Cuma dia tidak suka dengan cara badan dan jantung dia beri reaksi terhadap sentuhan Aryan!

             "Kalau macam tu beritahu saya kenapa tuanku rahsiakan keadaan bonda tuanku dari saya?Mujur pakcik beritahu saya dari awal...kalau dia tak beritahu saya, tak tahu la bagaimana saya hendak beri reaksi semasa bertembung dengan bonda tuanku tadi."beritahu Luana dengan renungan kecewanya terhadap Aryan. "Kenapa?Malu?Malu sebab dapat bonda yang sakit macam tu?"

Aryan terkedu. Dia pandang tidak berkedip tepat ke mata Luana. Tangannya masih memegang leher itu.

            "Saya tahu kita bukan pasangan suami isteri yang sebenar so obviously saya faham kenapa tuanku tidak mahu kongsikan apa-apa yang peribadi kepada saya. Jadi berhenti salahkan saya sekiranya saya tidak dapat beri jawapan atau kerjasama kepada tuanku seperti yang tuanku mahukan...."baru la Luana turunkan tangan Aryan dari leher dan tolak dada itu hingga buatkan Aryan berundur ke belakang.

Sekiranya kalau begini la layanan Aryan terhadap dia, memang tidak sampai sehari dia akan keluar dari istana ini. Sanggup lagi dia di baham serigala di luar tembok istana ini dari menghadap suaminya yang berpengari seperti bipolar!

Aryan lirik akan pergerakkan Luana yang gerak ke almari pakaian. Sedang mengeluarkan pakaian dari situ.

            "Awak hendak ke mana Luana?"tanya dia setelah itu.

           "Keluar!"marah Luana sewaktu kasar-kasar Tarik seluar dan pakaian yang mudah untuk dia bergerak bila di luar sana.

          "Keluar ke mana?"

          "Mana-mana saja asalkan jauh dari tuanku.."bersama pakaian di tangannya, Luana gerak ke dalam bilik air dengan langkah lekas.

Sebelum Luana sempat tiba di depan pintu itu, sekelip mata Aryan sudahpun berdiri menghadang laluannya.

           "Saya tak benarkan awak keluar dari kawasan istana ini."beritahu Aryan.

Luana tersengih sinis. Dia beri renungan mencabar ke Aryan. Kalau Raja Issak sendiri tidak dapat membendung dirinya. Inikan lagi Aryan?Jangan mimpi!

              "Oh really?Cuba la!..."terus dia lagakan bahunya ke lengan itu dan masuk ke dalam bilik air. Sebagai tambahan, dia hempas pintu bilik itu kuat-kuat!