webnovel

Bab : 16

🌻Kontrak Setahun🌻

Di dalam bilik tidur Luana.

Duduknya dua orang itu saling menghadap antara satu sama lain di sebelah katil berhadapan dengan jendela bilik. Seorang duduk tegak, seorang duduk dengan tangan dan kaki bersilang.

"Sekarang cakap. Tuanku mahukan privasi saya telah berikannya. Tuanku mahu kerjasama dari saya, saya telah berikannya. Dan saya harap cadangan perjanjian yang diajukan tuanku lumayan dengan masa yang saya luangkan untuk tuanku pada hari ini."beritahu Luana dengan sassy sewaktu memandang ke arah lain.

Raja Aryan pandang akan kertas dan pen yang ada di atas meja depannya. "Sudah tentu. Beta boleh pastikan perjanjian kita akan beri keuntungan sama rata."

"Apa yang tuanku merepekkan ni?Keuntungan kedua belah pihak? Memangnya keuntungan apa yang saya dapat sekiranya saya mengahwini tuanku?"soal Luana berasa pesimis mengenai semua ini. Serius dia beritahu, dia dapat rasakan sesuatu tidak baik mengenai idea ini.

"Beta dapat kukuhkan kedudukan dan yakinkan ramai pihak, tuan puteri pula dapat kebebasan dari kongkongan Raja Issak serta dapat hentikan semua khabar angin tidak baik tentang tuan puteri. Sama rata la tu kan?"beritahu Aryan sambil menjungkit kening sebelah kiri sambil tersengih meleret.

Luana berdecit menyampah.Yalah tu.. dia bebas dari Raja Issak tapi terkengkang kerana Raja Aryan pula. "Jadi perkahwinan kita ini hanya berdasarkan atas urusan politik semata sajalah?"soalnya.

Aryan beri senyuman serba salah pada Luana. Tidak memberi komen mengenainya.

"Beta cadangkan kepada tuan puteri untuk terima lamaran ini dengan bersyarat."kata Aryan sambil sondong ke depan dan capai pen dari atas kertas tersebut.

"Syarat apa?"tanya Luana yang cuba melihat ke tangan Aryan yang sedang menulis sesuatu di atas permukaan kertas kulit itu dengan pena kegemaran dia.

"Tajuk perjanjian, Perkahwinan Kontrak Selama Setahun."beritahu Raja Aryan sambil tulis tajuk itu di atas header kertas tersebut.

"Apa benefit yang saya dapat dari perjanjian ni kalau macam tu?"

"Sudah semestinya, tuan puteri dapat menjadi isteri saya..itu benefit utamanya. "Raja Aryan angkat mata memandang Luana sambil tersengih meleret.

Luana di situ sudah buat muka mahu mencarut mendengar jawapan cliché itu. "Itu memang dah jelas..maksud saya perkara lain?"perasan bagus betul la.

Raja Aryan tulis nombor satu lalu memandang Luana. "Kita tetapkan lima syarat. Duanya dari tuan puteri tiga dari beta sendiri." cadang dia. "Deal?"

"Mana boleh...saya dua tuanku tiga..kalau macam tu tuanku ada kelebihan saya pula yang dalam masalah." bantah Luana yang ikut sondong ke depan. Dia rampas pen dari tangan tu dan tarik kertas dekat padanya. "Pernah dengar ungkapan ladies first?"soalnya.

Raja Aryan ketawa. "Well...yang bosnya sekarang adalah beta...so autoriti atas beta okay?"rampasnya semula akan pen dan kertas itu dari Luana dan dibawa dekat padanya.

Mulut Luana ternganga sedikit. Eh-eh! Tunjuk bossy nampak?!? "Serius?"

"Ya..beta serius"Aryan tunduk dan mula menulis. "Syarat pertama, perkahwinan ini akan berlangsung selama setahun. sekiranya dalam tempoh setahun itu tiada perasan suka pada diri masing-masing. Kita berpisah. Dan dalam tempoh setahun itu segala permintaan Puteri Luana akan di tunaikan sekiranya Puteri Luana patuh akan semua permintaan Raja Aryan."bacanya sambil menulis.

"Hei!"marah Luana yang agak terpempan mendengar cadangan itu. Suka hati je.

"Kedua...."Aryan pandang Luana lalu tersenyum. "Sepanjang perkahwinan ini Puteri Luana solely faithful pada Raja Aryan dan tidak dibenarkan berborak, berbicara atau berada rapat dengan mana-mana lelaki.. Sekiranya hal itu terjadi, maka tempoh kontrak ini akan di panjangkan."tunduknya semasa menulis.

"What the the heck!!Mana adil macam tu!!"Luana cuba tarik kertas dan pen itu, tetapi Aryan tepis tangannya dengan mudah tanpa terganggu dari menulis.

"Ketiga..."Aryan berhenti. Dia pandang Luana. "Sekiranya tuan puteri Luana tidak menepati mana-mana syarat pertama dan kedua, maka kontrak ini terbatal dan Puteri Luana akan menjadi permaisuri sepenuh masa Raja Aryan."

Hell no! Dah melampau sangat ni. Kalau macam ni gayanya baik tak payah buat kontrak! "Apa kejadahnya isi perjanjian ni?"soal Luana yang memandang tidak percaya ke Aryan.

Aryan tunduk mencoret isi perjanjian ketiganya. Setelah selesai dia letakkan pen atas kertas lalu ditolak kertas itu ke Luana pula. "Sekarang giliran tuan puteri pula nyatakan isi perjanjian."