webnovel

Bab : 13

🌻Lelaki Tua Hilang Akal.🌻

At first dia ingatkan mereka akan keluar dari sini selepas sarapan pagi.

Seperti yang dikatakan oleh Raja Issak malam sebelumnya la kan, mereka akan bertolak selepas itu.

And you know what!

What a surprise!

There is freaking annoying man beritahu mereka supaya tidak keluar dari istana hanya semata hendak sampaikan apa?

"Dah hilang akal agaknya orang tua ni?"Luana berdiri tegak dari kerusi tempat dia duduk tadi di meja makan itu sambil memandang Aryan.

"Puteri Luana.."panggil Permaisuri Leona dengan nada tidak percayanya. Tidak menyangka anak saudaranya akan berkata begitu terhadap Raja Aryan.

Raja Aryan sikit pun tidak memberi reaksi. Malah dia hanya memandang tenang akan air muka keruh Luana.

Raja Issak hampir hendak mengamuk di situ dengan balasan kata dari Luana selepas Raja Aryan menyatakan keinginan lelaki itu. Dia tidak menolak mahupun membantahnya kerana ini la niat asalnya. Tidak sangka pula yang Raja Aryan sudi menerima permintaan dia selepas sekian lama dia menunggu jawapan dari raja muda depannya ini.

"Kenapa kamu berkata begitu kepada Raja Aryan?"soal Permaisuri Leona.

"Kenapa?Salah ke?Dah memang betul pun orang tua ni dah hilang akal?Siapa yang akan lamar orang yang mereka baru temui hanya satu malam saja....gila tak gila tu?" tanya Luana dengan muka tergamamnya pada Permaisuri Leona. Lantak situ etika ke tidak. Apa dia tahu idea untuk mengahwini lelaki yang lebih berusia dari dia adalah satu kerja tidak masuk akal!

"Luana Finley.."panggil Raja Issak pula. "Jaga bahasa yang kamu gunakan itu. Ingat sikit orang yang kamu sedang bercakap dengan siapa?"tegurnya.

Luana berdengus kecil. Dia pandang Raja Issak lalu ke Raja Aryan. Dua lelaki ular ni!Memang dah rancang dari awal kan!Ingat dia tidak tahu ke!

"Jangan nak buat lawak badut dekat sini ya....saya tidak menerima lamaran ni. Kalau hendak berkahwin sangat pilih orang lain. Bukan saya." bantah Luana.

Putera Lukariah tidak menyangka perbincangan ini akan bersituasi hangat dan tegang sebegini.Rasanya tadi elok saja mereka makan sarapan dan mahu pergi dari sini. Tiba-tiba saja mereka di halang. Dan kemudian Raja Aryan boleh pula beritahu hendak mengahwini kakak sepupunya yang baran ini. Cari pasal agaknya Raja Aryan ni?

Raja Aryan pandang Puteri Luana. Sepertinya Puteri Luana tiada niat hendak mengahwininya sama sekali. Itu bermakna Puteri Luana sama sekali tiada niat hendak apa-apakan dia atau kerajaannya seperti mana calon wanita lain yang datang mahu mengahwininya.

"Beta tidak bergurau. Ianya sememangnya serius..."jawab Raja Aryan. "Lagipula, puteri perlu berkahwin bagi mengekalkan keselamatan Marlowe. Tanpa seorang raja dan pemimpin yang dapat menaungi rakyatnya, musuh boleh ambil kesempatan."

Bila Luana dengar ,kerutan di keningnya berkurangan. Dia jeling Raja Aryan tanpa berkedip dan gigi terketap erat.

Air muka Raja Issak turut jatuh selepas mendengarnya. Ya. Betul kata Raja Aryan. Bukan dia tidak layak untuk menjadi raja, tapi Luana adalah calon yang layak untuk mewarisi takhta warisan ini. Dia hanya di amanahkan untuk menjaganya sehingga la tiba masa yang sesuai. Cuma Luana tidak boleh mengerti akan niatnya ini. Bagi Luana semua orang di matanya adalah musuh.

"Jangan nak gunakan nama negeri saya sebagai taruhan!"beritahu Luana dengan tegas. Suka hati betul. Pantang sekali dia bila ada yang cuba menggunakan nama Marlowe sebagai bahan untuk mengikatnya.

Renungan Raja Aryan menjadi dingin dan gelap. Dia tenung wajah tegang Luana tanpa ragu. Untuk berurusan dengan manusia keras kepala seperti Luana ini tiada lembutnya. Ini pertarungan dari leher ke leher. Kalah mati. Siapa yang overpower Luana saja boleh tundukkan kedegilan gadis ini.

"Sekiranya tuan puteri enggan menerima lamaran ini, sepertinya beta perlu batalkan semua kerjasama dua hala yang terjalin di antara dua negeri kita ini dan mansuhkan pelabuhan utama untuk tidak membenarkan mana-mana pedagang datang berlayar. Beta rasa ianya pasti akan beri kesan tidak baik pada kerajaan tuanku tak begitu?"aju Raja Aryan bersahaja.

Luana pandang Raja Aryan seperti sedia mahu membunuh lelaki itu di depannya serta merta. Lelaki ni memang nak kena!

"YAH!!!!You son *& *%%% *@@* ^#!!!!!"habis semua bahasa indah keluar dari mulutnya kerana terlalu berang dan sudah hilang ke sabaran. Dia gerak mahu mendapatkan Raja Aryan sewaktu marah mencarut dan menunding jari ke arah lelaki tersebut.

Permaisuri Leona dan Putera Lukariah terus dapatkan Puteri Luana dan hadang gadis itu dari mendekati Raja Aryan tanpa berlengah.

Raja Issak pula sudah tunduk memicit dahi menahan malu akan sikap kurang sopan yang di lontarkan oleh Puteri Luana. Berlapis-lapis kening tuanya itu. Apa la yang dia perlu buat dengan Luana ni?

Riuh rendah ruang makan itu apabila Luana mula angkat kaki dan tangan terarah pada Raja Aryan. Dia benar-benar nekad hendak mengerjakan lelaki itu tanpa henti menyumpah seranah akannya.

Tidak mempedulikan kekecohan itu, Raja Aryan pandang Raja Issak.

"Kalau begitu keputusannya muktamad. Puteri Luana akan menjadi permaisuri beta... sama ada dia bersetuju atau tidak."beritahunya.

Raja Issak mengangkat kepala. Tangan di dahi di turunkan dengan perlahan sebelum bertentang mata dengan raja muda di depannya. Kasihan pula dia dengan Aryan, hendak memperisterikan anak saudaranya ini.

"Baik tuanku.."angguk Raja Issak mahu tak mahu.

"Lepas!Lepaskan aku!Biar aku tampar laju-laju muka tu biar berfungsi sikit kepala otak dia!"gelut Luana sambil tolak tangan Lukariah yang berada di pinggangnya. "Lepas!!!!"