webnovel

Bab : 14

🌻Runaway From The King.🌻

"Kau dah hilang akal?Nak sangat kepala kau tu tertanggal dari badan kau ke?"tanya Lukariah di sebelah dalam kereta. Dalam perjalanan pulang ke Marlowe selepas insiden di Istana Vulcapela tiga jam yang lalu.

Luana diam tidak berkata apa-apa. Dia lemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Mujur la dia tidak satu kereta dengan Raja Issak atau Permaisuri Leona. Sekiranya tidak, pasti dua orang itu akan meleterinya kalau boleh sehingga telinganya berdarah!Dadanya masih berombak akan sisa amarahnya kerana Raja Aryan.

"Kau tahu tak siapa Raja Aryan tu?Suka hati je kau mencarut depan dia dan cabar dia macam tu sekali?" soal Lukariah lagi dengan nada tidak percaya. Ngeri rasanya dia bila dia imbas semula apa yang berlaku di ruang makan istana tadi.

Dengusan mengejek lepas dari Luana. "Duhh...mesti la aku tahu dia siapa."

"Siapa dia kalau macam tu?"cabar Lukariah.

Luana pandang Lukariah sambil buat muka menyampah tidak pedulinya "Lelaki menjengkelkan tiada akal fikiran?"jawabnya.

Ekspresi Lukariah berubah keruh. Ih!Ada ke!

"Luana...Aryan Eros tu bukan saja seorang raja, dia juga dikenali sebagai lelaki paling berpengaruh dalam banyak-banyak negeri yang ada. Malah baginda juga dikenali sebagai Sniper sebab bila dia nak musnahkan sesuatu negeri baginda akan lakukannya dengan cara yang paling halus dan sesenyap mungkin sampaikan tiada yang menyedari negeri itu sudah di kuasai olehnya tanpa pengetahuan sesiapa. Kau tahu tak sebab siapa sampai sekarang Kerajaan Marlowe berjalan dengan baik dan dalam keadaan selamat kalau bukan kerana Raja Aryan sendiri??"

Perasaan marah Luana tenggelam mendengarkan apa yang Lukariah katakan. Lelaki yang suka senyum dan nampak mesra tu?Serius la?Tidak mungkin Raja Aryan yang melindungi kerajaan dia selama ini?Kelakar!

"Kau tipu kan?Saja nak takutkan aku?"soal Luana yang berasa funny dan tidak percaya akan Lukariah. Budak ni bukannya boleh buat percaya sangat.

Lukariah buat muka kesalnya.

"Apa faedahnya kalau aku tipu kau...hah?Aku cakap semua ni sebab nak sedarkan dekat kau dengan siapa kau sedang cari pasal sekarang ni?Ayahanda takkan terdesak nak paksa kau supaya dekati Raja Aryan kalau bukan kerana pengaruh dan kebijaksanaan dia?Kau rasa kenapa dia di lantik jadi raja pada usia muda seawall 20 tahun?"tambahnya lagi.

Luana telan air liur. Haih!Mana la dia tahu. Tak ada siapa yang beritahu dia siapa Raja Aryan sebenarnya. Dia fikirkan Aryan itu hanya jiran sebelah yang mesra dan suka senyum tanpa sebab sebelum buat perangai menyakitkan hati.

"Salah dia jugak la siapa suruh tiba-tiba nak kahwin dengan aku dan beri kata putus macam tu je seakan aku tak ada hak nak buat keputusan.." beritahu Luana cuba pertahankan dirinya sendiri. Sedangkan dia sudah peluk tepi lengan sendiri nak cari keselesaan dan hilangkan perasaan risaunya.. Habis la!Sudah la dia maki hamun akan lelaki tu bagai hendak apa saja di istana tadi. Patut la Aryan buat ugutan seperti itu tadi. Sebab Aryan sedia maklum apa kemampuan yang dimiliki olehnya.

Lukariah ketik lidahnya kerana kesal beberapa kali. "Tsk...tsk...Luana..Luana. Apa la bebal sangat kepala kau ni!Berapa kali di pesan, kawal baran tu...sabar...sabar...ini tidak kau makinya jugak Raja Aryan tu....nasib baik la dia bertolak ansur dengan kau dan still mahukan kau untuk jadi isteri dia...kalau orang lain...mahunya dah melutut depan Raja Aryan mintak pengampunan!"

Luana menggeleng kepala. "Tak...sebelum aku kahwin dengan dia, aku lari dulu!Tak kira apa nak jadi..jadi la. Aku tak nak kahwin dengan dia. Titik!" tegasnya.

"Jangan nak buat hal...nanti sebab tindakan melulu kau ni ayahanda dengan bonda yang dapat susah. Fikir la sikit jadi orang tu." bantah Lukariah.

Bengang kerana Lukariah sejak tadi menyalahkan dirinya saja, Luana angkat tangan lalu menampar peha itu dengan tamparan padu.

SLAP!

"Auw!"melompat Lukariah di tempat duduknya. "Sakit la!"

"Tahu pun sakit...itu yang aku rasa masa dengar kau tak habis-habis nak menyalahkan aku."gerutu Luana.

Sambil buat muka menahan sakit, Lukariah gosok bekas tamparan tadi. Dia pandang kakak saudaranya.

"Apa salahnya...kau tak rugi apa kalau kahwin dengan Aryan. Dah la kacak orangnya, raja lagi tu, bijak...baik..dekat luar sana beratur tahu tak wanita yang mahukan dia.." sungutnya.

"Well...aku tak. Jangan expect hanya disebabkan dia adalah husband material wanita di luar sana tak bermakna aku pun kena beranggapan seperti wanita di luar sana jugak!"bantah Luana.

"Habis tu kau nak lari jugak la ni?"

"Yalah!Takkan aku nak tunggu sampai hari aku berkahwin dengan dia. Memang tak la!"

Oleh kerana sudah tiada kata-kata yang dapat di lafazkan, Lukariah hanya berdengus kasar dan palingkan kepala ke luar tingkap. Enggan bercakap lagi sebab tidak mahu di pukul dengan Luana lagi. Ganas sungguh la kakak saudaranya ini. Takut dia!Silap hari bulan kalau dia salah cakap giginya yang tertanggal dari mulutnya nanti.