webnovel

Bab : 17

🌻Deal🌻

Luana pandang ke kertas yang mempunyi tulisan kemas Aryan. Dia lihat akan coretan di situ buat seketika sebelum pandang Aryan semula.

              "Fine...dengar elok-elok. Dan jangan membantah!"beritahunya semasa capai pen. Nombor empat di tulis bawah coretan Aryan. "Syarat ke empat, Raja Aryan tidak dibenarkan tidur sebilik-"

                 SRAP!

Tidak semena kertas di bawah tangan Luana di tarik. Buatkan dia tergamam di situ kerana tidak sempat hendak menulis.

                "No!Syarat tu tidak valid. Lain."arah Aryan. Eh... Ke situ pulak fikiran Luana. Memang tidak la dia hendak setuju. Cari pasal namanya tu.

Luana pandang pegun akan Aryan.

                "Suka hati saya la..tuanku sendiri buat syarat untuk jaga kepentingan tuanku...saya pun boleh buat perkara yang sama kalau begitu." Orang tua ni kan!"Berikan semula kertas tu kepada saya."arah Luana sambil hulur tangan ke Aryan.

                "Pasangan suami isteri apa yang duduk berasingan?"tanya Aryan yang benar-benar tidak suka dengan syarat itu. "No... Beta tidak setuju. Syarat lain."

Luana buat muka terkejut.

Amboi! Tengok siapa yang gatal-gatal cadang buat perjanjian ni tadi? Cakap tak serupa bikin la jadi orang Aryan ni tau.

           "Ya sudah. Kita tak perlu buat perjanjian ini. Sebab saya akan susahkan hidup tuanku tidak kira apa sekalipun keadaannya nanti."Luana hentak pen di atas meja dengan marah sebelum silangkan tangan ke dada tanda protes.

Aryan buat muka.

Huh?

Isy!

Rosakla pelan dia nanti!

Tak boleh jadi kalau macam ni.

            "Jangan la buat macam ni...tuan puteri letakkan apa saja syarat yang tuan puteri mahukan, kecuali pengasingan bilik tidur..okay?" beritahu Aryan dengan baik. Kertas tadi di letakkan semula di atas meja depan Luana.

Dengan renungan menyampah tidak sukanya, Luana pandang Aryan tidak faham. Sekejap gitu sekejap gini. Macam angin. Cakap tidak tentu arah.

             "Betul ni?Jangan tarik balik kata-kata tuanku ya?"katanya semasa sondong semula ke depan dan capai pen serta kertas tadi. "Syarat keempat...tidak kira apa sekalipun yang Puteri Luana lakukan, tiada sebarang larangan, tiada sebarang kekangan atau kongkongan. Dia berhak buat keputusan sendiri tanpa dipaksa dan bebas untuk ke sana sini jalankan keinginannya."beritahunya sambil menulisnya di atas kertas.

          "Okay...beta boleh terima syarat tu.." angguk Aryan semasa ikut sondong ke depan untuk melihat sama ada betul atau tidak itu yang Luana tulis.

            "Nombor lima..."Luana dengan laju mula menulis. "Mind your own business. Urusan Puteri Luana, urusan dia, urusan Raja Aryan, urusan baginda. Tiada siapa di benarkan masuk campur.urusan masing-masing. Sekiranya dua syarat terakhir ini di langar maka serta merta perkahwinan ini akan di tamatkan."dengan laju dia tulis di kertas itu.

Aryan pandang tangan itu sehingga la ia selesai menulis.

          "Tandatangan sekarang." beritahu Aryan kepada Luana setelah itu.

Tanpa berlengah Luana turunkan tandatangannya ke bawah kertas itu. Mana mungkin dia akan jatuh cinta pada Raja Aryan. Sebab dia akan pastikan lelaki ini akan di buli semahunya supaya Aryan menyesal dan serik menerima dia sebagai isteri lelaki ini!Huh!Nak sangat kahwin dengan dia kan!

Apabila Luana selesai tandatangan, Aryan pula yang menurunkan tandatangan ke atas kertas itu. Tanpa pengetahuan Luana, semua ini hanya la trick yang digunakan oleh Aryan untuk elakkan Luana dari cuba larikan diri atau buat hal sewaktu majlis perkahwinan diadakan. Hanya cara halus ini saja dia dapat gunakan untuk kawal Luana supaya behave. Kalau la Luana tahu bahawa kontrak ini sama sekali tiada gunanya, apa agaknya reaksi Luana nanti ya?

           "Perjanjian termeterai."beritahu Aryan sebelum hulur tangan pada Luana untuk berjabat.

           Luana sambut tangan itu lalu di genggam perlahan lantas di goncang beberapa kali. "Deal."

           Aryan capai kertas tadi lalu di  beleknya dengan minat. "Kalau begitu kita jumpa pada hari perkahwinan nanti."

            Tidak perlu jumpa terus lagi tak apa. Luana pandang Aryan tidak membalas kata-kata itu.  "Dah settle kan? Tunggu apa lagi... Keluar sana." arahnya sambil menjuih dagu ke arah pintu.

Aryan bangun. Dia pegang gulungan kertas itu lalu beri senyuman mesra kepada Luana. "Terima kasih untuk kerjasama yang diberikan Puteri Luana. Beta amat menghargainya." ucapnya.

              "Yalah... Dah keluar."gesa Luana lagi melambai tangan menghalau ke Aryan.

               Aryan pandang Luana buat seketika. "Jaga diri... "pesannya sebelum gerak ke arah pintu.

Pergi saja Aryan dari situ,  Luana bersandar pada kerusi dan lepaskan hela nafas yang dia tahan sejak tadi. Pergh! Hampir hendak mengamuk dia sebentar tadi!