webnovel

Bab : 18

🌻First Day As Wife🌻

Sebulan kemudian.

Matanya memandang kosong cermin solek di hadapannya. Bilik yang begitu indah tidak sedikit pun menyentuk perasaan. Luana tidak tahu bagaimana hendak menggambarakkan perasaannya tika ini, bahkan dia merasakan seperti hati ini bukan milik tubuhnya.

Mahu menangis pun tidak....tetapi hendak senyum pula terasa perit.

Selepas sekian lama dia cuba bertarung untuk tidak menghawini mana-mana lelaki, akhirnya tewas di tangan lelaki yang dia kenali melalui khabar berita.

Paling peritnya, perkahwinan dia ini tidak disaksikan oleh orang tuanya yang mungkin sedang tersenyum senang meraikan hari bahagianya. Betapa dia harapkan yang dia berkahwin dengan seseorang yang dia cintai dan pasangan dia mencintainya sekali.

Bukan atas dasar politik atau hubungan kontrak.

Jika bukan kerana mengenangkan harapan Raja Issak dan permintaan Permaisuri Leona yang banyak memberi kata pujukan terhadapnya, mungkin dia tidak akan berada di sini. Termenung mengenang nasib yang tidak berketentuan.

Lamunan Luana tiba-tiba terhenti apabila terdengar pintu bilik diketuk dan dikuak perlahan.

Aryan berdiri di muka pintu dengan pakaian pengantin diraja lelaki yang di pakai beberapa jam yang lepas seusai majlis resepsi tadi. Melihat Aryan buatkan Luana sedar yang dia pun belum menukar pakaian pengantin putih cekak leher lengan panjangnya lagi. Serasa Luana dia tidak keluar dari bilik pengantin ini sejak sesi makan formal dan greeting tetamu selesai. Mungkin terlalu asyik memikirkan bagaimana hari-hari mendatang yang bakal dia tempuhi dan yang penting sekali, tepatkaj keputusan yang dia lakukan ini?

Luana bingkas bangun lantas mencapai tuala dan pakaian ganti dan terus ke bilik air. Sewaktu dia keluar dari bilik air tidak lama kemudian, Aryan sudahpun lena di atas sofa dan siap menukar pakaian. Penat agaknya.

Langkahnya di atur perlahan ke tempat pengantung pakaian lalu menggantung semua baju pengantin dia. Gila agaknya dia sekarang ni?Rasanya dia la satu-satunya pengantin yang tiada perasaan. Selalunya orang mesti gembira. Kalau tidak pun mesti menangis, mungkin sebab di paksa?Sementara dia?

Entahla.

Kosong je.

Sikit pun tiada perasaan yang terdetik dalam benaknya saat ini.

Kasihan melihat akan lelaki bertubuh Panjang itu baring di sofa. Luana atur langkahnya ke sofa lalu di goyangkan bahu itu.

            "Hoi!"panggil Luana yang sikit pun tiada nada mesra atau lembut.

Aryan terkutik. Dia perlahan-lahan gerak dari mengiring ke telentang pada sofa itu sebelum membuka mata. Malasnya dia hendak bercakap sekarang. Tubuh dan semua urat saraf dalam badannya sedang menjerit minta berehat selepas dua hari berturut-turut tidak berehat dan tidur dengan lena kerana mengurus majlis perkahwinannya.

           "Kenapa?"tanya Aryan dengan suara letih dan berat.

           "Naik la atas katil sana...sakit badan tu kang.."beritahu Luana sambil tunduk memandang Aryan. Dia tidak sangka pula yang Aryan akan bertimbang rasa dengannya hingga sanggup mengalah terlebih dahulu untuk tidur di atas sofa. Apa agaknya dalam kepala lelaki ni ya?Dia nak tahu sangat.

Mata Aryan tertutup semula kerana terlalu mengantuk dan kepenatan. Perut yang lapar pun tidak di hiraukan. Apa yang dia mahukan adalah tidur dan rehat yang Panjang. Sampaikan nak bercakap pun beratnya la rasa rahang dia hendak bergerak.

          "Ha.."nganganya tanpa sedar.

Luana buat muka. Dia ketap garis nipis di bibir sebelum gerak ke arah katil. Bantal dan selimut yang ada di situ di capainya. Tidak semena dia yang kena jaga orang tua ini. Nanti esok siang mesti Aryan akan merungut sakit badan la sakit tengkuk la..kemudian hendak mengungkit dengan dia sebagai modal. Bukannya dia tidak tahu.

Sampai saja di sofa, Luana tunduk membongkok. Belakang kepala Aryan di angkat untuk di letakkan bantal di bawahnya. Selepas selesakan kepala Aryan di bantal empuk itu, cadar pula di bawa naik ke atas badan itu.

Tiba-tiba dengan mengejut, tangan bercincin pada jari manis itu mencengkam pergelangan tangan Luana dan ditarik sebelum Luana terduduk di situ menghempap atas dada tu tanpa di sengaja.

Menahan nafas terkejut Luana dibuat tindakan Aryan yang dia sangkakan sudah terlena.

             "Apahal ni?" tanya dia semasa jarakkan sedikit kepalanya ke belakang agar tidak terlalu hampir dengan wajah Aryan.

Pada masa itu la mata kuyu Aryan terbuka kecil, dan dia memandang Luana dengan renungan redup.

Untuk menghilangkan rasa gugupnya, Luana menelan air liur senyap-senyap sambil menatap mata itu. Dah kenapa pula ni?Jangan macam-macam ya!Dia naik hantu kang malam-malam begini.

            "Saya tahu semua ni berlaku secara tiba-tiba dan kita berdua sedar akan hakikat perasaan kita.."ujar Aryan dengan perlahan.

Memangnya Aryan ni ahli nujum ke?Boleh tahu perasaan dia bagaimana?Luana diam tidak berkata apa-apa. Dia hanya buat muka membalas renungan Aryan. Nafasnya di kawal setenangnya yang boleh supaya tidak meniup wajah Aryan.

             "Dan saya rasa, kita sendiri sudah tahu apa kesudahan kita nanti." sambung Aryan lagi.

Hah!Memang sah Aryan ini ahli sihir dunia gelap sehingga boleh meramal masa depan.

            "Apa yang tuanku merepekkan ni?"tanya Luana dengan kening berkerut. Kalau mengantuk tu tidur saja la. Hendak meraban bagai ni kenapa pula?

            "Tapi kalau kita belum cuba, belum tahu,kan?Saya rasa awak perlu berikan ruang untuk mencuba, dalam masa setahun ni kita masih tak dapat teruskan, maka setakat tu aje la. Macam mana?"kata Aryan lagi tanpa ada sahutan dari Luana.

Luana berdengus kecil. Wah!Wah...siap bagi nak minta ruang bagai pulak tu?

             "Luana!"

Mati terus khayalan Luana apabila Aryan menyergah dia sebegitu.

           "Awak dengar tidak apa yang saya katakan tadi tak?"soal Aryan kembali merendahkan suara.

          "Isy...orang dengar la..."ujar Luana sambil membuat muka sewaktu memulas tangan dia lepas dari cengkaman Aryan yang ada di dada lelaki itu.

          "Hmmm...bagus. Sekarang awak pergi la berehat.."kata Aryan dengan perlahan.

Luana pandang tangannya yang masih di cengkam Aryan.

          "Macam mana saya nak pergi berehat kalau tuanku pegang tangan saya lagi?"soalnya sambil isyaratkan tangannya menggunakan mata.

Tanpa berkata apa-apa, Aryan guna tangan sebelah lagi lalu pegang belakang kepala Luana dan di tolak dekat menghampiri wajahnya lalu mengucup dahi itu dengan lembut.

Tidak sempat hendak berbuat apa-apa, Luana hanya diam tidak melawan apabila bibir itu hinggap di dahinya yang mana buatkan hati tisunya menjadi sebak dan tersentuh. Entah kenapa dia berasa sedih diperlakukan seperti itu. Hampir hendak menangis dia dibuatnya.

Setelah itu Aryan lepaskan tangan Luana dan pejamkan mata. Tangannya terjatuh ke dada tidak berdaya apabila jatuh dalam lena sesaat kemudian.

Luana yang dalam keadaan terpinga-pinga itu memandang wajah di depannya. Boleh ke dia lakukan semua ini?