webnovel

Bab : 10

🌻Cubaan Lari Gagal!🌻

🍃No matter what you say,  you will never forget your first love🍃

Tepat pukul 10 malam, Luana gerak untuk keluar dari situ selepas Putera Lukariah di iring keluar untuk berhenti hadiri majlis kerana lelaki itu masih berada di bawah umur. Curfew yang telah di tetapkan perlu di patuhi. Awalnya Luana ingin ikut sekali Lukariah keluar dengan berpura-pura yang dia pening kepala, tapi tindakannya itu tertangkap apabila Raja Issak perasan. Maka terpaksa la dia tersekat di situ buat seketika melangut menghadap orang kaya dan raja berborak akan hal yang sememangnya bukan urusan dia untuk ambil tahu.

Di tambah-tambah lagi, desakan Raja Issak yang menyuruh Luana untuk dekati Raja Aryan seperti mana puteri-puteri lain sedang lakukan menambahkan lagi kejengkelan dia.

"Kamu cuba la dekati Raja Aryan, mana tahu dia berkenan dengan kamu?"

"Ih tak kuasa la.."

"Apa pula taknya..kamu lihat sana...beratur puteri-puteri dari istana lain yang cuba mengambil hati dan perhatiannya...apa salahnya kalau kamu cuba.."desak Raja Issak.

"Buat apa saya buat macam tu..ingat saya ni terdesak sangat ke? Entah-entah Raja Aryan sudah berpunya...mahunya kekasih dia susah hati macam mana?"soalnya.

"Jangan risau...pakcik kenal Raja Aryan...dia seorang lelaki yang baik dan bukan yang suka menjoli sana sini dengan pelbagai perempuan...malah dia tiada sebarang kekasih."beritahu Raja Issak yang begitu mendesak.

Dan sebab itu la dia berada di sini sekarang. Cuba merempuh seperti lembu di dalam kadang laga!

"Tepi!!!"gelut Luana yang gerak cuba merempuh dua badan yang sedang berdiri tegak memagari pintu keluar. Serius!Dekat sini pun!

"Maaf tuan puteri..kami telah di beri arahan untuk tidak membenarkan tuan puteri jejak kaki keluar dari perkarangan istana ini tanpa Raja Issak atau Permaisuri Leona sendiri."beritahu pengawal itu dengan muka batu tiada ekspresi.

"Saya bukan hendak kemana pun..saya cuma hendak ambil angin saja"beritahu Luana sambil tunjuk ke pintu di belakang mereka.

Dua orang pengawal itu hanya berdiri memandang tuan puteri yang indah mengenakan busana mewah labuh off shoulder dan berambut lepas beralun di depan mereka. Cantik memang cantic tetapi sikap tidak sepadan dengan rupa paras yang di miliki.

"Ke tepi atau tumit tinggi kasut saya bocorkan kepala awak berdua!" ugut Luana sambil gerak mengangkat kaki dia hendak tanggalkan tumit tinggi di kakinya.

Pengawal di situ berniat hendak bercakap, sekali tu dia ternampak akan Raja Aryan yang sedang jalan mendekati mereka ketika itu terus ternganga mulut mereka buat seketika. Bila Raja Aryan beri isyarat dengan senyap kepada mereka, serta merta mereka patuh.

"Nak buka pintu itu atau tidak?" tanya Luana yang sudah berkasut sebelah kaki sementara sebelah lagi sudah di angkat di tepi kepala mahu mengetuk mereka di situ.

Pengawal dua orang itu gerak ke tepi lantas buka pintu itu untuk Luana.

Luana berdengus tidak percaya. Dia tarik sengih senang hati bila mereka patuh.

"Tahu pun takut..cih.."decitnya dengan bangga lalu tunduk menyarung tumit tingginya semula ke kaki. "Lain kali kalau saya cakap sekali terus buat tak perlu tunggu saya buat macam tadi.."beritahunya semasa jalan melepasi mereka dan keluar meloloskan diri dari pintu itu.

Oh yess!!

Bersedia hendak lari, Luana angkat kain dress tinggi-tinggi dan gerak menuju ke anak tangga yang panjangnya beberapa meter ke bawah menuju laluan Utama laman istana. Mujur la tiada pengawal yang mengawasi tangga itu. Kalau tidak pasti dia sudah tertangkap.

Tanpa di ketahui olehnya, Raja Aryan berada di situ memerhatikan Luana yang tidak ubah seperti gadis yang cuba curi keluar rumah waktu malam dari tertangkap untuk ke kelab malam Bersama rakan. Bezanya dekat sini, Luana cuba larikan diri dari parti itu sendiri.

"Going somewhere Princess Luana?" tegur Raja Aryan dengan bersahaja sebelum benarkan Luana jejak anak tangga di situ.

Melompat terkejut Luana dekat situ. Hampir hendak terpelecok dia dekat situ, mujur la ada tembok tangga yang dia boleh pegang. Kalau tidak, pasti sudah berguling-guling dia saat ini.

"What the heck!"lafaz Luana sambil pegang dada sebab senak.Yalah, dia tengah nak cuba selinap keluar dari sini...dan lelaki ini muncul tiba-tiba menegurnya. Ingatkan Raja Issak tadi!

Raja Aryan pandang Luana dengan tangan berada di dalam poket seluar. "Tuan puteri cuba larikan diri sekali lagi?"soalnya.

Kening Luana berkerut. Mata dia lirik atas bawah akan penampilan raja di depannya. Semakin merinding menyampah dia. Acah cool la konon. Tahu la segak dengan attire bergemerlapan serta mahkota raja di atas kepala. Tapi tak payah la nak tunjuk bagus depan dia.

"Bukan urusan tuanku..better tuanku masuk ke dalam. Takut ada yang cari..."balas Luana dengan menyampah semasa dia berpaling semula hendak turuni tangga itu. Kalau dia buang masa mahunya dia tertangkap.

Raja Aryan tidak bergerak, dia hanya tarik sengih meleret penuh maksudnya. Dia perhatikan saja kaki bertumit tinggi itu cuba turun anak tangga yang banyak di situ. Risau pula dia bila lihat Puteri Luana sepertinya tidak berpengalaman lama dengan tumit tinggi. Pandai tidak turun tangga tu?

"Need help?"aju Raja Aryan pada Luana yang bergantung pada tembok batu di situ untuk sokong diri.

"Tak payah!"balas Luana tanpa berpaling. "Pergi je la sana...masuk dalam. Jangan sibuk"halaunya sambil tu.

Raja Aryan melepaskan keluhan lalu menggeleng kepala.

"Fine...beta harap tuan puteri berjaya keluar dari sini dengan selamat tanpa di serang dengan serigala yang berkeliaran di kawasan hutan luar pagar sana.."selorohnya semasa berpaling hendak masuk semula.

Luana yang dengar terus berdiri tegak. Dia palingkan kepala ke belakang dan berhenti dari menuruni anak tangga di situ. Serigala?Serius?

"Hei!Apa maksud tuanku dengan serigala hah!"laungnya lepas perasan Raja Aryan hampir hendak masuk ke dalam.

Raja Aryan yang dengar turut berhenti dari berjalan, dia senyum dahulu sebelum pandang ke Luana dengan muka serius bersahaja tanpa senyumannya. "Sorry?Apa dia tadi?"tanya dia saja buat tidak dengar.

"Tadi tu...serigala?Serius?"soal Luana sambil pegang kuat tembok batu di sebelahnya.

"Yalah...kalau tidak percaya, apa kata tuan puteri pastikannya sendiri...beta akan beritahu pada para pengawal untuk lepaskan tuan puteri keluar dari sini.."tambah Raja Aryan.

Luana telan air liru gemuruhnya. Ya tak ya. Dia lupa yang kini dia berada di negeri orang. Sudah semestinya apa yang raja di depannya katakan benar. Tembok batu itu di tumbuk.Tak guna!Habis rosak pelan dia hendak larikan diri dari sini! "Mereka benar-benar berkeliaran di waktu malam?"soalnya lagi.

Raja Aryan mengangguk kepala.

"Hish!"Luana pandang anak tangga di bawah kakinya lalu kasut tumit tingginya. Menyusahkan la semua ni. Ini semua salah pakcik dia. Kalau pakcik dia tidak memaksa dia untuk ke sini, dia tidak akan tersekat di majlis membosankan ini. Malah kakinya sudah sengal-sengal kerana lenguh dek ketinggian tumit tinggi di kakinya. Luana tunduk ke bawah. Mahu menanggalkan kasutnya.

Lantak situ, berkaki ayam pun berkaki ayam la!

Pada masa Luana hendak tunduk, tidak semena satu tangan muncul di depannya.

"Pegang tangan beta..."minta Aryan.

Tersentak Luana. Dia pandang tangan di depannya lalu sekeliling. Hendak pastikan lelaki ni ada apa-apa ke?Nak kenakan dia? "Apa tuanku cuba lakukan ni?" soalnya dengan curiga.

"Pimpin tuan puteri.."kata Raja Aryan yang terus mencapai tangan Luana tanpa menunggu Luana meletakkannya sendiri ke tapak tangan dia.

"Isy!Apa ni!Pegang-pegang!Back hand kang.."rentap Luana tangannya dari tangan Raja Aryan.

"Fine...sama ada tuan puteri jalan sendiri pegang tangan beta atau beta dukung tuan puteri masuk ke dalam. " aju Raja Aryan dengan kening kiri terangkat sebelah.

Luana ketawa kecil. Buang tebiat betul lelaki di depannya ini.

"Hahaha..no you not. Tuanku takkan lakukannya." cabar dia. Mana mungkin la Raja Aryan berani hendak lakukan hal itu.

"Pilihan tuan puteri.."balas Raja Aryan.

Buat seketika mereka berdua saling membalas renungan. Dan bila Raja Aryan tahu Luana tidak akan akur dengan arahannya, dia gerak mahu tunduk mendukung Luana.

Terkejut dengan tindakan itu, Luana undurkan kaki ke belakang lalu tolak sedikit bahu itu lekas-lekas.

"Okay-okay fine!Saya pegang!" marahnya sambil cubit sedikit kot di lengan itu. Enggan menyentuh lelaki di depannya itu.

Raja Aryan pandang ke kaki Luana sewaktu mereka berdua mula kembali naik mendaki tangga untuk masuk ke dalam semula.

"Kalau tuan puteri tidak pandai pakai kasut tumit tinggi kenapa bahayakan diri sendiri memakainya?"soal dia.

"Hah!Good question!"sindir Luana. "Apa kata tuanku tanya sendiri pada pakcik kesayangan saya di dalam sana. Mungkin dia ada jawapan itu untuk tuanku.."

Raja Aryan tersengih mendengar jawapan itu.